Panji Islam


Panji Islam kujunjung kibarmu
Akan kupasak di puncak tertinggi
Simbol mulia syiar yang kubawa
Dasar agama Rasul tercinta.

Akan kudaki mehnah duniawi
Biar tersungkur bangkit berdiri
Demi panji yang kugenggam ini
Dijerlus duri syurga kan menanti.

Derap langkahku selaju cita
Kencang tingkahku menggapai jaya
Haruman kasturi mengacah sukma
Mimpi syahid igauan di mata.

Panah busurku dilumur wahyu
Pedang dilangir sabda Junjungan
Mara langkahku menuju medan
Menjulang panji siaga di tangan.

Panji Islam kita tegakkan
Meski diancam zaman-berzaman
Tetap teguh berkibar megah
Kental kukuh janji-Mu Allah.

Terus dijunjung panji mulia
Biar dirempuh badai gelora
Tradisi kita pejuang agama
Demi Islam kan terus ku bela.

Advertisements
This entry was posted in Karya. Bookmark the permalink.

One Response to Panji Islam

  1. suara says:

    Salam

    Biar hanya satu seruan,
    Biar hanya satu teguran,
    Biar hanya satu bisikan,
    Ia tetap bernama perjuangan
    Kerana hidup bukan bersendirian
    Perlukan teguran penunjuk jalan.

    ish… tah apa-apa yg sy tulis ni…

    Semoga istiqamah berjuang demi Islam yg kita pegang dan genggam. Salam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s