Respon isu kasut kulit babi

Sengaja saya kemukakan persoalan ini disebabkan ada seorang sahabat berbangsa Cina telah meninggalkan komen pada artikel ana yang lalu iaitu berkaitan kasut kulit Babi di pasaran. Beliau bertanya kepada saya “Apa masalah dengan mengguna kasut kulit babi?”. Beliau merupakan sahabat saya daripada DEMA UPM iaitu Simon. Pertemuan pertama kami ialah semasa press conference di BAR council di Kuala Lumpur. Kemudian kami dipertemukan lagi di Putrajaya dan akhir sekali UPM, semasa demonstrasi mempertahankan hak salah seorang sahabat yang dirampas lap top oleh pihak HEP UPM.

Terima kasih kepada Simon kerana mengajukan persoalan sedemikian. Saya sendiri terlupa untuk mengkhususkan kenyataan tersebut. Sepatutnya berbunyi begini. “Awas Muslim!! Kasut kulit babi”. Ini kerana dalam situasi ini, persoalan daging babi sebenarnya dilarang oleh Islam kepada umatnya. Jadi larangan tersebut bukannya untuk penganut agama yang lain. Saya sendiri sekadar mahu mengingati sahabat seagama dengan saya.

Manakala kulit babi pula jika disentuh dianggap sebagai najis mughallazah ataupun najis yang berat dan perlu disertu apabila tersentuh dalam keadaan basah (dibasuh dengan sekali basuhan air tanah dan 6 kali basuhan air mutlak iaitu air yang suci dan belum digunakan).

Sekiranya ada dikalangan umat Islam yang memakai barangan daripada kulit babi, antara perkara yang dirisaukan ialah apabila mereka hendak menunaikan ibadat. Sebagai contoh mereka memegang kulit babi, kemudiannya mereka hendak menunaikan solat. Di dalam hal ini mereka perlu membuat basuhan seperti saya nyatakan tadi terlebih dahulu. Oleh yang demikian dikhuatiri hal sedemikian tidak diambil endah oleh umat Islam sehingga menyebabkan amal ibadat mereka tidak sah.

Di dalam hal ini sebenarnya larangan adalah tertakluk kepada orang Islam semata-mata. Bagi orang bukan Islam ianya tidaklah digunapakai. Berkenaan isu memegang babi untuk tujuan pembelajaran, seseorang itu perlulah membuat basuhan seperti tadi. Selain itu, tidak digalakkan juga untuk menayangkan gambar mereka memegang babi tersebut seperti yang berlaku keatas seorang pelajar veteriner UPM baru-baru in. Ini kerana ianya menimbulkan salah tanggapan dikalangan masyarakat Islam dinegara kita.

Saya tidak mahu mengulas panjang yang membincangkan . Cukuplah saya menjelaskan kepada sahabat saya Simon, bahawa tujuan saya membuat peringatan tersebut adalah untuk sahabat seagama dengan saya sahaja. Mungkin kekeliruan yang berlaku boleh kita rungkaikan.

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

One Response to Respon isu kasut kulit babi

  1. Monitor de LCD says:

    Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Monitor de LCD, I hope you enjoy. The address is http://monitor-de-lcd.blogspot.com. A hug.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s