Bersanding Dengan “Parang Bodo”?

Geli hati melihat seorang teman yang bakal melangsungkan rumah tangga. Ada-ada sahaja perkara remeh yang timbul. Itu belum berkahwin, kalau sudah berumah tangga bagaimana rasanya. Tidak peliklah sekiranya kita mendengar ada pasangan yang bergaduh semata-mata kerana mahu menentukan warna langsir rumah, isu balik kampung beraya dan sebagainya.

Jangan dipandang kecil perkara sebegini, kerana isu-isu sebegini apabila tidak diuruskan dengan betul akan membawa kepada penceraian. Beginilah sekiranya andai kata konflik yang berlaku gagal diuruskan secara bersama. Perlu saling memahami di antara satu sama lain.

Saya berfikir sendirian, itulah bayangan rumah tangga yang bakal ditempuhi. Perlu saling memahami antara satu sama lain. Dia menceritakan bagaimana susahnya mahu memilih pakaian pengantin. Walaupun berkahwin dengan sahabat sefikrah, namun begitu di dalam persediaan perkahwinan ini masih belum selaras fikrahnya.

Sudahlah baru mendapat pekerjaan untuk mengumpulkan wang hantaran, muncul pula masalah yang lain. Geli hati mendengar ngomelannya. Hanya kerana sebilah tanjak dan keris, masalah pula yang mendatang. Bakal isterinya mahukan dia bertanjak dan berkeris semasa hari perkahwinan. Katanya hanya sekali dalam seumur hidup dia akan mengenakan pakaian sedemikian. Namun begitu, sahabat saya berfikir sebaliknya.


Saya mencadangkan kepadanya supaya menyelit sahaja di pinggang “parang bodo” yang sedepa panjangnya. Biar dilihat sebagai seorang pendekar. Dia tersenyum sambil membalas, “nanti mesti masuk berita harian punya, pengantin kahwin selit parang bodo”. Kami sama-sama ketawa. Silap-silap ditembak polis kerana orang menyangka pengantin lelaki mengamuk.

Dia mengharapkan pakaian yang dipakai semasa majlis perkahwinan ini hanyalah dua persalinan lengkap baju melayu yang ditempah sendiri. Kemudiannya hanya songkok yang dipakai bagi menggantikan tanjak. Kenduri yang dibuat tidaklah sebesar mana, tetapi tetap menumbangkan seekor lembu.

Untuk bertanjak dan berkeris, perlu disewa set pakaian tersebut. Manakala sekiranya hanya dikenakan baju melayu biasa, maka kos untuk membuatnya lebih rendah dan boleh dipakai selagi mana masih muat. Begitulah cara pemikirannya. Hidup berumah tangga bukan semata-mata dihari perkahwinan, tetapi hidup akan berpanjang sehingga ke anak cucu.

Saya mengakui, kedua-dua ada baiknya. Tetapi saya menghormati pandangan sahabat saya ini kerana saya mengetahui secara mendalam berkenaan latar belakang keluarganya. Seorang yang hidup secara sederhana, dan membesar dalam situasi yang terhimpit ekonominya.

Saya mengakui, situasi inilah yang mempengaruhi cara berfikirnya. Sudahlah berhempas pulas mengumpul wang untuk dibuat hantaran, menyediakan kelengkapan perkahwinan dan sebagainya. Semuanya menjadi perhitungan.

Selain itu, untuk membina kehidupan selepas perkahwinan juga memerlukan wang yang secukupnya untuk menyewa rumah, membeli kereta dan bahan-bahan asas untuk membina sebuah keluarga. Tidak kurang juga wang yang harus dikirimkan ke kampung.

Saya tertarik dengan kata-katanya, “nilai sesebuah kenduri itu bukan pada pakaian, bukan hanya pada zahir. Tetapi nilai kenduri tersebut adalah sejauh mana kita menepati kehendak syariat seterusnya memberikan kebaikan buat diri kita dan orang ramai”.

Inilah nilai yang dipegang oleh sahabat saya ini. Biar persiapannya biasa, tetapi tidak menanggung hutang di sana sini. Orang yang hidupnya sederhana, kendurinya pun perlu bersederhana. Orang yang besar kantungnya, besarlah juga kendurinya.

Jangan menjadi seperti segelintir orang, kecil kantungnya tetapi besar kendurinya. Semata-mata mahu menandingi orang yang besar kantungnya. Berhutang disana-sini sehingga terpaksan menanggung bebanan selepas majlis perkahwinan. Tidak cukup dengan duit gaji, dibuat “personal loan” bagi memenuhi kehendak tersebut.

Tidak perlu bermewah andai tidak mampu. Tidak perlu berkeris dan bertanjak sekiranya ianya bukanlah suatu keperluan. Tidak perlu set persandingan sekiranya sekadar mahu dijadikan perhiasan. Tiada gunanya sekiranya mata sedap memandang, tetapi hati di dalam tidak tenteram.

Katanya biarlah ada perbezaan di antara orang yang berfikrah dengan orang biasa. Sandarannya hanyalah pada agama, bukannya pada benda.

Biarlah kita mengikut Baginda Rasulullah S.A.W. seperti yang diriwayatkan oleh Anas r.a:

“‘Abdurrahman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Bahkah ada ketikanya walimah tersebut lebih kecil bagi mengelakkan bebanan kepada si suami.
Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)

Advertisements
This entry was posted in Cetusan Idea, Santai. Bookmark the permalink.

11 Responses to Bersanding Dengan “Parang Bodo”?

  1. great gurl berkata:

    amboi pakchan…sakan na komen pasai kawen kwn die…hohoho =)

  2. Faisal Mustaffa berkata:

    sekadar sharing je..hehe

  3. FutuRe ProtAZ berkata:

    hg lak bila nk kawin pak chan?hehe

  4. syud berkata:

    Things happen-nak wat lagu mana lagi. Hehe~~,

    Hmm.. kahwin sefikrah. Kahwin bukan sebab suka ke pakchan??

  5. Faisal Mustaffa berkata:

    Lain orang lain ragam syud..hehe..Ada orang kahwin sebab suka. Ada orang kahwin sebab orang kenen

  6. Faisal Mustaffa berkata:

    Lambat lagi Engku. Biar kawan-kawan ja dulu. Sujak mendahului juga.Hehe

  7. Asyikin Ahmad berkata:

    Masya Allah….. Dah mula bercerita pasal kawen ni maknanye orang yang menulis ini akan melangsungkan perkahwinannya tidah lama lagi……

    Bukan kah begituuuuuuuuu………

  8. sue jaafar berkata:

    cam boleh agak je sape hero dalam cerita ni==)
    hehe..apapun tahniah, juga utk shbt sefikrah…
    tahniah2… sy mendoakan kebahagiaan semua shbt saya,..
    juga utk faisal, semoga dipermudahkan sgla urusan=.)
    amin….cpt2 mkn nasi minyak.. hehe

  9. Faisal Mustaffa berkata:

    Amen

  10. Faisal Mustaffa berkata:

    Entah bila la…

  11. zahra berkata:

    salam…

    perkongsian yang SANGAT BAIK 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s