Mahasiswa tuntut 5 perkara dalam PR Permatang Pauh

Bersama rakan-rakan mahasiswa di Pulau Pinang
Kira-kira 500 mahasiswa dari pelbagai universiti seluruh negara telah berhimpun di Permatang Pauh sempena dengan pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada 26 Ogos ini. Himpunan tersebut bertujuan memberikan mesej kepada rakyat berkenaan tuntutan mahasiswa kepada pemimpin parti politik yang bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Pengerusi National Coalation Movement (NESCAM), saudara Haafizuddin Abirerah yang berpeluang berucap di pentas Barisan Nasional bersama-sama dengan Dato’ Seri Syed Hamid Albar mengulangi gesaan mahasiswa agar pilihanraya kali ini dilaksanakan dengan adil dan saksama. Ini kerana, selaku golongan yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, agenda yang diperjuangkan mahasiswa adalah jelas menjadi mata dan telinga masyarakat dan berjuang berasaskan politik nilai. Tetapi selepas itu, wakil daripada BN mengeluarkan perkataan “stupid” kepada mahasiswa kerana tuntutan mereka cenderung kepada memilih kerajaan yang telus dan adil.
Di hadapan rumah Dato’ Arif Shah
Kemudiaanya tuntutan ini dibacakan juga bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di atas pentas Parti Keadilan Rakyat didalam ceramah umum beliau. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tuntutan yang dinyatakan oleh mahasiswa ini.

Berhenti sebentar dihadapan Banner bakal PM Malaysia ke-6.
Di dalam bacaan memorandum ini, mahasiswa membuat 5 tuntutan kepada calon-calon yang bertanding. Ini meliputi aspek Politik, Ekonomi, Sosial, Pendidikan dan Hak Asasi Manusia.

Dari aspek politik, mahasiswa menuntut supaya Pilihan Raya diadakan secara bersih dan mengikut lunas-lunas demokrasi yang sebenar dan adil. Selain itu, kebebasan bersuara diberi kepada mahasiswa dan rakyat.

Dari aspek Ekonomi pula, Mahasiswa menuntut supaya dilaksanakan pengurusan ekonomi yang tersusun dan tidak menganiayai masyarakat bawahan. Selain itu, unsure-unsur penyelewengan hendaklah dibebaskan daripada wujud di dalam pengurusan ekonomi ini.

Dari aspek social pula, mahasiswa menuntut supaya kemiskinan tegar dibasmi, kebajikan rakyat dijaga secara serius dan perkhidmatan kesihatan secara percuma dihospital kerajaan mahupun swasta.

Dari aspek pendidikan pula, mahasiswa meminta supaya diberikan pendidikan percuma dan kebebasan akademik kepada para pelajar dan pensyarah.

Dari sudut hak asasi pula, mahasiswa meminta supaya dimansuhkan AUKU dan memberikan kebebasan media.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

This entry was posted in Isu Nasional. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s