Permudah urusan peluk Islam

BERDASARKAN sirah Rasulullah SAW, terdapat beberapa kisah yang wajar dijadikan rujukan dan pedoman oleh masyarakat Islam hari ini dalam menentukan sama ada seseorang yang baru memeluk Islam itu wajib mengisytiharkan pengislamannya secara terbuka.

Dalam satu kejadian, sahabat Rasulullah yang terkenal dengan keberaniannya sebelum dan sesudah Islam iaitu Saidina Umar Al-Khattab telah mengisytiharkan pengislamannya secara terbuka di hadapan ketua kabilah Quraisy. Ini menunjukkan bahawa seseorang mualaf dibenarkan mengisytiharkan pengislamannya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki.

Namun begitu, terdapat juga beberapa peristiwa di mana saudara baru tidak memaklumkan status pengislamannya secara terang-terangan disebabkan faktor-faktor tertentu. Merujuk kepada sirah, pada hari pertama penghijrahan baginda Nabi ke Madinah, Abdullah bin Salam, seorang rahib Yahudi yang terkenal telah pergi menemui baginda bagi memastikan kebenaran risalah yang telah dibawa. Setelah yakin dengan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi, beliau telah memeluk Islam, namun beliau meminta izin daripada baginda bagi menyembunyikan status keislamannya kerana bimbang dengan ancaman Yahudi terhadapnya. Lalu baginda telah memperkenankan permintaannya itu.

Kisah-kisah yang berlaku dalam sirah Rasulullah ini membuktikan bahawa seseorang yang bergelar ‘saudara baru’ diberikan hak dan kebebasan dalam membuat pilihan sama ada mahu mengisytiharkan pengislamannya secara terbuka ataupun tidak.

Mengulas mengenai peraturan mengisytiharkan status memeluk Islam yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria berpendapat bahawa syarat itu boleh dikecualikan sekiranya ia menimbulkan masalah keselamatan dan nyawa kepada mualaf terbabit.

Justeru, seseorang yang memeluk Islam sepatutnya mempunyai hak untuk memilih sama ada mengisytiharkan atau menyembunyikan status agamanya. Itu hak asasi mereka dalam membuat pemilihan. Tambahan pula, hak merahsiakan keimanan adalah selari dengan tuntutan syarak kerana kebanyakan saudara baru adalah mereka yang imannya masih belum kukuh dan mudah goyah terhadap desakan-desakan tertentu. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghormati keputusan mereka sama ada mahu mengisytiharkan status pengislaman secara terbuka, atau berhasrat menyembunyikannya daripada pengetahuan keluarga buat sementara waktu bagi memastikan keselesaan dan keselamatan saudara baru itu sendiri.

p/s: Tersiar di dalam ruangan forum utusan Melayu, 14 April 2008

Advertisements
This entry was posted in Artikel. Bookmark the permalink.

One Response to Permudah urusan peluk Islam

  1. NURUL MUNAWIRAH berkata:

    salam ziarah.pasal posting terbaru ni, akk baru nak komen benda yg sama, cuma tak sempat menaip.

    isu ni boleh dikait dengan kes murtad.orang ramai dah lupa..,kes lina joy.dia menang, tahukan?

    baru2 ni budak kampus sini ada buat sport check, dapat beberapa maklumat, mmg sedang berlaku gerakan kristianisasi kat mahasiswa sekarang…lepas exam ni., boleh kit diusulkan isu ni untuk diperbincangkan gerak kerja seterusnya..walau dahtak bergelar mahasiswa, kalau perlu sokongan dan dokongan, blh panggil akk jadi volunteer anytime.sedia berkhidamt,cuma kena tgk keadaan.,sebab akak selalu ada fiqh aulawiyyat lain..=) salam perjuangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s