Antara Dua Kehilangan


Pulau Batu Putih yang dimiliki oleh Singapura dalam penghakiman di ICJ pada hari Jumaat 23 Mei 2008


Peta Singapura yang bebas daripada Malaysia sejak 9 Ogos 1965

Saya amat tertarik membaca komen-komen berkaitan dengan terlepasnya Pulau Batu Putih (Perda Blanca) kepada kerajaan Singapura. Ramai yang mengeluh apabila tanah kedaulatan bumi Malaysia seluas 0.2 hektar ini bukan lagi menjadi milik negara kita.

Saya sendiri berasa kurang senang dengan keputusan tersebut walaupun kita di anugerahkan dengan South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah). Hal demikian kerana kedaulatan bumi yang kita diami ini sudah diganggu orang.

Tetapi yang harus diingati juga, sekiranya kita bersedih kehilangan 0.2 hektar tanah kepada Singapura, kenapa kita tidak meratapi kehilangan tanah seluas 692.7 km persegi apabila Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Mungkin ramai dikalangan rakyat negara kita melupai sejarah ini. Kita pernah kehilangan sebelum kehilangan ini, kedua-duanya merupakan kehilangan bermakna buat kita semua.

This entry was posted in Info. Bookmark the permalink.

One Response to Antara Dua Kehilangan

  1. Mohamad Hilman bin Nordin says:

    salam… terpulang kepada semua nak meratap atau nak moving on. kalau meratap tanpa lakukan apa2, takde maknanya.

    perubahan boleh bermula dari skala kecil untuk satu perubahan yang berskala besar.

    depends on you whether to do it, or not

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s