Selamatkah mahasiswi kita menaiki Teksi?

PARAH: Mangsa ditemui terbaring berhampiran Maktab Polis Cheras, kelmarin. Andaikata perkara sebegini terjadi kepada mahasiswi UM, Siapakah yang akan bertanggungjawab


Saya tertarik dengan berita yang dipaparkan pada hari ini berkenaan kes seorang wanita Cina yang ditikam oleh pemandu teksi yang dinaikinya. Kejadian ini berlaku berhampiran Maktab Polis, Cheras. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengakui bahawa wujud sendiket yang menggunakan teksi untuk merompak mangsa terutamanya wanita.

Antara perkara yang bergelegar difikiran saya apabila terbaca isu ini ialah, nasib sahabat-sahabat mahasiswi UM yang dibuang kolej kediaman dan tinggal di sekitar Pantai Dalam. Mereka ini terdedah kepada ancaman bahaya yang cukup tinggi. Hal ini kerana mereka sering menggunakan teksi untuk pulang ketika malam hari. Sekiranya hal yang tidak diingini berlaku siapakah yang akan dipersalahkan? Saya berasa untuk melontarkan idea ini kerana saya tahu kesannya amat buruk jika ianya berlaku.

Saya sendiri berusaha membawa hal ini untuk dibincangkan diperingkat atasan bersama-sama sahabat-sahabat seangkatan Pro-M dalam kabinet MPMUM. Tetapi ianya dipandang sebelah mata. Kepada sahabat-sahabat kabinet daripada Aspirasi, janganlah kalian melihat sahaja perkara sebegini berlaku kerana kebajikan mahasiswa adalah tanggungjawab bersama.

Pernah saya bawakan kisah sahabat saya disebuah Universiti dirogol ketika berjalan pulang ke rumah. Apa gunanya sekiranya perkara ini sudah terjadi. Sebab itulah, isu kebajikan mahasiswi ini perlu mendapat pembelaan daripada pihak UM. Janganlah semata-mata kerana kepentingan politik, kebajikan mahasiswa dan mahasiswi diketepikan.

Advertisements
This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

3 Responses to Selamatkah mahasiswi kita menaiki Teksi?

  1. suara berkata:

    Langkah berhati-hati amat perlu diambil. Tapi paling penting rasanya ialah mengajar, mengingatkan dan menggalakkan muslimat agar mengamalkan doa keluar rumah. Kerana yang paling berkesan dan berkuasa untuk menjaga diri dan harta benda kita ialah Allah.

  2. Lapa berkata:

    Muito agressivo…

  3. widya berkata:

    ya..memang tidak selamat guna kemudahan teksi nih. mcm2 ragam pemandu teksi nih…tp nak buat mcm mana itu ja kemudahan yg blh diguna..apa2 pun semoga tiada apa2 nasib malang yg terjadi..km semua mahasismi sokong perjuangan nta ni. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s