Mulakan menulis blog dari langkah yang pertama

Sejak akhir-akhir ini saya melihat anak-anak muda terutamanya golongan mahasiswa cenderung untuk menjadi seorang bloggers. Saya sendiri berasa gembira diatas kewujudan blog-blog anak muda sebegini kerana saya sememangnya mengharapkan wujudnya ramai bloggers yang kreatif dan kritis.

Seperti sahabat-sahabat di bumi kinanah, mereka telah berjaya mewujudkan rangkaian blog yang cukup ramai melalu al-azharian top site. Walaupun disitu wujudnya pelbagai blog-blog persendirian, sekurang-kurangnya golongan yang bakal bergelar ustaz dan ustazah ini sudah maju di dalam bidang media alternatif ini.

Ada dikalangan anak muda yang menjadikan blog mereka sebagai luahan hati mereka terhadap dunia politik pada hari ini. Terdapat blog-blog mahasiswa yang hanya menyiarkan diari hidup mereka di dalam olahan yang cukup menarik. Bagi golongan ustaz dan ustazah ini kebanyakkan daripada mereka lebih gemar menjadikan blog mereka sebagai medan dakwah dengan menampilkan artikel-artikel yang menjelaskan tentang Islam.

Ramai juga dikalangan sahabat-sahabat saya yang menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk menayangkan artikel yang di “copy paste” daripada blog orang lain. Bagi mereka himpunan artikel terpilih boleh membantu sahabat-sahabat mereka mencari maklumat dengan lebih mudah.

Saya tidak kisah semua ini. Biarlah mereka mencuba untuk berbloggers. Janganlah dikritik semangat mereka. Untuk melahirkan seorang insan yang gemar menulis bukannya mudah. Tidak ramai yang sanggup menghadap komputer semata-mata mahu menyiapkan sebuah artikel. Mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan melayari friendster berbanding menulis artikel-artikel yang bermanfaat.

Saya pernah melalui semua ini. Di awal tingkatan 2, saya mula mengenali internet dan pada ketika itu tujuan ke Cyber Cafe semata-mata untuk berchatting diruangan MIRC. Ada dikalangan sahabat-sahabat saya yang ketagih MIRC sanggup melompat pagar diwaktu malam untuk melepaskan ketagihan mereka. Wang saku dan biasiswa dihabiskan semata-mata untuk melayari ruangan chatting untuk “war”. War ialah istilah yang digunakan untuk berperang didalam ruangan MIRC.

Mujur dikala itu saya tidak terjebak ke kancah yang membawa kepada gian. Saya sekadar suka-suka untuk berchatting. Apabila masuk tingkatan lima, tujuan saya ke CC adalah semata-mata mencari bahan Usrah buat adik-adik bersama rakan saya Idris. Banyak bahan yang kami perolehi dan diphotostat untuk bacaan adik-adik di SMKAK. Ketika itu saya sudah mengenali friendster, namun saya bukanlah kaki friendster. Sehingga hari ini saya jarang menjengah laman friendster saya. Kewujudan friendster sekadar untuk mengikat tali persahabatan dengan sahabat sejak dari zaman persekolan. Manakala multiply pula dibuat atas sebab ingin mempromosikan blog saya yang sedia ada.

Saya mengenali blog ketika tahun satu di Universiti Malaya. Blog saya yang pertama ialah http://syababmuslims.blogspot.com. Ketika itu bahannya sekadar bahan tugasan saya dan artikel yang di “copy paste” daripada laman web dan blog-blog yang lain. Ketika itu saya masih lagi mentah. Tidak tahu menilai apa gunanya blog yang saya miliki. Bagi saya blog merupakan tempat saya meluahkan apa sahaja yang saya fikirkan. Akhirnya, menukarkan blog saya kepada http://faisalkini.blogspot.com. Blog lama saya masih lagi digunakan untuk menayangkan video-video yang saya rasakan menarik. Tujuan blog ini ditukarkan nama adalah untuk menjadikannya lebih fimilar dengan masyarakat kampus yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Saya bukannya penulis yang hebat. Bahkan artikel-artikel saya sering dikritik kerana gaya bahasa yang ditampilkan tidak puitis dan kurang kritikal. Berbanding dengan aktivis mahasiswa yang lain, ramai menampilkan idealisme yang cukup tajam dan menarik. Walaupun dikritik saya tetap cuba untuk menulis kerana ingin belajar menjadi seorang penulis yang kritis dan menarik. Bagi saya kritikan yang diberikan saya terima dengan lapang dada dan dijadikan pedoman untuk memperbaiki tulisan untuk artikel yang akan datang.

Sebab itu saya suka sahabat-sahabat membuat blog sendiri. Saya tahu ada yang kurang senang dengan kehadiran bloggers baru ini. Ada yang berpendapat blog menjadikan mereka tidak pro aktif kerana bermain di lapangan maya. Ada juga sahabat-sahabat yang menimbulkan persoalan mengapa perlu wujudnya blog jika tiada arah dan tujuan. Berblog semata-mata untuk popular atau berdakwah. Banyak lagi persoalan yang ditimbulkan.

Saya rasakan lontaran persoalan itu ada betulnya. Namun begitu, bagi saya sekiranya blog yang dihasilkan itu tidak bercanggah dengan etika dan nilai moral kehidupan sebagai seorang muslim, ada baiknya kita memberikan galakkan kepada generasi baru untuk mempunyai blog sendiri. Ini bagi mencungkil bakat mereka yang sedia ada dan menanamkan sifat suka menulis dikalangan mereka.

Bagi saya dunia blog menjadi medan kepada generasi muda terutamanya pendakwah untuk mengenali dunia global. Kita tidak boleh mengharapkan Ust Hasrizal dan Ust Zaharuddin semata-mata, tetapi perlu lahir generasi pelapis yang mampu untuk menjayakan misi dakwah di lapangan maya ini. Mulalah dengan langkah pertaman, saya yakin sahabat-sahabat mampu untuk meneruskan langkah yang seterusnya sehingga suatu hari nanti kita berjaya mewujudkan bloggers muslim united. Insya Allah…

Advertisements
This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

2 Responses to Mulakan menulis blog dari langkah yang pertama

  1. zamry berkata:

    sokong-sokong…
    macam berjanji pula…ana baru tulis pasal bloggers tapi tulisan nta semestinya lebih menyengat daripada ana…
    Syabas, keep it up

  2. kahfi8 berkata:

    sokong tulisan anta nii.. ana dulu masa mula2 pun, jadikan sebagai diari saja.. lama tinggalkan, smpai la awal sem ni baru nak ‘take over’ semula blog asal tu.. berhabuk sangat la sebab lame tinggalkan.. orang baru dlm dunia blog ni, kita harus la bantu, bukan kritik smpai ‘menjatuhkan’ diorang pulak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s