Team Building FMS di Kota Kinabalu

Bergambar di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Peluang menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu melengkapkan pengembaraan saya ke seluruh negeri di Malaysia. Kehadiran saya ke Sabah ini adalah diatas urusan untuk menjayakan program Team Building kepada kakitangan Faber Medi Serve yang bertugas di Sabah. Ianya dijalankan di Beringgis Beach Resort, di Papar, Sabah.

Pada program pada kali ini, saya bersama dengan Ust Junaid dan Ust Hashim selaku Ketua Fasilitator. Jarang sekali saya bersama dengan Ust Junaid kerana selalunya beliau akan bergandingan dengan Ust Nasib dan Ust Ahmad. Manakala saya sering bersama dengan Ust Hashim dan Ust Sayuti.

Kami tiba di sana sehari lebih awal bagi membolehkan kami berehat dan membuat persiapan yang lebih rapi.

Sepanjang 3 hari 2 malam berprogram, banyak keunikan yang dapat saya perhatikan. Antaranya berkenaan gelagat peserta yang cukup ceria. Ust Hashim awal-awal lagi memberitahu saya berkenaan hal ini. Ada sahaja sampukan lucu daripada para peserta semasa fasilitor sedang menyampaikan ceramah.

Abang Junus, menerima bintang penghargaan daripada temannya. Terima Kasih Abang Junus yang membawa kami berjalan-jalan di Pasar Philipines.

Di dalam kursus ini, terdapat seorang peserta bukan Islam. Manakala urusetianya juga bukan beragama Islam. Namun begitu, walaupun kami menjalankan modul Islam, mereka turut sama mengambil bahagian di dalam menjayakan program ini.

Malahan semasa kuliah Solat sebagai bekalan hidup, peserta bukan Islam inilah yang memberikan sinopsis kefahaman kumpulannya kepada kami.

Di akhir program tersebut, saya kagum dengan luahan rasa yang diberikan oleh para peserta. Jauh lebih dahsyat daripada peserta-peserta yang saya jalankan sebelum ini.

Para peserta dihidangkan dengan slot “Belajar Dari Alam”. Sebelum itu mereka ber “Tai Chi” dan ber “Chi Qong” bersama dengan Ust Hashim

Walaupun mereka mengakui tahap kefahaman agama mereka kurang, namun kesedaran yang diperolehi cukup tinggi. Mereka menyatakan di dalam program ini mereka mengetahui Visi dan Misi hidup mereka. Meraka sedar bahawa kerja mereka selama ini adalah ibadah. Meraka sedar juga di dalam hidup ini ada bekalan yang perlu dibawa untuk menuju akhirat. Alhamdulillah, mudah-mudahan hidayah yang diperolehi ini akan meningkatkan lagi produktiviti kerja mereka di FMS.



Ust Junaid sedang membacakan ayat Al-Quran surah Ali Imran 190-191 kepada para peserta.

 

This entry was posted in My Diary. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s