Buku Yang Tidak Kekal Saya Miliki

DSC01088

Semalam saya “hilang” lagi buku ikhtiar dan rawatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Untuk memiliki buku ini, saya perlu menunggu hari isnin untuk membeli buku ini kembali ketika kelas Darus Syifa minggu depan. Entah berapa kali saya “kehilangan” buku ini. Hilang kerana memberi. Selalunya saya susah untuk menghadiahkan seseorang itu buku peribadi kerana saya amat sayang pada buku yang sudah saya milik. Buku-buku yang dibeli saya simpan di rak untuk dijadikan koleksi perpustakan mini saya.

Seingat saya, kepada saya hanya beberapa kali menghadiahkan atau menukar buku dengan teman-teman. Pertama buku “Merintis Khilafah Yang Hilang” yang saya berikan kepada Azid Azam ketika dia menziarahi rumah saya, dan Tafsir At-Taubah yang saya tukarkan kepada Nur Azuan sebelum beliau berangkat ke Mesir. Beberapa buah buku lain yang saya hadiahkan kepada teman-teman disebabkan saya mempunyai buku tersebut dua ataupun lebih.


Tetapi berlainan dengan buku rawatan ini. Mudah sungguh untuk saya hadiahkan. Bila ada sahabat atau sesiapa sahaja datang mengadu masalah, sekiranya buku ini dapat memberikan penyelesaian. Maka buku inilah saya berikan.
Pernah seorang peserta kursus yang mengalami masalah pendarahan sukar berhenti. Sukar berhenti darah apabila datang bulan dan sehingga terpaksa di masukkan ke hospital, buku inilah yang saya berikan.

Ada yang mengalami masalah pening-pening, kencing manis dan darah tinggi. Buku ini juga yang saya berikan.
Yang terakhir, semalam buku sekali lagi bertukar tangan kepada Hilman. Saya berikan buku ini untuk diamalkan doa-doanya oleh beliau.

Dr Haron Din

Entah mengapa saya suka hadiahkan buku ini. Selalu kami dipesan oleh Tuan Guru supaya tidak merawat sekiranya tidak diminta oleh pesakit. Pesanan inilah yang saya pegang.

Walaupun tidak merawat, sebagai penyelesaiannya buku ini saya hadiahkan kepada teman-teman yang mempunyai masalah. Mudah-mudahan doa-doa tersebut dapat di amalkan. Walaupun ianya sebuah pemberian kecil, mudah-mudahan ianya besar dalam erti mengeratkan silaturrahim.

PERHATIAN:
Kepada teman-teman yang berminat untuk mendaftarkan diri di Darus Syifa, pendaftaran untuk kumpulan ke 22 bagi sesi 2010 telah dibuka sekarang. Tarikh tutup adalah pada 30 Oktober 2009. Borang boleh didapati daripada http://darussyifa.org

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

3 Responses to Buku Yang Tidak Kekal Saya Miliki

  1. syikin ahmad says:

    Jangan lupa beli kat kak kin satu buku ni…. One more thing…. ada ambik ait gau dak…. ambik la nanti kak kin p ambik kat umah….. Wassalam

  2. Faisal Mustaffa says:

    Boleh ja.Air gau pun ada ambil. Isnin akan datang la

  3. syikin ahmad says:

    OK….. Nanti bagitau la…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s