Tersesat ke SMAP Kajang

“Kita nak bergerak dengan motor atau kereta ke SMAP Kajang”, tanya saya pada Daniel. “Kalau banyak barang yang anta nak bawa, baik kita naik kereta”, jawab Daniel. Hati saya agak ragu-ragu kerana jam sudah menunjukkan tepat 6.20 petang. Kebiasaannya traffic jem pada ketika ini berada dikemuncaknya.

Tetapi disebabkan saya perlu membawa Lap Top dan sound woofer, maka saya memilih untuk ke sana menaiki kereta Naza Sutera sahabat saya Ghaffar. Jemputan kuliah maghrib ini adalah daripada adik-adik Badan Dakwah melalui sahabat saya Hasbie yang merupakan alumni SMAP Kajang ini.

Di sebabkan sudah biasa dengan gelagat pelajar-pelajar sekolah agama ini, berbekalan pengalaman di SMKA Kedah dan KISAS mungkin kuliah yang akan disampaikan ini lebih dekat dengan para audiens. Walaupun saya bukannya lepasan SMAPK, tetapi serba sedikit berkenaan latar belakang SMAPK ini saya ketahui daripada sahabat saya Hasbie.


Pergerakkan kami menuju ke Kajang memakan masa hamper sejam lamanya. Sehingga masuknya waktu maghrib kami masih lagi terperangkap di atas jalanraya. Rasa gelisah juga hati ini. “Kesian kat adik-adik yang menanti kita”, ujar saya pada Daniel”

Sebaik sampai di Pekan Kajang, petunjuk ke arah SMAPK gagal kami temui. Bahkah arahan yang diberikan juga mengelirukan kami. Sehingga jam 8 malam saya dan Daniel tersesat mencari jalan. Keadaan ini menyebabkan kami mengambil keputusan untuk singgah di Masjid Pekan Kajang untuk menunaikan solat Maghrib. Saya mengambil keputusan untuk menangguhkan kuliah pada malam tersebut dan digantikan dengan hari yang lain.

“Apa hikmahnya Allah S.W.T tak benarkan aku sampaikan kuliah pada mala ini. Mungkin ni tarbiah dari Allah”, hati kecil saya bercakap sendirian.

Selepas usai solat Maghrib, kami bergerak mencari SMAPK seperti yang arahan yang diberikan. Sekali lagi kami tersalah memilih jalan. Cari punya cari, akhirnya kira-kira jam 8.30 barulah kami menjumpai SMAPK.

Sebaik sampai disana, saya dan Daniel berkenal-kenalan dengan adik-adik di SMAPK. Kami berborak sementara menanti masuknya waktu Isya. Sekiranya hendak memberi tazkirah, masa yang berbaki sudah tidak mencukupi. Saya melihat suasana di sekitarnya hampir sama dengan SMKA Kedah samaada dari sudut binaan bangunan, mahupun suasana surau.

Usai solat Isya, saya dan Daniel bergerak pulang. “Pernah makan satay Kajang”, tanya saya kepada Daniel. “Belum pernah”, jawab Daniel ringkas. “Kalau macam tu, jom ana belanja anta. Lagipun anta tak merasa lagi duit gaji ana”, lantas saya memacu hala tuju kereta untuk menuju ke Pekan Kajang bagi mengisi perut yang sedang lapar. Kira-kira jam 11 barulah kami selamat pulang ke rumah.

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

One Response to Tersesat ke SMAP Kajang

  1. lydecker86 says:

    wuwu~ teringat zaman sekolah=p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s