Mahasiswa sokong tawaran kursus pengajian blog

Cadangan pihak pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dilihat sebagai suatu langkah positif ke arah melahirkan lebih ramai penulis-penulis blog di negara kita. Melalui kursus yang ditawarkan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu pengendali blog yang baru dan berkeinginan untuk berkecimpung di arena blog ini.

Walaupun perkembangan blog dinegara kita bergerak dengan pantas, namun begitu ianya hanya bergelegar dikalangan golongan yang berminat dengan dunia politik sahaja. Tetapi kehangatan dunia blogger ini kurang menyerap masuk ke dalam diri mahasiswa. Kebanyakkan daripada mereka masih kurang sedar mengenai kepentingan blog. Hal demikian kerana kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai ilmu dan kepakaran untuk membina dan mengendalikan blog.

Sebab itulah saya melihat cadangan memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog ini suatu cara untuk mengatasi masalah ini. Perlaksanaannya bukan sekadar dilakukan di UiTM bahkan di seluruh universiti dan dijadikan sebagai subjek elektif untuk semua pelajar. Melalui pembelajaran ini secara tidak langsung mutu dan etika penulisan dikalangan blogger muda ini dapat diterapkan dengan baik.

Sekiranya ianya dijadikan sebagai subjek elektif bagi semua pelajar, sekurang-kurangnya pihak unversiti telah membantu mahasiswa supaya celik IT. Hal demikian kerana ramai dikalangan mahasiswa di negara masih lagi lemah dari sudut penguasaan IT.

Selain daripada menulis hal-hal yang berkaitan isu semasa, blog juga dilihat sebagai medium yang terbaik bagi golongan mahasiswa berkongsi ilmu-ilmu yang diperolehi mereka dibilik-bilik kuliah untuk disebarkan kepada masyarakat. Kebanyakkan kajian yang dibuat oleh golongan mahasiswa ini boleh dikongsi dengan golongan masyarakat dan bukannya disimpan didalam muzium peribadi mereka.

Melalui lapangan blog ini, golongan mahasiswa lebih bebas menulis tanpa terikat dengan etika kewartawanan tertentu yang diguna pakai oleh media tradisional. Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah ”Sesiapa sahaja (media alternatif) boleh menulis. Mereka tidak perlu mempunyai kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika pemberitaan dan jarang sekali didakwa di mahkamah. Kebebasan ini menakutkan,” katanya.

Media alternatif ini juga boleh dijadikan ruang oleh golongan mahasiswa ini untuk menjadi pengimbang kepada media perdana yang dikatakan mempunyai banyak berita-berita yang berbentuk propaganda dan didakwa cenderung melakukan penipuan dan berat sebelah. Oleh itu melalui ruang yang ada mahasiswa sewajarnya memperbetulkan kesalahan tersebut melalui medium blog ini.

This entry was posted in Respon Isu. Bookmark the permalink.

One Response to Mahasiswa sokong tawaran kursus pengajian blog

  1. Mohamad Hilman bin Nordin says:

    I give you simple equations here:

    Student + School of Engineering = Engineer
    Student + School of Medicine = Doctor
    Student + School of Business = Businessman
    Student + School of Law = Lawyer
    Student + School of Blogging = Bloggers?

    Now, what do you think of Dip. Blog? Or Professional Bloggers?

    more on http://www.wakil-fkum.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s