‘The Life of Muhammad’ Tak Wajar Diberi Ruang


Hari demi hari, dunia kian menyaksikan Islam dihina, dicerca dan dikritik semahunya mengikut akal manusia yang sengaja ingin melihat umat Islam kucar-kacir, serta mahu mencetuskan persengketaan di antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Apakah fenomena ini sengaja dicetuskan bagi memalingkan perhatian umat Islam terhadap sesuatu agenda tersirat yang dirancang oleh mereka?

Isu penghinaan terhadap agama suci kaum Muslimin kian menjadi-jadi. Belum pun selesai isu filem pendek Fitna, Belanda umpama menyimbah minyak ke dalam api apabila seorang lagi rakyat negaranya, Ehsan Jami, menghasilkan sebuah filem animasi yang menghina peribadi Rasulullah SAW. Filem berjudul ‘The Life of Muhammad’ itu menghina Rasulullah dengan memaparkan naluri seks baginda. Ini ternyata amat mengguris hati kita sebagai pengikut baginda, kerana ia merupakan satu tuduhan palsu dan fitnah yang besar terhadap seorang Rasul bersifat maksum atau terpelihara daripada dosa.

Walau bagaimanpun, filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 20 April ini terpaksa ditangguhkan, memandangkan kecaman yang diterima oleh Geert Wilders di atas penghasilan Fitna. Namun, sedutan filem The Life of Muhammad itu sempat ditayangkan di satu saluran televisyen Belanda pada minggu lalu. Meskipun kecaman hebat diterima oleh Belanda kerana hak kebebasan bersuara yang ‘dianutinya,’ apakah mungkin The Life of Muhammad akan tetap diberi ruang untuk ditayangkan? Jika kita melihat sikap Belanda terhadap ‘anutan’ yang diagung-agungkan sehingga mencetuskan sentimen agama dalam kalangan penganut Islam, maka amat tidak mustahil sekiranya Belanda turut memberikan ruang kepada Ehsan Jami bagi memaparkan tayangan filem animasinya itu.

Apakah peranan kita selaku pengikut Nabi Muhammad? Adakah sekadar mendengar kejian, hinaan dan fitnah yang dilempar kepada baginda sambil mengutuk penerbit filem berkenaan? Suatu penyelesaian di meja rundingan perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara Islam bagi memikirkan jalan terbaik mengelakkan Islam terus dijadikan bahan sandiwara mereka yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, imej Islam yang suci perlu dipelihara dengan memberi gambaran sebenar tentang kemurnian dan kecantikan yang terkandung di dalamnya. Salah tanggapan terhadap Islam sebagai agama pengganas perlu diperbetulkan dengan kenyataan bahawa Islam merupakan agama pembawa rahmat. Buktinya cukup jelas ketika dalam peperangan, di mana Islam tidak membenarkan orang Islam yang berperang untuk membunuh rahib-rahib di gereja. Ini tanda yang sudah cukup membuktikan Islam amat menghormati agama lain, bukan seperti yang sering dimomokkan oleh para orientalis Barat dan mereka yang memusuhi Islam.

Justeru, perlu ditegaskan di sini bahawa sentimen agama, perkauman atau apa sahaja perkara yang boleh mencetuskan provokasi perlulah dielakkan demi menghormati latar masyarakat dunia yang berbilang-bilang bangsa, agama dan budaya. Tidak seharusnya berlaku penghinaan terhadap sesuatu golongan kerana setiap golongan itu memiliki landasan hidup tersendiri.

Mohd Faisal Bin Mustaffa,
Setiausaha Agung,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Sesi 2008/2009

Advertisements
This entry was posted in Artikel. Bookmark the permalink.

2 Responses to ‘The Life of Muhammad’ Tak Wajar Diberi Ruang

  1. NURUL MUNAWIRAH says:

    “mahasiswa Islam peneraju perpaduan kaum generasi muda”- do you get my idea??

    renungi penglibatan GAMIS dalam SMM, fikirkan apa yang boleh dimanfaatkan dalam membantu usaha dakwah pada non-muslim..

    satu persoalan boleh difikir bersama – rapatkah ahli GAMIS dengan ahli non-muslim dalam SMM dalam bentuk gerak kerja dakwah?

    Sejauhmana penglibatan GAMIS dalam SMM mampu memanipulsi ruang ini untuk memahamkan mereka yang bukan Islam tentang keindahan Islam….=)

    Jom berfikir..adik boleh majukan soalan ini pada akhi dzulkhairi =)

  2. Fenridal says:

    See Please Here

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s