Modul Amanah Dalam Profesion edisi Pertama

Alhamdulillah selesai sudah program pertama untuk modul Amanah Bank Rakyat di Agrotek. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini (12-14 Jan) dihadiri oleh semua fasilitator daripada Fitrah Perkasa bagi memerhatikan secara terperinci perjalanan penuh kursus untuk dilaksanakan didalam siri-siri yang akan datang. Antara fasilitator yang hadir adalah Ustaz Pahrol, Ustaz Hashim, Ustaz Nasib, Ustaz Junaid, Ustaz Zaid, Ustaz Ariff, Ustaz Ahmad dan Ustaz Sayuti. Manakala Tuan Haji Ahmad Salim hanya datang pada sebelah siang untuk memerhati program ini.


Di dalam program ini, beberapa unsur-unsur baru telah diterapkan. Di peringkat permulaan setiap kuliah mempunyai intro “bang” yang menggegarkan. Kemudiaanya perjalanan kuliah yang diiringi dengan muzik latar menghidupkan lagi suasana program ini. Terdapat unsur-unsur drama, pentomen dan aktiviti yang sedikit sebanyak menceriakan para peserta dengan keletah fasilitator.

Di dalam modul amanah ini, para peserta disajikan dengan modul Arah Hidup, Tujuan Hidup, Jalan Hidup, Dorongan Hidup, Penghalang Hidup dan Akhir Hidup. Mudah-mudahan program ini menjadi perintis ke arah mempertingkatkan lagi modul Fitrah Perkasa ke peringkat yang lebih tinggi.

This entry was posted in My Diary, Santai. Bookmark the permalink.

2 Responses to Modul Amanah Dalam Profesion edisi Pertama

  1. ashraf says:

    Salam,

    Jika berkelapangan, hubungi ana di emel berkenaan. TQ

  2. Faisal Mustaffa says:

    Insya Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s