Outliers

Alhamdulillah, petang semalam sempat bersama dengan Hilman dan Pok Jak untuk membedah buku Outliers karangan Malcom Gladwell. Di penghujung sesi membedah tersebut, datang pula Shahir untuk bersama mendengar sesi perbincangan yang kali pertama diadakan ini. Walaupun tidak ramai warga Baitul Taubah menyahut ajakan untuk membedah buku ini, tetapi perbincangan ini tetap berjalan dengan lancar. Hilman sebagai pembedah buku ini datang dengan slide powerpoint dan LCD yang lengkap bagi menjadikan pembentangan ini lebih efektif. Terima kasih Hilman diatas kesungguhan memberikan ilmu kepada kami.



Penulis buku ini juga merupakan penulis kepada 2 buah buku best seller yang lain iaitu “Tipping Point” dan “Blink“. Insya Allah akan di bincangkan di dalam program bedah buku akan datang. Di dalam perbincangan ini, terdapat beberapa idea yang diketengahkan oleh penulis yang agak menarik minat kami. Antaranya berkenaan Chris Langan yang mempunyai IQ sekitar 195, namun beliau tidak berjaya di dalam hidupnya. Berbanding Newton sebanyak 150 dan purata manusia secara kebiasaannya hanya mempunyai IQ sebanyak 100.

Insya Allah, sekiranya diberi kesempatan selepas ini saya akan cuba menghuraikan isi kandungan buku ini berbekalkan paradigma Tauhid. Hal demikian kerana, terdapat satu bahagian di mana penulis menceritakan bahawa betapa beruntungnya menjadi Yahudi di dalam kisah Joe Flom, seorang peguam yang sanggup menguruskan “hostile take overs” walaupun bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat pada ketika itu.

Tetapi saya lebih berkeyakinan bahawa, menjadi seorang Islam itu sangat beruntung. Berdasarkan hadis baginda Rasulullah SAW yang mafhumnya:

“Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan yang asing. Dan ianya akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang berada dalam keadaan asing tersebut”.

Minta maaf kerana terlalu sedikit saya kongsikan. Insya Allah, di lain kelapangan saya akan huraikan dengan lebih terperinci isi pokok perbincangan kami berkenaan buku ini berserta cerita-cerita yang menarik.

This entry was posted in Bedah Buku and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Outliers

  1. outliers?– teringat kelas matematik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s