Motivasi Alam II: “Burung Hantu” Menguji Iman

Pada hari Khamis, sebaik pulang dari kelas para pelajar lelaki tingkatan dua mula berhimpun di garaj bas untuk bergerak ke kaki Gunung Jerai. Perjalanan menggunakan dua buah bas sekolah iaitu bas yang baru dan yang lama. Bas baru berjenama Hino dipandu oleh Abang Man. Manakala bas lama yang berjenama TATA dipandu oleh Pak Hashim. Bas baru lebih selesa kerana ianya setaraf dengan bas ekspress, manakala bas lama pula tidak mempunyai penghawa dingin dan menaiki seperti menaiki kuda.

Setibanya di pekan Yan, bas yang membawa para peserta memasuki lorong untuk menuju ke destinasi. Akhirnya bas tersebut berhenti di hadapan Masjid Kampung Sungai Raga, Yan. Para peserta terpaksa berjalankan kaki untuk masuk ke tempat program memandangkan bas tidak boleh melalui jalan tersebut. Para peserta berjalan berderet-deret seperti anak itik pulang petang sambil mengendong beg masing-masing.

Apabila sampai di kawasan tersebut, mereka mengemas-ngemas sebuah rumah tradisional lama yang ada ditempat tersebut. Menurut pihak urusetia, di dalam rumah tersebutlah mereka akan berprogram. Di situlah dewan kuliah, dan disitu jugalah bilik tidur mereka. Boleh tahan juga padatnya. Tetapi disebabkan peserta hanya terdiri daripada pelajar lelaki, maka perkara yang mustahil boleh bertukar sebaliknya. Biarpun tempat padatnya seperti sardin, asalkan dapat nyenyak untuk tidur.

Pada sebelah malamnya, mereka mengadakan aktiviti perbincangan berkenaan isu-isu agama yang berkaitan dengan remaja. Setiap pecahkan mengikut kumpulan dan isu yang perlu dibahaskan. Setiap kumpulan dikehendaki membentang fakta berkaitan permasalahan tersebut, kemudiaanya membentangkan kaedah penyelesaian yang perlu dilakukan. Selain itu, para peserta juga digalakkan mengeluarkan hujah-hujah berdasarkan dalil-dalil daripada nas al-Quran dan hadis.

Perdebatan tersebut tamat kira-kira jam 10.30 dalam dalam keadaan yang cukup menceriakan. Memang tidak dinafikan, aktiviti ini dapat mencungkil bakat-bakat baru yang boleh berdebat. Sebelum ini tidak pernah terlintas difikiran Asmawi akan kehebatan teman-temannya di dalam bersyarah. Antara bakat baru yang tertonjol temannya yang bertubuh kecil iaitu Idris yang bergitu lunak melontar kata-katanya. Manakala Izwan pula bijak menyusun unsur-unsur lawak di dalam penghujahannya. Tidak kering gusi peserta dibuatnya.

Pada keesokkan paginya selepas berqiamullail dan menunaikan solat Subuh, mereka dibawa untuk meredah air sungai.  Perjalanan meredah sungai tersebut berakhir disebuah kawasan yang lapang dan berbatu besar. Sungguh cantik kawasan tersebut. Tujuan mereka dibawa meredah air tersebut adalah untuk menikmati keindahan kejadian ciptaan Allah. Dengan melihat alam ini juga, jiwa para peserta dapat ditenangkan daripada kesibukan yang dialami oleh mereka selama berada di sekolah.

“Insya Allah adik-adik kita akan berehat di sini buat sementara waktu. Adik-adik diminta untuk mengambil tempat yang sesuai untuk mendengar sedikit tazkirah daripada fasilitator”, ujar Abang Shah, salah seorang fasilitator program tersebut.

Alah tazkirah lagi”, Farhan merungut kepada Asmawi.

Asmawi tersenyum mendengar rungutan tersebut. Dia tahu, teman-temanya yang lain mahu berendam di dalam air tersebut. Biarpun suasananya amat menyejukkan, tetapi keinginan untuk berendam tetap tidak padam

Adik-adik semua. Pada pagi ini abang nak ajak adik-adik mentadabbur alam”, Abang Shah mula menarik perhatian para peserta.

Pada pagi tersebut, Abang Shah mengajak para peserta mempelajari pusingan roda kehidupan daripada aliran air sungai dihadapan mereka. Abang Shah bertanya kepada para peserta dari mana asalnya sungai. Masing-masing menjawab sungai berasal daripada puncak bukit.

Lalu dia tersenyum lantas menjawab, “Sungai bukan asalnya daripada bukit, tetapi sungai berasal daripada laut”.

Tercengang para peserta dibuatnya. Mereka mula memberi perhatian untuk mendengar butir-butir mutiara yang bakal dilontarkan oleh Abang Shah.

Menurut Abang Shah, asalnya sungai ini adalah daripada laut. Apabila berlakunya proses pemejalwapan, air tersebut bertukar menjadi wap dan naik ke langit dan menjadi awan. Apabila awan yang sarat dengan air ditiup oleh angin, maka awan tersebut bergerak menuju ke kawasan bukit. Kemudiaannya awan yang sarat dengan air tadi turun ke bumi dan mengalir dicelah bukit.

Para peserta ke semunya mengangguk-angguk tanda bersetuju. Abang Shah menyambung lagi ceritanya. Air yang mengalir tersebut pada peringkat awalnya dinamakan anak sungai, warnanya jernih. Sampai dipertengahan dipanggil “kakak” sungai airnya makin keruh. Apabila berada dihujungnya dinamakan “emak” sungai iaitu di kawasan muara dimana airnya sangat kotor.

Lihatlah adik-adik sekalian, sungai yang datang daripada laut pada awalnya bersih tetapi kembali kepada laut dalam keadaan yang kotor. Inilah ibarat kehidupan kita sebagai seorang manusia. Kita datang daripada Allah dalam keadaan yang bersih, tetapi apabila pulang kepada Allah penuh dengan kekotoran noda dan dosa. Semasa kecilnya bersih dari noda, meningkat remaja dan dewasa semakin banyak dosa di dada. Akhirnya apabila sudah tua, nauzubillahimin zalik, pulang kepada Allah dalam keadaan yang kotor.

Tetapi ada air sungai yang beruntung. Semasa berada dipertengahan sungai, dalam keadaan yang kotor air tersebut diambil oleh pihak Jabatan Bekalan Air. Kemudiaanya air tersebut dirawat dan dijadikan air bersih untuk disalurkan kepada orang ramai. Begitu juga dengan manusia, dikala tengah berdosa kepada Allah kemudiaanya mereka bertaubat maka keadaannya akan kembali bersih. Hatinya akan sentiasa bersih untuk mengingati Allah.

Selepas mendengar tazkirah ringkas tersebut, mereka dibenarkan untuk mandi. Masing-masing tanpa berlengah terus terjun ke dalam anak sungai tersebut. Ada yang berkesempatan menanggalkan baju, manakala sebilangan besarnya mandi tanpa menanggalkan baju. Selepas mandi mereka kembali ke kawasan program untuk meneruskan aktiviti.

Kemudian pada sebelah malamnya mereka semua dikumpulkan diatas jalan tar berhadapan dengan istana rehat Sultan Kedah. Kedudukan tempat program mereka rupa-rupanya bersebelahan dengan kawasan rehat Sultan Kedah. Aktiviti yang akan dijalankan pada malam tersebut adalah aktiviti “Burung Hantu”.

Kelihatan beberapa orang teman Asmawi yang agak penakut menggigil seolah-olah seperti ternampak hantu. Sebelum bermulanya aktiviti tersebut, Abang Helmi tampil ke depan untuk memberikan taklimat.

Abang Helmi menerangkan tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk member peluang kepada para peserta mengkoreksi diri mereka masing. Beliau meminta para peserta untuk memejamkan mata buat sementara waktu dan mendengar bunyian disekeliling mereka. Dia kemudiannya meminta peserta membuka mata dan memberitahu apa yang didengari oleh mereka.

Ada yang menjawab bunyi cengkerik, bunyi air mengalir dan tidak kurang yang celupar mulutnya menjawab bunyi hantu.

“Sekiranya adik-adik masuk hutan, tetapi tidak ada bunyi-bunyi hutan ini. Agak-agak apa yang adik-adik rasa?”, tanya Abang Helmi.

“Seram abang”, jawab seorang peserta.

“Kenapa seram Syafiq”, Abang Helmi bertanya kepada Syafiq.

“Sebab tak ada bunyilah Abang. Suspen juga rasa sebab selalu ada bunyi”, jawab Syafiq.

Abang Helmi membuat sedikit penghuraian berkenaan perkara tersebut. Setiap bunyi-bunyi yang didengari di dalam hutan tersebut merupakan zikir-zikir makhluk Allah pada-Nya. Perkara ini terungkap di dalam al-Quran dan disebut di dalam beberapa buah surah antaranya di dalam surah Al-Jumuah ayat pertama:

Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Di sebabkan zikir-zikir alam inilah apabila manusia mendengarnya. Burung berbunyi adalah zikir mereka kepada Allah. Angin yang berdesir adalah zikir mereka kepada Allah. Cengkerik yang berbunyi ini pun adalah zikir haiwan ini kepada Allah. Air sungai yang mengalir umpama air mata bumi yang mengalir kerana takutkan Allah.

Cuba adik-adik bayangkan, andai makhluk Allah yang tidak berakal sentiasa berzikir mengingati Allah. Bagaimana pula dengan kita sebagai seorang manusia yang mengaku dirinya hamba. Kadang-kadang kita lupa akan Allah”, Abang Helmi menuturkan kata-kata dengan teratur.

Kemudiannya Abang Helmi meminta supaya para peserta mengambil wuduk. Kemudiaanya dia memberikan nasihat kepada para peserta supaya semasa ditinggalkan ditempat gelap tersebut, mereka dikehendaki berzikir ataupun menunaikan solat sunat. Tujuan berzikir tersebut adalah untuk bersama-sama menyertai makhluk dihutan tersebut yang berzikir kemudiannya akan menjadi saksi diakhirat kelak bahawa mereka pernah berzikir mengingati Allah.

Selain itu, Abang Helmi juga sentiasa mengingatkan peserta supaya mengingati Allah. Sekiranya mereka sentiasa mengingati Allah, maka keadaan mereka akan selamat. Selain itu, setiap tubuh badan manusia ini ada malaikat yang menjaganya selagi mana badan ini masih bernyawa.

Apabila kita tidur di dalam hutan, nescaya tidak ada binatang yang menghurung kita. Baik semut ataupun lalat. Tetapi sekiranya ada seorang manusia yang meninggal dunia di dalam hutan ini, tidak sampai satu jam mayat tersebut akan dipenuhi oleh ulat dan lalat. Ini kerana, ketika manusia hidup ada malaikat yang menjaga tubuhnya. Apabila manusia mati, malaikat meninggalkan tubuh manusia tersebut. Maka ketika itu datangnya serangga untuk menghurung tubuh manusia kerana sudah tidak dikawal oleh sesiapa.

This entry was posted in Karya, Motivasi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s