Menulis Dalam Keadaan Bermadu!

Aduh panasnya!”, saya menjerit kecil. Berkepul wap keluar dari periuk. Kelihatan cili serbuk yang ditumis dilitupi asap putih. Perlahan-lahan saya melepaskan daging yang sudah siap dihiris.

Pagi ini saya memasak nasi lemak dan daging masak merah untuk teman-teman serumah. Ketika menyelongkar peti ais semalam, saya menemui sebungkus daging. Saya jangkakan ianya daging korban yang dibawa oleh teman serumah.
Panas yang menjalar ke jari terasa pedihnya. Saya cuba membasuh berkali-kali tetapi masih terasa panasnya. Sebelum ini ada yang memberi petua supaya diletakkan ubat gigi, minyak zaitun dan sebagainya. Tetapi tidak terlintas dikepala saya.

Panas membahang dikulit saya. Betapa panasnya wap yang dihasilkan. Baru bahang api dunia, api akhirat lebih dahsyat daripada itu.

Berkali-kali saya membaca doa penyejuk yang dipelajari. Tetapi masih belum berkurangan. Berkali-kali saya menghembusnya.

Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim ( al-anbiya’:69 ).

Sebaik selesai memasak, saya naik ke bilik sambil membuka lap top. Terasa ingin mencoretkan sesuatu berkaitan dengan remaja. Sebelum ini Ustaz Pahrol meminta saya menulis berkenaan isu remaja. Banyak yang hendak disentuh sehingga tiada satu pun artikel yang di tulis. Sekali lagi saya gagal untuk merancang. If you fail to plan, you plan to fail.

Madu Lebah

Sebaik selesai membuka lap top, saya terpandang madu lebah di sebelah saya. Madu yang dibeli setahun lalu daripada seorang teman masih banyak kandungannya. Keluaran HPA. Menurut maklumat yang tertera ianya madu lebah yang di ambil daripada padang pasir di timur tengah.

Teringat saya peristiwa lalu di mana saya pernah menyapu kulit dengan madu apabila terkena air panas. Saya terus mengambil bekas madu tersebut dan dituangkan ke atas tangan. Di lumur ke tempat yang sakit dan seluruh tangan saya.

Saya meyakini bahwa madu tersebut mampu untuk menyembuhkan rasa sakit tersebut dengan izin Allah. Hal demikian kerana madu merupakan salah satu penawar yang diturunkan oleh Allah secara semulajadi melalui perantaraan lebah. Andai disapu pada kulit, ia akan menjadi terapi untuk melembutkan kulit. Andai diminum, banyak kelebihan yang diperolehi.

Selepas beberapa minit, hasilnya cukup menakjubkan. Semakin berkurangan kepanasan yang di rasai. Akhirnya beransur-ansur hilang kepanasan tersebut.

Terasa betapa agungnya ciptaan Allah. Dialah yang menjadikan diri ini sakit, dan Dia jugalah yang menurunkan penawar kepada kesakitan tersebut.

Di saat saya menulis ini, madu yang dilumur masih lagi penuh di tangan saya. Melekit-lekit rasanya. Menulis dalam keadaan bermadu!

This entry was posted in Perubatan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Menulis Dalam Keadaan Bermadu!

  1. Rupa-rupanya inilah maksud menulis dalam keadaan bermadu. Ingatkan madu isteri. Hehe. Menarik. Tajuk yang memikat.

  2. nordalily says:

    segala puji bg ALLAH

  3. Abu Ubaidah says:

    Assalamualikum wbt.

    Bukankah UM ada pakar madu? Ana pernah tontonya di website UM. Lihat ruangan video Helo Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s