Erti Hijrah Buat Remaja

Anak-anak remaja peserta Kem Perkasa Diri Takaful Ikhlas baru-baru ini anjuran Fitrah Perkasa Sdn. Bhd

“Alhamdulillah, esok cuti Maal Hijrah”, ucap seorang teman.

“Malam ini kita boleh enjoy-enjoy. Esok tak kerja”, balas seorang teman lagi.

Inilah ayat-ayat biasa yang di dengari daripada anak-anak remaja apabila tiba cuti umum. Cuti diraikan tanpa menghayati untuk apa cuti tersebut diberikan.Jauh sekali untuk menghayati sambutan Awal Muharram ini. Yang diketahui hanyalah perarakan beramai-ramai menandakan berlakunya perubahan di dalam tahun hijriah.

Seharusnya golongan remaja menghayati konsep Hijrah ini dengan lebih mendalam. Bukan sekadar berulang-ulang kali mendengar kisah sirah berkenaan tetapi memikirkan bagaimana untuk berhijrah daripada yang kurang baik, kepada yang lebih baik. Ataupun daripada yang sudah baik, kepada yang lebih baik seterusnya beristiqamah dengan kebaikkan tersebut.


Saban kali kita mendengar laungan yang dilaungkan oleh pemimpin negara. “Pemuda dan pemudi adalah tiang kepada negara”. Namun begitu, tiang yang diharapkan untuk mengukuhkan tonggak negara ini semakin hari semakin rapuh. Terlalu banyak keretakan yang berlaku pada tiang tersebut.

Umpama sebuah rumah banglow yang dibina, apabila terdapat keretakan pada tiang-tiang rumah tersebut nescaya tuan rumahnya akan cuba memperbaiki tiang tersebut secepat mungkin. Andai dibiarkan sahaja tanpa diperbaiki, sudah tentu rumah menanti masanya untuk roboh pada bila-bila masa sahaja.

Begitu juga pemuda dan pemudi yang diibaratkan dengan tiang negara ini. Sewajibnya “tiang-tiang” yang makin rapuh ini disimenkan kembali supaya ianya lebih kukuh. Andainya tidak diibaratkan seperti tiang rumah yang retak sedang menanti robohnya. Penghuni-penghuni yang lain sepatutnya bertindak pantas untuk memperbaiki segera “tiang-tiang” yang rosak ini. Bukan hanya melihat sahaja tanpa diperbaikinya. Sekiranya mahu memperbaikinya, gunakanlah bahan yang kukuh, bukannya hanya menggunakan gam biasa sahaja. Tiang yang retak perlu disimen kembali, bukan hanya digam atau ditampal salotape sahaja.

Bagaimana untuk memperbaikinya? Semunya sudah ada jawapannya. Ada kaedah yang amat mujarab. Tidak lain dan tidak bukan kita perlulah “back to basic” ataupun kembali kepada pangkalnya. Andai tiang yang berasal daripada simen harus menggunakan simen untuk memperbaikinya. Maka golongan remaja yang berasal daripada Allah ini harus dikembalikan kepada pencipta mereka. Tanamkan rasa bertuhan di dalam diri anak-anak remaja ini. “Feeling God in You”.

Imam Al-Ghazali R.A menyatakan ada tiga perkara yang apabila diberikan kepada pemuda (remaja), sesungguhnya ia telah memperolehi kebaikkan dunia dan akhirat, iaitu:

1. Hati yang sentiasa bersyukur
2. Lisan yang berzikir, dan
3. Tubuh yang sentiasa sabar dalam menghadapi musibah.

Mudah-mudahan, sempena tahun baru hijrah ini golongan-golongan remaja melakukan sebuah penghijrahan yang terpenting untuk ummah.Bina kembali tiang yang sudah hampir roboh dengan semangat hijrah ini.

Kepada semua yang membaca artikel ini, selamat tahun baru saya ucapkan. Bertambah umur kita, bermakna semakin kurang umur untuk kehidupan ini.

This entry was posted in Remaja and tagged , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Erti Hijrah Buat Remaja

  1. Salam ma’al Hijrah Pak Chan…Dgr citer dah keja ngn satu badan kem2 motivasi ni…Harap tak lokek ilmu utk disumbangkan kepada rakan seperjuangan di Sarawak ni utk mendidik anak bangsa kita di sini.🙂

  2. Faisal Mustaffa says:

    Oh jauhnya posting..hehe.. Insya Allah

  3. Teman2 says:

    Assalamualaikum wbt.

    Accidently found your web. Alhamdulillah, bagus.

    Salam wbt. Nice book to read is Sejarah Pemikiran wrote by Dr Sulaiman Noordin and published by Penerbit Jahabersa.

  4. Muhammad Imran b. Idrus says:

    Assalamualaikum Ustaz Mohd Faisal Bin Mustaffa, bila nak buat kem seperti ini lagi?

  5. Faisal Mustaffa says:

    Insya Allah hujung tahun ni ada lagi program. Mai la

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s