Motivasi Alam 1: What You See Is What You Get

Sebaik selesai minum petang, Asmawi berjalan-jalan menghirup udara petang seorang diri sambil mengelilingi bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Dia kemudiannya mengambil tempat diatas kerusi dihadapan sekolah bertentangan dengan sawah padi.

Sambil termenung dia melempar jauh pandangannya ke arah permandangan indah Gunung Keriang. Sebuah gunung batu kapur yang berada ditengah-tengah dataran sawah padi. Menurut cerita dogeng yang didengari daripada neneknya, gunung tersebut pada asalnya adalah sebuah kapal yang telah disumpah oleh seekor gergasi bernama Sang Kelembai. Hasil sumpahan tersebut, maka terjadilah Gunung Keriang. Pada asalnya kawasan tersebut merupakan kawasan laut, tetapi akhirnya air laut semakin surut dan membentuk dataran. Sebab itulah gunung tersebut bentuknya seolah-olah seperti sebuah kapal yang terdampar diatas tanah.

Asmawi tersenyum mengingati kisah dongeng tersebut. Semasa kecil dahulu dia juga mempercayai kisah tersebut. Tetapi kini sukar baginya untuk mempercayai kisah yang tidak masuk akal tersebut. Boleh menyebabkan syirik sekiranya mempercayai bahawa kejadian Gunung Keriang tersebut adalah disebabkan sumpah yang dilakukan oleh Sang Kelembai.


Bagi Asmawi, kejadian Gunung tersebut merupakan salah satu tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Asmawi pernah terbaca sebuah artikel yang ditulis di dalam majalah Solusi. Tidak silap penulisnya adalah Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Artikel berkenaan Alam dan Kebesaran Allah.


“Apa yang kau menungkan ni Asmawi”,
tegur Afiq dari belakang.

Terkejut Asmawi dibuatnya. Afiq merupakan temannya yang belajar di kelas 1 Ikram. Dia merupakan rakan seusrah Asmawi dibawah bimbingan Abang Nizam.

“Kau ni Afiq, bagi salam dulu. Terkejut aku dibuatnya”, balas Asmawi.

Saja nak mengusik. Hehe. Apa kau menungkan tu”, Afiq menjawab sambil ketawa.

Tak ada apalah. Saja melihat alam sambil mengingati Allah”, Asmawi menjawab sambil cuba menyembunyikan masalah yang dihadapinya.

Ooo. Apa yang kau fikirkan tu.Boleh aku tahu?”, Afiq bertanya lagi.


“Kau nak tahu ke? Aku berfikir tentang alam ni. Sebab minggu lepas aku ada terbaca artikel Ust Pahrol Mohd Joui tentang belajar dari alam
”, balas Asmawi.

Apa yang dia ceritakan Awie. Kongsi la sedikit dengan aku”, gesa Afiq lagi.

Lalu Asmawi mula bercerita kepada Afiq. Menurutnya alam ini berasal daripada perkataan arab. Di dalam bahasa melayunya membawa makna bendera atau tanda. Setiap apa sahaja yang dicipta oleh Allah termasuk manusia termasuk dalam kategori alam. Kewujudan alam ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Sekiranya tiada makhluk yang dijadikan Allah sekalipun Allah tetap ada. Kejadian alam ini adalah untuk menyaksikan kebesaran Allah.

Di sebabkan itulah di dalam terdapat banyak ayat yang menggesa supaya manusia berfikir akan kejadian Allah SWT. Daripada 6666, hanya lebih kurang 500 ayat sahaja yang membicarakan soal hukum. Selebihnya merupakan ayat-ayat yang menceritakan akan kejadian manusia, kejadian alam, kebesaran Allah SWT dan sebagainya. Salah satu daripadanya adalah ayat 190-191 surah Ali Imran.


190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal.


191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

“Kau tahu tak Afiq, semasa turunnya ayat ini Nabi Muhammad SAW menangis?”, tanya Asmawi kepada Afiq.

“Kau ceritakanlah kepada aku. Aku tak tahu pula”, Afiq ternanti-nanti kisah yang bakal didengarinya daripada Asmawi.

Asmawi meneruskan ceritanya. Pada suatu subuh yang hening, selesai sahaja Bilal Bin Rabah mengalunkan azan, para sahabat menunaikan solat sunat subuh. Selesai sahaja menunaikan solat sunat subuh, mereka mencari-cari baginda Rasulullah SAW. Namun begitu mereka tidak menjumpai kelibat Baginda Rasulullah SAW.

Lalu Bilal pun bergerak ke rumah Baginda yang terletak bersebelahan dengan masjid. Pada ketika itu kelihatan Baginda sedang menangis. Bilal kehairanan mengapakah Rasulullah menangis. Lalu beliau bertanya kepada Baginda. Lantas Baginda SAW memberitahu Bilal, sebelum subuh tadi telah turun ayat 190 daripada surah Ali Imran. Di dalam ayat ini Allah SWT menggesa supaya hambanya sentiasa berfikir tentang kejadian ala mini. Baginda bimbang, sekiranya suatu hari nanti apabila umatnya membaca ayat ini mereka tidak berfikir akan kebesaran Allah SWT.

Afiq mengangguk-angguk tanda faham. Kemudian Asmawi meneruskan penceritaannya. Afiq terpana mendengar sahabatnya ini berfalsafah.

“What You See, Is What You Get. Apa yang kita lihat itulah yang dapat”, ujar Asmawi.


“Boleh kau huraikan dengan lebih mendalam kata-kata tersebut Awie. Aku kurang faham apa yang kau maksudkan
”, Afiq mencelah.

Untuk memahami kata-kata ini Afiq, mari sama-sama kita fahami dahulu falsafah 4 pandangan”, Asmawi menyahut permintaan Afiq.

Banyak betul falsafah kau ni Awie. Tapi best juga bila dapat faham”, balas Afiq.

Asmawi menerangkan kepada Afiq bahawa di dalam kehidupan seorang manusia terdapat empat pandang yang selalu digunakan. Pertamanya pandangan mata, kedua pandangan akal, ketiga pandangan nafsu dan keempat dengan pandangan hati.


Pandangan mata selalunya manusia tertipu.

Pandangan akal selalunya tersalah.

Pandangan nafsu melulu.

pandangan hatilah yang hakiki sekiranya hati ini bersih dan patuh pada Allah.

“ Cuba kau lihat pokok ini dengan pandangan mata, apa yang kau nampak”, soal Asmawi kepada Afiq.

“Nampak daun pokok, nampak batang tetapi aku tak nampak akar”, balas Afiq.

“Andai kau lihat dengan pandangan akal. Apa yang kau dapat?”, tanya Asmawi lagi.

‘Yang ini aku kurang faham. Kau teranglah pada aku”, balas Afiq.

“Apabila kita melihat pokok ini dengan pandangan akal. Ini adalah pandangan orang cerdik pandai. Bila terpandang sahaja pokok, maka teringatlah dia kepada proses fotosintesis yang dilakukan oleh pokok. Sebab akal memproses ilmu yang dipelajarinya”, terang Asmawi kepada Afiq.

“Kalau di lihat dengan pandangan ketiga iaitu nafsu?”, soal Asmawi lagi.

“Kalau tengok dengan pandangan nafsu? Tak faham aku. Kalau tengok perempuan tahu la”, balas Afiq lagi sambil tersengih.

“Melihat dengan pandangan nafsu ini adalah pandangan kebanyakkan anak muda. Tambah-tambah pula dibawah pokok besar begini. Ramai yang akan terfikir untuk bermadu asmara dibawah pokok sebegini rimbun. Romantik kata mereka”, tambah Asmawi.

“Betul cakap kau Asmawi. Ramai orang suka bermadu Asmara di bawah pokok yang rendang. Sejuk kata mereka”, Afiq menambah.

Asmawi tersenyum kerana sahabatnya ini sudah dapat memahami falsafah yang cuba diterangkan olehnya.

“Dan yang keempat melihat pokok dengan pandangan hati, apa yang kau dapat?”, soal Asmawi lagi.

“Alah kau terang lagi mudah aku nak faham”, gesa Afiq kepada Asmawi.

“Melihat pokok dengan pandangan hati, kita akan dapat mengenali pencipta pokok tersebut iaitu Allah SWT. Cuba kau bayangkan, pokok mangga yang ditumbuh di depan kita ini mendapat sumber air dan baja yang sama. Daripada tanah yang sama. Tetapi mengapa buahnya rasa berbeza? Andaikata cheff terkenal sekalipun, andaikata diberikan bahan mentah yang sama dengan jumlah kuantiti yang sama. Mereka diminta untuk menghasilkan 10 jenis makanan yang berbeza rasa, sudah tentu mereka tidak mampu. Tetapi ianya tidak mustahil bagi Allah SWT”, Asmawi menerangkan kepada Afiq dengan panjang lebar.

Adaptasi modul Belajar Dari Alam Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam bentuk cerpen

This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

3 Responses to Motivasi Alam 1: What You See Is What You Get

  1. haqifa24 says:

    Salam kembara.
    Satu perkara yang terus menerjah ruang minda setelah melihat gambar di atas adalah … berada di atas gunung walaupun saya seorang ahli botani (sepatutnya cenderung memikirkan padi tu. kot…) Ada sebarang pandangan??? 🙂

  2. Faisal Mustaffa says:

    Salam kembali. Betul la ya..setiap orang ada pandangan masing-masing. Tak salah. Bagus untuk percambahan idea. Cuma perlu diikat dengan Iman. Syukran atas kunjungan

  3. Ezzah Derham says:

    Assalam,
    Seronok baca entri nie. Bermotivasi melalui alam, xsangka dari alam pun boleh wujudkan motivasi. 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s