Orang-Orang Kaya Malaysia

Hari ini keluar lagi senarai “10 Orang-orang Terkaya” di Malaysia. Saya meneliti satu persatu nama-nama yang dipampangkan di dada akhbar The Star awal pagi tadi. Kebetulan Firma Faiz Adnan Associates, tempat saya menjalankan praktikal melanggan akhbar tersebut. Apabila senarai tersebut, saya sudah dapat menjangkakan orang yang memenuhi senarai kekayaan tersebut.

Menduduki senarai 10 orang terkaya bukannya seperti menjadi 10 orang pelari pecut terbaik negara. Hal demikian kerana untuk menjadi seorang yang kaya, seseorang itu perlu menghimpunkan hartanya sejak dari awal lagi dan apabila menduduki senarai tersebut mereka biasanya akan kekal. Manakala seseorang yang menduduki senarai 10 orang terpantas mungkin ianya tidak kekal lama.

Hal demikian kerana, apabila tiba waktu tua dan uzur seseorang itu semakin perlahan lariannya. Manakala sekiranya seseorang itu kaya, apabila umurnya semakin bertambah dan perniagaan makin maju, asetnya yang terkumpul selama ini semakin banyak dan sukar untuk di tandingi oleh orang lain. Sebab itulah saya sudah dapat mengagak siapakah yang menduduki senarai tersebut. Andai saya menjadi seorang usahawan, dalam masa terdekat sudah tentu tidak dapat menandingi kekayaan golongan-golongan ini. Kekayaan mereka semakin bertambah, tetapi saya baru mula bertatih untuk mencari keuntungan. Bukan bermakna saya ingin menjadi seorang yang kaya, tetapi ini sekadar misalan.

Taikun Malaysia iaitu Robert Kouk masih lagi mendahului senarai ini dengan kekayaan AS$10 billion. ‘Raja Gula’ berusia 84 tahun itu meningkatkan nilai kekayaannya sebanyak AS$2.4 bilion tahun ini, menerusi pemilikan dalam pelbagai bidang perniagaan, seperti hartanah di Hong Kong, media dan paling utama penguasaannya dalam gergasi minyak sawit, Wilmar International.

Ini diikuti oleh Ananda Krishnan yang menguasai Maxis Communications Bhd dengan nilai kekayaan AS$7.2 bilion, merosot AS$200 juta daripada tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng pula menduduki tangga ketiga daripada keempat tahun lalu dengan nilai kekayaannya meningkat AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.

Pendatang baru dalam senarai rakyat negara ini memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion ialah Tan Sri Vincent Tan, dengan kekayaannya meningkat hampir AS$1 bilion kepada AS$1.3 bilion apabila harga saham Berjaya Corp yang dikuasainya melonjak hampir tiga kali ganda dalam tempoh 12 bulan lalu.

Apabila diperhatikan senarai tersebut hanya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary satu-satunya orang Melayu yang tersenarai di dalam lingkungan tersebut. Tokoh Maal Hijrah ini berjaya menempatkan dirinya di tempat yang ke-8 di dalam senarai tersebut.

Turut berada dalam senarai itu ialah Pengerusi Kumpulan Am Bank, Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta) yang berada di tempat ke-11; Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta, tempat ke-20); Timbalan Ketua Eksekutif Air Asia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta, tempat ke-21); Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi (AS$180 juta, tempat ke-30) dan Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta, tempat ke-34).

Individu Melayu lain yang berada dalam senarai itu ialah Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (AS$150 juta, tempat ke-35) yang mempunyai pegangan saham ketara dalam Gamuda Bhd dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak (AS$100 juta, tempat ke-40).

Advertisements
This entry was posted in Info. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s