Boleh merokok di Kafe?

Semalam saya sebelum mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) saya sempat menjamah nasi lemak di kafe Kolej Kediaman Ke 12. Sambil makan, saya memerhati gelagat pelanggan disekitar kafeteria tersebut.

Rata-ratanya berwajah agak kebudak-budakan. Hati kecil saya menerka mereka adalah pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Mana mungkin siswa-siswi UM, memandangkan sekarang masing-masing berada di kampung kerana sedang menghabiskan cuti semester.

Selepas membeli air, saya berkira-kira mahu bergerak ke bilik sekretariat MPMUM untuk menghadiri mesyurat sesegera mungkin. Ketika itu saya terpandang 2 orang budak lelaki sedang memegang sebatang rokok. Seorang di sebelah hujung kedai, dan seorang lagi betul-betul dihadapan saya. Wajahnya kelihatan agak muda. Barangkali lebih muda daripada saya.

Sebelum ini saya jarang melihat mahasiswa merokok di kawasan terbuka terutamanya di kafeteria kolej kediaman. Ini kerana kawasan universiti merupakan kawasan larangan merokok. Bagi saya untuk merokok itu adalah hak individu, tetapi menjadi suatu kesalahan sekiranya golongan pelajar-pelajar ini merokok di kawasan kafeteria yang terbuka.

Sekiranya mahu merokok carilah tempat yang sesuai. Bukannya ditempat mahasiswa menjamah makanan. Sewajarnya pelajar-pelajar ini menghormati peraturan yang dikuatkuasakan di dalam Universiti, bahawa para pelajar dilarang merokok di dalam kawasan awam yang terbuka di dalam universiti. Sekiranya mahu merokok pandai-pandailah untuk mencari tempat, bukannya dengan merokok di kawasan yang terbuka seperti kafeteria sehingga mengganggu ketenteraman di kawasan tersebut.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Advertisements
This entry was posted in Cetusan Idea, Isu Kampus. Bookmark the permalink.

One Response to Boleh merokok di Kafe?

  1. suara says:

    salam…
    fikirkan bagaimana nak menghalang anak muda dari merokok. menghalang dari mencuba langsung.

    kenapa pelajar merokok? kenapa pekerja merokok? mungkin kerana tekanan

    kenapa pesara merokok? mungkinkah sebab dah bosan hidup?

    lain padang lain belalang, lain orang lain jawapan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s