Bunga-bunga bahasa Ibu Ayah

“Buah Rambutan dah masak, buah durian pun dah masak”, ujar emak semasa saya menelefonnya sebentar tadi. Emak sempat bertanya kepada saya ke mana saya akan pergi selepas ini. Saya menjawab, esok ke Perak, program untuk isteri-isteri pegawai tentera.

Akhirnya terpacul juga dari emak bertanya, “bila nak balik”. Serba salah saya dibuatnya. Dengan lemah-lembut saya menjawab, “insya Allah cuti terdekat baliklah nanti”.

Alhamdulillah, apabila dikeluarkan jadual bulan julai, tiada program dalam minggu pertama. Inilah peluang saya untuk pulang bertemu emak dan ayah. Saya tahu emak teringin mahu melihat pasu dan beras yang dihadiahkan oleh pihak Bernas semasa ke Sarawak tempohari.

Inilah bahasa seorang Ibu atau Ayah. Saya mula memahami apabila setiap kali slot penghalang dalam kehidupan Ust Hashim sering mencerita bunga-bunga bahasa yang selalunya digunakan oleh Ibu dan Ayah.

Untuk memberi signal menyuruh si anak pulang kerana terlalu rindu antara alasan yang sering digunakan oleh kedua Ibu Bapa ialah, “Buah rambutan dah masak”, “Durian dah luruh” dan sebagainya.

Anak-anak kebiasaannya sukar memahami bahasa Ibu Bapa kerana mereka terlalu berkias. Namun begitu seharusnya si anak perlu faham bahawa Ibu Bapa sering merindukan mereka.

Seringkali ditayangkan dikaca TV, kedua orang tua diabaikan oleh anak-anak mereka sehingga sanggup dihantar ke rumah orang tua. Ada juga yang ditinggalkan di kampung berseorangan tanpa pembelaan. Namun begitu, berapa ramai yang mengambil pengiktibaran daripada kisah tersebut.

Sebagai seorang anak, seharusnya kita memahami bunga-bunga bahasa kiasan yang digunakan oleh Ibu Bapa kita yang membayangkan mereka merindui kita sebagai seorang anak. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan anak yang soleh.

This entry was posted in Cetusan Idea and tagged , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Bunga-bunga bahasa Ibu Ayah

  1. nurya says:

    sy rasa sedih lah dengan posting ni… bila kenang2 balik mmg banyak kiasan yang mak abah sy guna yg sy kdg2 lmbat faham…. hmmm….knapalah kita ni susah nak faham ibu ayah kita kn…

  2. Faisal Mustaffa says:

    Ingatilah mak ayah di kampung.(^^,)

  3. Mariani Abd Rahman says:

    Beri kegembiraan kepada mereka selagi hayat masih ada.Jangan bila nanti kita akan merindui suara mereka…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s