Hari Jururawat Sedunia

Florence Nightingale yang amat susah disebut namanya. Setiap kali saya sebut di dalam kuliah di depan pelajar pelatih kejururawatan PPUM, masing-masing tersenyum atas kesalahan menyebut tersebut.

Saya ada melawat blog sahabat saya ‘si punat’, rupa-rupanya semalam merupakan Hari Jururawat Sedunia. Kepada seluruh jururawat, Selamat Hari Jururawat saya ucapkan. Kepada adik-adik usrah iaitu Tamam dan Adam yang kini menjadi pelatih jururawat di PPUM, saya doakan semoga kalian terus kuat bekerja untuk Islam.

Jadikan profesion kejururawatan ini sebagai lapangan untuk kalian beramal kepada masyarakat dan agama. Mungkin sebelum ini saya pernah timbulkan hal berkaitan dengan wujudnya Jururawat di zaman Rasulullah SAW yang terdiri daripada para muslimat dan membantu Rasulullah SAW dan para sahabat di medan perang.

Namun begitu seperti yang dikisahkan oleh sejarah (saya ambil kisah ini daripada blog si punat), begini ceriteranya. Florence Nightingale, (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910), yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita, adalah perintis kepada kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.

Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.

Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.

Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Dia menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia. Berkhidmat Untuk Semua

About these ads
This entry was posted in Info. Bookmark the permalink.

8 Responses to Hari Jururawat Sedunia

  1. e'mas says:

    Nasib jururawat sekarang tak macam dahulu. Kalau dahulu kita membandingkan Florence di tempat kerjanya dan zamannya. Memang kerja jururawat tetap sama tak ada beza, tapi tekanan mengikut tempatnya adalah berbeza. Orang selalu menyalahkan jururawat dengan bermacam2 tohmahan. Saya tak nafikan. Semua orang cakap itu betul. Tapi itu satu sudut pandangan sahaja. Orang tak memandang dari sudut lain sehingga dirinya terkena atau ahli keluarganya kena kutuk macam jururawat. Masa tu orang nak masyarakat faham keadaan sebenar mereka.
    Bagi saya, semua orang yang bergelar Jururawat itu semuanya mempunyai sifat2 murni, sebab itu tuhan dah tentukan mereka lah antara yang terpilih jadi jururawat. Jururawat sekarang tertekan dan ditekan. Orang pandang jururawat macam robot kesihatan yang mana masyarat nak layanan baik, Doktor order & tinggalkan jururawat kerja sendirian. Doktor yang lebih pandai tu, kenalah duduk sama dengan jururawat sampai pasti jururawat pandai & boleh hendle baru blah. Itupun bukan boleh tinggal lama. 1 pesakit 1 jururawat pun jururawat masih perlukan bantuan dan pandangan yang rasa dirinya lebih pandai tu. Inikan pulak sampai belas & puluhan pesakit. Saja nak bagi jururawat sakit ke? Lepas tu ada salah apa2 atau tak inform, salahkan jururawat. Jangan kata pesakit mati, dah tarikh dia expired, apa nak tahan lagi. Ish! Kadang2 orang saj nak cari salah jururawt, tapi tak ada yang nak selesaikan @ tunjuk jalan. Kalau rasa pandai, bagilah idea. Kalau dari pahala dan dosa tu, jangan cakaplah. Rasanya orang yang hanya pandai mengutuk tu lebih sikit pahalanya berbanding jururawat yang dah berpuluh2 orang dirawatnya. Orang yang mengutuk tu kalau kena cuci najis emak sendiripun, belum tentu ada pahala, berdengus pulak tu, dosa lagi ada. Tuhan lebih mengetahui. Kadang2 jururawat yang cuci punggung emak dia lebih ikhlas dari anak yang suka komplen orang. Pahala sapa boleh nampak. Kalau orang tu tak layak jadi jururawat, pandailah Allah nak putuskan hubungan dia dengan jururawat. Ini tidak, ada yang sampai senget bertongkat pun masih bertahan sebagai jururawat. Pokoknya, masyarakat kena lebih faham kesihatan masing2 dan cara nak rawat macam masyrakat barat tu. Pangkalnya, agama, kenalah redha & tawakal dengan ketentuan ujian tuhan. orang yang sakit tu dah memang tuhan bagi dugaan, samada nak hapuskan dosa dunia dia cara tu atau nak dapat hikmah bila baik nanti. Kita yang hidup sihat melihat dia sakit, kena lah pulak ambil iktibar membantu ke, insaf ke dan berwaspada… Jururawat mulut laser ke apa ke, itu antara dia pulak dengan tuhan. Yang pastinya siapa takbur atau lupa kuasa tuhan, akan dapat balasan. tinggal cepat, lambat atau caranya tak tahu macam mana…
    Kalau saya ada kuasa, saya nak suruh jururawat semua kerja Ofice hour. Hari cuti tetap cuti. Hari Jururawat 12 Mei disambut lebih meriah seluruh Malaysia macam hari Guru. Kalau nak tenaga jururawat waktu public holiday atau cuti perayaan, Kerajaan atau pesakit kenalah bayar siapa2 jururawat yang sanggup kerja. Masa tu taulah dapat jururawat ngok ngek ke apa ke, terima je lah sebab hanya jururawat itu je yang sanggup kerja hari tu. Hospital negara lain semua swasta dan bayaran mahal. Tu! negara kita pun dah hampir2 kesitu. Tengoklah berapa banyak hospital swasta sekarang. Jururawat berkorban sampai terkorban diri dan rumahtangga kerana Kerajaan nak perkhidmatan percuma untuk rakyat. Rugi banyak tau kerana rawatan percuma, tapi masyarakat tak terima kasih dok puji swasta yang satu hari nanti masyarakat benar2 kena bayar segalanya…
    Nak tuntut mayat pun kena bayar tau, bukan percuma…

    Akhir kata, maaf jika ada yang terasa. Kalau marah, letak dulu marah tu kat belakang. Fikirkan dulu untuk kebaikan bersama. Kita pelan tua dan akan sampai azab masing2. Jika ditakdir masuk hospital, jururawat juga yang jaga. Siapa tahu masa tu nyawa dah tinggal ujung2 dah tak boleh bercakap, macam mana nak minta maaf… Jururawat tu punya ikhlas nak myelamat nyawa kau, tak tahu pun kau lah orang yang mengutuk dia…

  2. Faisal Mustaffa says:

    Jururawat sekarang akan bahagia jika niatnya bekerja untuk beribadah…(^^,)

  3. mashitah noor says:

    salam untuk semua jururawat…
    sekarang kerjaya sebagai jururawat tambah glamor..kolej tumbuh merata-rata bagai cendawan selepas hujan..tapi harus difikirkan juga bagai mana hendak meningkatkan kualiti mereka yang keluar. jangan hanya menang pada kuantiti tapi menjunam pada kualiti, kerana yang sebenarnya kita cari adalah kualiti.
    Sebagai seorang jururawat sya bangga kerana ada hari yANG Di khas untuk kami, walaupun pada hakikatnya tidak ramai yang sedar bahawa 24 mei setiap tahun kita menyambut HARI JURURAWAT SEDUNIA…
    HAPPY NURSES DAY FOR ALL NURSES IN MALAYSIA.

  4. FADZIAH HJ ISMAIL says:

    En Faizal, indah nama tu, seperti nama anak saudara saya.Terima Kasih kerana memahami hati dan perasaan kami, jururawat. Adalah tanggungjawab kami semua tak kira bangsa atau agama…..kami telah ditakdirkan untuk memberi sumbangan kepada yang memerlukan walaupun kadangkala hati dan perasaan kami terguris….tugas mulia ini perlu diteruskan. Kepada semua adik-adik jururawat teruskan bakti mu…tanpa jemu seperti kita akan hidup seribu tahun lagi..

  5. ealxana says:

    i agree with all this

  6. CT says:

    Bekerja sebagai jururawat adalah mulia. Hakikatnya, adakah org akan faham betapa kami para jururawat terasa dipinggirkan berbanding dengan jawatan awam yang lain?..
    Banyak perkara yang terpaksa kami korbankan, kepentingan diri kami ketepikan, kepentingan keluarga kami korbankan, kesihatan anak sendiri terpaksa kami mencuri masa untuk member perhatian….apapun demi tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kami harungi dengan penuh tabah…semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal ke atas keikhlasan para jururawat sekalian….Amin.

  7. azlina Bt Arbai says:

    SELAMAT HARI JURURAWAT UNTUK SEMUA JURURAWAT DI MALAYSIA.SEMOGA SEGALA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN MENDAPAT BALASAN DARIPADA ALLAH SWT. AMIN BIARLAH PANDANGAN MATA MANUSIA YANG MENGHUKUM TAPI HATI KITA HANYA ALLAH YANG TAHU.

    LAKUKAN APAJUA PEKERJAAN DENGAN HATI YANG IKHLAS KERANA KEIKHLASAN ITU AKAN TERPANCAR DALAM SENYUMAN KITA…………..

  8. Ye….saya amat setuju dgn artikel tersebut.Saya pun Jururawat juga…memang banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita atasi..ye la kita bekerja dgn nyawa manusia.Rintangan demi rintangan…komen2 dri insan yg tak pernah nak rasa bersyukur misi jaga mak bapak diaorang…dari kepala hg la ke kaki…hg ke akhir hayat di tgn misi…masih ade gak lagi yg berniat nak complaint2 misi…tp…misi dah di trained…perlu ada kesabaran dan kena tahu hukum dunia…memang adat manusia tak pernah nak rasa cukup dan berpuashati…wallahualam bissawaab….yang nyatanya…saya bangga dan bersyukur dijadikan Allah sebagai seorang Jururawat di duniaNya ini…Amin…Suami dan anak2 juga menyokong dan faham akan tanggungjawab saya as a nurse…Hepy Nurses Day….2011….bang bang bummmmm…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s