Penangan Sang Murabbi buat Daie

poster-for-web

Semalam saya sempat menunjukkan sedikit preview kisah Sang Murabbi kepada Ustaz Phahrol. Kemudiannya beliau meminta supaya saya memindahkan kisah tersebut di dalam pendrive beliau.

“Ustaz faham bahasanya?”, saya bertanya pada Ust Phahrol. “Ana faham. Ini Bahasa Indonesia Betawi. Bahasa dialek”, jawabnya.

Rupanya beliau adalah peminat karya-karya Indonesia sejak dari zaman muda. Sebelum ini beliau pernah memberitahu kepada saya berkenaan asal usul perkataan “marhaen” yang dicetuskan fenomenanya oleh Sukarno.

Saya sendiri sudah dua kali menonton filem Sang Murabbi ini. Hanya intipatinya yang saya dapat, tetapi tidak keindahan tutur katanya yang agak sukar untuk difahami.

Saya mengakui, filem ini sememangnya mempunyai roh tarbiah yang bisa meresap ke dalam jiwa seorang yang bergelar daie. Begitulah yang dirasai oleh Ustaz Phahrol. Sifu saya di Fitrah Perkasa.

Pahrol-Md-Juoi

Sebaik beliau usai menonton filem tersebut, beliau menghantar sedikit ucapan terima kasih kepada saya.

Salam. Syukran kerana member ana Sang Murabbi. Persoalan yang ana tagih melalui pelbagai jalan, Allah beri jawapannya melalui hadiah Ustaz ini. Ana nak hidup seperti Sang Murabbi itu. Amin. Pergolakan jiwa selepas umrah tempoh hari terungkai. Alhamdulillah. Syukran, Ustaz. Ustaz boleh pergi jauh di jalan dakwah ini. Ikhlas, nanti Allah kita. Amin.

Saya hanya mampu menjawab kepada Ustaz Phahrol. “Amin. Insya Allah mudah-mudahan terus thabat hati dijalan Allah”.

Saya sendiri jauh lebih terkebelakang daripada beliau di dalam bidang dakwah ini. Mampu menulis walau dalam apa keadaan sekalipun. Saya juga sedang mencatur masa depan. Bagaimana untuk menjadi seorang pendakwah yang mampu menulis dalam pada masa yang sama mampu berpidato dengan baik.

Inilah pesan guru saya Ustaz Mahmud Zaim kepada saya dan Idris sejak dibangku sekolah. Menulis dan berpidato ini bukanlah syarat wajib untuk menjadi seorang pendakwah kerana berdakwah itu mempunyai pelbagai cara. Tetapi orang yang mempunyai dua kelebihan ini dalam satu masa akan mampu menjadi seorang pendakwah yang baik.

This entry was posted in Cetusan Idea and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s