Ada pihak ambil kesempatan terhadap UM

Saya sempat menjengah ruangan “terkini” utusan online dan berita harian. Memang sudah menjadi kegemaran saya menjengah ruangan ini setiap petang kerana memuatkan berita terkini yang panas setiap hari.

Hari ini Timbalan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin membuat kenyataan media berkenaan wujudnya pihak yang mengambil kesempatan terhadap UM. Beliau hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan pihak yang kononnya mendakwa mewakili universiti tersebut menawarkan kemasukan ke institusi pengajian tinggi itu.

Menurut Beliau, wujud pihak UM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian dari segi kewangan atau harta benda sekiranya urusan kemasukan ke universiti itu melalui saluran yang tidak sah.

Beliau menjelaskan, segala urusan kemasukan termasuk pengeluaran surat tawaran ke universiti itu hanya dikendalikan oleh Bahagian Akademik Jabatan Pendaftar bagi calon Ijazah Sarjana Muda dan Institut Pengajian Siswazah bagi calon pasca siswazah. “Kami tidak pernah melantik pihak lain untuk menguruskan tawaran kemasukan ke universiti ini,’’ tegas beliau dalam kenyataannya, di sini hari ini.

Menurut Profesor Dato’ Mohd. Amin memberitahu, pihak pengurusan universiti menerima beberapa aduan daripada orang ramai berkenaan tawaran kemasukan palsu ke UM baru-baru ini.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

This entry was posted in Isu Kampus. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s