Iklan Merdeka Petronas 2008: Terkenang Kisah Dulu

Sengaja saya publish video ini. Hal demikian kerana sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada kisah dulu. Ayah dan emak sering mengelak sekiranya saya meminta barang-barang mainan ketika keluar membeli belah di bandar.

Akhirnya, setiap kali mahu membeli barang, ayah hanya keluar berseorang. Masih saya ingat, pada ketika itu ayah menggunkan tali rafia untuk mengukur saiz baju dan seluar saya dan kakak.

Ketika itu saya tidak pernah memberontak walaupun ayah tidak mahu membelikan barang yang saya minati kerana pendapat ayah agak kecil. Hanya bergantung kepada hasil getah yang tidak seberapa. Tambahan pula apabila tiba musim hujan, hanya makan ala kadar untuk menampung perut yang lapar.

Apabila melihat si anak tersebut membuat kereta mainan sendiri, teringat saya semasa kecil ketika membuat bahan mainan sendiri kerana tidak mampu dibeli oleh Ayah. Masuk hutan mencari buluh dan rotan untuk dijadikan bahan mainan. Namun begitu, apabila mendapat tawaran ke Universiti, ayah bersungguh-sungguh memberikan semangat supaya menjadi anak “ayah” yang berjaya. (^^,).

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

2 Responses to Iklan Merdeka Petronas 2008: Terkenang Kisah Dulu

  1. aktivis_muda says:

    salam…
    syukran atas jemputan…
    tahniah2..ana suka tgk iklan ni dan sedikit sebanyak membuatkan ana terfikir…masyaAllah…ana syg abah!!!

  2. kak shida says:

    Assalamualaikum,

    Tahniah!Akak suka sgt tgk iklan ni.Hope adk dpt kuarkan iklan @ kisah yg lbh bgs.Akak doakan yg terbaik utk adk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s