Kem Hijrahku Bina Insan siri 3

Semalam program Hijrahku Bina Insan berakhir dengan lancar. Walaupun pada peringkat awalnya saya dan Ahmad agak gelisah memandangkan ketiadaan fasilitator yang lebih senior kerana ke semua fasilitator senior berprogram bersama Yayasan Bina Insan di Port Dickson.Tetapi kami berusaha juga untuk menaikkan keyakinan bahawa kami mampu melaksanakan program tersebut.

Nik Abdul Razak iaitu teman serumah yang dibawa untuk membantu kami menguruskan kerja-kerja teknikal. Walaupun ini merupakan program ketiga untuk modul Hijrahku Bina Insan anjuran Akademi Zakat Selangor ini, tetapi program-program sebelum ini ditemani oleh Ustaz Hashim yang saya kira sebaya dengan peserta kursus. Peserta kursus ini secara puratanya adalah dalam lingkungan 30- 60 tahun. Jauh bezanya dengan saya yang baru mencecah usia awal 20 an.

Sebaik para peserta tiba, mereka dihidangkan dengan sedikit kuih muih sebagai alas perut. Ketika itu, kelihatan raut muka peserta yang agak kurang senang dengan kami. Saya, Ahmad dan Razak seperti biasa duduk bersama dengan peserta dan menikmati jamuan bersama dengan mereka sambil berbual untuk mengenali latar belakang mereka dengan lebih dekat bagi memudahkan perjalanan kursus ini.

“Saya sudah 3 kali ikut kursus begini Ustaz”, ujar salah seorang peserta dengan raut wajah yang kurang senang.

“Tak apa pak cik, mungkin kursus ini berbeza dengan kursus yang lepas”, ujar saya kepada peserta tersebut yang usianya saya kira sudah mencecah umur 50 an.

Semasa di dalam dewan, Pak Cik tadi enggan mengisi borang modul yang diberikan oleh pihak zakat.

“Biarlah orang lain isi, saya dah selalu buat benda macam ini”, ujar peserta tersebut.

Kasihan saya pada Ustaz Ahmad. Di sebabkan perkara tersebut, menimbulkan rasa tidak konfiden di dalam dirinya untuk meneruskan program tersebut. Tambahan pula, melalui maklumat daripada pemilik Chalet tersebut, terdapat wakil daripada Akademi Zakat Selangor yang akan datang sebagai pemerhati. Tetapi sehingga akhir program, langsung tidak kelihatan pemerhati tersebut.

“Jangan risau Mat. Kita cuba dahulu, nanti kita tengok hasilnya”, saya memberikan semangat pada beliau.

Beliau yang pada awalnya lebih ghairah dan yakin berbanding saya, tetapi selepas mendengar mengalami perkara tersebut terus berasa diri kerdil dan tidak mampu untuk berhadapan dengan peserta yang lebih dewasa. Kami kemudiannya menuyusun kembali tugasan kami dimana saya akan mengendalikan slot yang memerlukan kepada ceramah dan huraian modul, manakala beliau akan menguruskan slot-slot mengisi borang dan menyusun pergerakkan peserta. Manakala Saudara Razak ditugaskan untuk membantu melancarkan perjalanan mengisi borang dan menjadi Imam solat fardhu dan Qiamulail.

Selepas selesai sesi ice breaking, peserta di lepaskan untuk sesi makan tengah hari. Sekali lagi kami mengambil kesempatan untuk duduk bersama dengan mereka dan mencungkil masalah dan latar belakang mereka.

Sebaik selesai menjamu selera, slot diteruskan dengan sesi penghayatan ibadah sementara menantikan waktu untuk menunaikan solat Fardhu Zohor. Penghayatan ibadah ini merupakan sesi wajib di dalam mana-mana program Fitrah Perkara. Di sini adalah masa untuk menekankan kepada peserta bahwa program solat merupakan program wajib dan ianya menentukan keberjayaan kepada keseluruhan program. Di dalam penghayatan ibadah ini, .diterangkan berkenaan dengan perjalanan solat daripada bagaimana hendak mencapai hening rasa sehinggalah selesai solat. Sebaik selesai solat, riak wajah peserta sudah mula berubah.

“Alhamdulillah, sasaran sudah mengena”, bisik hati kecil saya sejurus saja selesai menunaikan solat. Kami terus berusaha mengheret hati peserta untuk menghayati apa yang disampaikan melalui slot Kenali Diri dan Kenali Allah.

Seperti yang diduga, akhirnya segala yang terpendam di dalam hati akhirnya pecah jua daripada jiwa para peserta semasa sesi simulasi permainan Sayang Si Buta. Masing-masing menunjukkan warna diri masing-masing.

Pada sebelah malamnya, melalui slot Belajar Dari Alam, para peserta semakin teruja sehinggakan ada salah seorang Pak Cik meminta supaya dipanjangkan slot tersebut. Tetapi permintaannya terpaksa kami tolak bagi membolehkan para peserta tidur awal untuk Qiamulail di keesokkan hari.

Program ini akhirnya “landing” dengan kuliah Dosa Penghalang Kejayaan kira-kira jam 11 pagi. Dan seterusnya majlis penutup dijalankan kira-kira jam 2 petang.

Walaupun diperingkat awalnya ada peserta yang seolah-olah memandang rendah pada kami yang kelihata muda, namun begitu berlaku sebaliknya pada akhir program tersebut.

Masing-masing meluahkan rasa terima kasih kerana memberikan sesuatu yang baru kepada mereka yang bakal menjadi bekalan dalam kehidupan di masa akan datang.

Saya dan Ustaz Ahmad masing-masing menyatakan kepuasan antara satu sama lain. Masih teringat pesanan Ustaz Wan sebelum berangkat ke Jordan.

“Anta sesuatu jangan nak dibandingkan dengan orang yang sudah berpuluh tahun di dalam bidang ini. Apa yang anta buat sekiranya ada kesan, itulah yang terbaik untuk anta buat masa ini”.

Walaupun sebaik sahaja pulang saya kehilangan suara, namun begitu terasa puasnya kerana berjaya menggalas misi sebagi seorang Ketua Fasilitator di dalam program untuk peserta dewasa. Mungkin tiada rezki saya dan Ustaz Ahmad untuk bersama Fasilitator lain di program Yayasan Bina Insan, tetapi pengalaman berharga di Hulu Langat ini mempercepatkan lagi kematangan kami di dalam dunia dakwah ini.

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s