Sepetang Memancing Di Tasik Paramount

memancing di paramount

“Jom kita memancing kat Sungai Pisang”, ajak Bad kepada saya dan Jabir. “Aduh, malaslah. Kalau ada kereta tak pa juga. Jauh tu”, saya menjawab.

Akhirnya, persetujuan diperolehi dimana kami hanya memancing di Tasik Paramount yang hanya terletak dibelakang rumah kami.

Walaupun saya bukannya seorang yang meminati aktiviti memancing, tetapi apa salahnya sekiranya saya belajar-belajar memancing.

Jabir dan Bad bergerak ke Tasik Paramount terlebih dahulu kerana saya perlu ke Digital Mall untuk membeli woofer untuk kegunaan siri-siri ceramah saya.  Kebetulan pada 24 Julai ini, saya dijemput menyampaikan ceramah Isra’ dan Mikraj kepada pelajar-pelajar di Sekolah Rendah Sekseyen 6, Damansara. Biarlah kelengkapan asas untuk memantapkan lagi penyampaian disediakan lebih awal. Akhirnya saya memilih woofer berjenama sonic gear yang sederhana besarnya dengan harga RM59.00.

Setibanya saya di Tasik Paramount, kelihatan Jabir dan Bad sedang duduk menunggu kail mereka. Jabir sudah mendapat seokor ikan, manakala Bad masih belum ada rezkinya.Sehigga selesai memancing, hanya seekor ikan itulah yang menjadi rezki pada petang tersebut.

Terdetik juga di dalam hati, betapa boringnya aktiviti memancing. Letih-letih menunggu, seekor pun tak dapat. Beli di pasar lagi cepat boleh di masak. Hehe. Mungkin jiwa saya bukanlah jiwa seorang pemancing. (^^,).

jabir

Jabir menunjukkan kehebatnya dengan memperolehi seekor anak Tilapia Merah..Hehe

Bad

Tarik Bad tarik…

Advertisements
This entry was posted in Santai and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Sepetang Memancing Di Tasik Paramount

  1. Mohd Hasbie Muda berkata:

    haha..woit..mancing tak ajak..siot jer..hahaha..

    anyway, can..
    selamat hari lahir ke23
    moga pnjg umur murah rezeki..hehe

  2. ibnumustaffa86 berkata:

    Hehe..syukran la..nanti kita mancing sama-sama

  3. ustazlah berkata:

    salam.. wah mancing.. lain kali nak pi ajak sekali.. katmana tasik nih? joran tu lama dah terketar2 tak beraksi..heheh.. nanti ana bagi nombor via msj fesbuk..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s