Penghinaan terhadap ISLAM

Selepas menjengah beberapa buah blog, saya menjumpai beberapa fakta berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap Islam. Mungkin fakta-fakta ini boleh dijadikan pedoman oleh sahabat pengunjung untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan hal ini:

Antara isi kandungan ‘The Satanic Verses’ karya Salman Rushdie :

1-Wahyu yang diturunkan ke atas Rasulullah (saw) telah dihantar oleh syaitan malah Rasulullah (saw) tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian Rasulullah (saw) menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam al-Quran.

2-Pusat pelacuran di kota Mekah diuruskan oleh semua isteri Rasulullah.

3-Salahuddin al-Ayyubi, panglima perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

*Ini antara sebab Salman Rushdie dijatuhkan hukuman mati oleh Imam Khomeini.
*Sedikit maklumat mengenai Salman Rushdie :

1-Kerajaan British telah menganugerahkan pingat ‘Knight Bachelor’ (yang membawa gelaran ‘Sir’) kepada penulis novel ‘Surah Syaitan’ kelahiran India itu. Salman yang menghina Islam dan Rasulullah (saw) menerima anugerah tersebut dalam satu majlis sempena ulangtahun kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-81. Salman Rushdie, 60 tahun, anak seorang Muslim dilahirkan di Bombay pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja John Conon kemudian di King College, Cambridge. Pada tahun 1988, ia menulis novel ‘The Satanic Versus’ (surah Syaitan) yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Pada 14 Febuari 1989 pemimpin Republik Islam Iran, Imam Khomeini mengeluarkan fatwa supaya Salman Rushdie dihukum bunuh. Sejak itu, Salman tidak muncul di khalayak ramai dan bersembunyi di Britain.

*Kronologi Penghinaan Terhadap Rasulullah (saw) :

1-1969 : Salman Rushdie menghina Nabi (saw) dalam karyanya ‘The Satanic Verses’.

2-1990-an : Taslima Nasreen (warga Bangladesh) menghina Nabi (saw) dalam karyanya dan hidup mewah hasil jualan karyanya.

3-Haidar Bin Haidar (rakyat Syria dan bermastautin di Mesir) telah memasukkan Ahli Keluarga Nabi sebagai watak dalam novelnya dan menghina mereka.

4-Seorang editor akhbar ‘Nigeria This Day’ telah menghina Nabi (saw) dalam kolumnya dengan menyatakan Nabi (saw) akan membenarkan pertandingan ratu cantik di Nigeria dan memilih salah seorang pemenang sebagai isterinya.

5-1997 : Tatyana Suskin (wanita Yahudi) membuat dan menyebarkan 20 poster yang menghina Islam dan Nabi (saw) , antaranya gambar seekor babi.

6-2000 : Farish Noor menulis artikelnya ‘Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality’ dalam New Straits Times dengan menghina Nabi (saw).

7-2002 : Islama Daniel (wartawan Nigeria) menulis tentang Rasul (saw) dan Miss World. Pertandingan itu adalah untuk memperlekehkan pelaksanaan syari’ah Islam di Nigeria.

8-2004 : Theo Van Gogh (penerbit filem) menghina Islam dan Nabi (saw) dalam sebuah dokumentari atas dasar kebebasan berkarya.

9-2005 : Akhbar Denmark ‘Jylands Posten’ menerbitkan watak kartun Nabi (saw) sebagai pengganas yang tidak berakhlak. Akhbar-akhbar dari Jerman, Perancis, Belanda, Itali dan Sepanyol turut menghasilkan kartun yang sama untuk menyokong tindakan akhbar Denmark itu.

10-Akhbar ‘Sarawak Tribune’ menyiarkan kartun yang menghina Nabi (saw) .

11-Akhbar ‘Guang Ming Daily’ turut menyiarkan foto akhbar yang menyiarkan karikatur itu.

12-Akhbar ‘New Straits Times’ menyiarkan kartun lain yang menghina Islam dan Nabi (saw).

13-2007 : Salman Rushdie mendapat gelaran ‘SIR’ daripada kerajaan Britain atas karyanya ‘The Satanic Verses’.

* Artikel ini sekadar untuk dijadikan bahan kajian oleh semua pihak.

ihsan dari: Ummu Abiha

This entry was posted in Review Buku. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s