Penghinaan Rumah Allah di Kolej Kediaman Kedua, UM


Oleh: Mohd Faisal Bin Mustaffa

Wakil fakulkti APIUM

Berkenaan peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lepas, yang menggemparkan Universiti Malaya. Surau kolej kediaman kedua telah diceroboh.Pencerobohan ini berlaku 2 kali dalam masa seminggu. Saya menyakini bahawa pencerobohan tersebut merupakan satu provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan mahu mencetuskan huru-hara dan menimbulkan sentimen perkauman. Soal siapa yang mencipta isu ini yang menjadi tanda tanya setiap warga kampus. Tetapi jari telunjuk tidak perlu ditunding kepada orang lain kerana perkara ini boleh mencetuskan rasa syak wasangka yang mendalam.

Pencerobohan yang pertama berlaku sekitar jam 3.30 sehingga 4.50 petang pada 25 Januaari 2008. Dalam pencerobohan tersebu, keseluruhan barang-barang di dalam surau bertaburan. Papan tanda terbalik dan kain sejadah juga berselerak.

Manakala pencerobohan yang kedua berlaku pada 29 Januari 2008, sekitar jam 6.40 – 7.20 Ptg. Di dalam kejadian ini, seluruh dinding surau diconteng (dispray) dengan cat berwarna merah. Barang-barang berterabur. Yang amat menyedihkan adalah kerana beberapa naskah Al-Quran juga dibiar berterabur. Hal demikian adalah penghinaan yang terbesar terhadap kitab suci Islam itu sendiri.

Saya memuji tindakan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana cepat tampil untuk mencari jalan penyelesaian. Terfikir juga diminda, di mana letaknya peranan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), yang senyap dalam memperjuangkan isu ini. Saya melihat isu ini bukanlah isu yang berkaitan dengan sentimen agama itu sendiri, tetapi ianya melibatkan hak yang diperuntukkan di dalam perlembagaan terhadap mana-mana agama. Setiap rumah ibadat semua kaum wajar dijaga dan tidak boleh diceroboh.

Saya tertarik dengan kata-kata Prof Dr Ahmad Hidayat B Buang, beliau menyampaikan pesanan Naib Canselor, Datuk Rafiah Salim kepada para pelajar Universiti Malaya yang membuat perhimpunan aman disurau kolej kediaman ke 2. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kes ini adalah satu provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan huru-hara.Kita tidak boleh cepat melenting kerana ianya akan menjadikan suasana lebih tidak tenteram.

Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa isu ini perlu diberi perhatian yang serius bagi mengelakkan komplikasi yang lebih besar. Kami di peringkat mahasiswa Islam mahukan proses penyiasatan dilakukan secepat mungkin.

This entry was posted in Info. Bookmark the permalink.

One Response to Penghinaan Rumah Allah di Kolej Kediaman Kedua, UM

  1. suhaila-hisham says:

    Assalamualaikum, sedihnya melihat cerita tidak enak berlaku di satu tempat yang pernah ku jejaki.

    Saya adalah salah seorang penghuni Kolej kediaman Kedua selam 4 tahun dari tahun pertama hinggalah tahun akhir pengajian saya.

    Siapakah yang tidak bermaruah melakukan kejahatan begitu di dalam tempat yang penuh keberkatan itu.

    Pasti tunggulah pembalasan dari Allah yang maha besar.

    Semoga maruah kita sebagai penganut islam terbela.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s