Tanggang Moden, Apa Kesudahannya

Tanggang  Moden! Itulah sahaja yang selalu disebut oleh para penceramah di masjid-masjid. Gejala tidak mengaku si ibu dan ayah bukanlah perkara baru di dalam masyarakat kita. Masih kita ingat kisah Si Tanggang arahan Dato’ Jamil Sulong sekitar tahun 1961. Dato’ Jins Samsuddin memegang watak Tanggang dan Normadiah memegang watak sebagai Dermai iaitu emak kepada Si Tanggang.

Kemudiannya muncul pelbagai filem dan drama yang mengisahkan tentang pengorbanan si ibu dan ayah yang berakhir dengan penderhakaan. Sehingga kini, masih banyak drama-drama yang diterbitkan mengisahkan berkenaan penderhakaan seorang anak kepada ibunya.

Pernah saya terbaca di dalam sebuah akhbar di mana seorang bapanya ditinggalkan oleh anaknya di sebuah klinik. Ketika itu si anak membawa ayahnya untuk mengambil ubat disebuah klinik. Kemudiannya si ayah menunggi si anak tidak datang mengambilnya. Sehinggalah pada suatu hari lelaki tua tersebut diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dibawa ke rumah orang tua-tua.

Walaupun pelbagai tindakan telah diambil, gejala ini bagaikan tiada kesudahannya. Semakin hari semakin parah. Persoalannya siapakah yang harus dipersalahkan di dalam hal ini. Si anak ataupun si ibu tersebut? Ramai yang mudah menunding jari untuk menyalahkan si anak yang derhaka tersebut. Ini kerana perbuatannya mereka membiarkan si ibu dibiarkan adalah cukup melampau.

Namun begitu saya lebih suka mengajak kita berfikir apakah “the real problem” kepada masalah tersebut. Si anak yang derhaka, ataupun si ayah dan ibu yang di derhakai?

Sekiranya di dalam filem Si Tanggang, si anak menjadi derhaka selepas berkahwin dengan seorang wanita, tetapi di dalam filem Anakku Sazali berlainan pula kisahnya. Di dalam filem tersebut P.Ramlee sedikit sebanyak berjaya memberikan jawapan kepada kita berkenaan permasalahan yang berlaku ini. Sazali menyalahkan ayahnya kerana si ayah memberikan kasih sayang yang membabi buta kepada anaknya tanpa diberikan teguran diatas kesalahan yang dilakukan.

Inilah realiti yang berlaku di dalam negara kita. Di mana tugas mendidik anak-anak mengikut kaedah yang digariskan oleh Islam diabaikan oleh ibu bapa. Anak-anak hanya diberikan makanan fizikal, tetapi kurang diberikan makanan spiritual. Penekanan kepada pengajian akademik membuatkan ramai ibu bapa membelakangkan pengajian asas fardhu ain anak-anak mereka.

Puas apabila si anak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi tidak risau apabila si anak tidak tahu membaca Al-Quran. Kerana sayangkan si anak, ibu dan ayah tidak mengejutkan si anak untuk solat fardhu Subuh kerana kasihankan si anak. Inilah realiti yang berlaku di dalam masyarakat.

Sikap derhaka ditanamkan dan disuburkan sendiri oleh ibu dan ayah kepada anak-anak mereka. Sifat derhaka yang ditanam ke dalam jiwa anak-anak ini bukan derhaka kepada manusia, tetapi derhaka Allah. Hak-hak Allah yang tidak ditunaikan oleh anak-anak jarang sekali diambil berat oleh ibu dan ayah. Lebih risaukan anak-anak tidak cemerlang di dalam peperiksaan di dunia, tetapi mereka terlupa bahawa anak-anak tersebut akan menduduki peperiksaan terakhir yang paling getir di hadapan Allah SWT di hari akhirat.

Akibat selalu melakukan penderhakaan kepada Allah, si anak seolah-olah tidak rasa bersalah untuk melakukan penderhakaan kepada ibu dan ayahnya.   Inilah perasaan yang terlintas di dalam hati orang yang menderhaka kepada ibu bapa. Sekiranya Allah yang lebih agung sudah ditinggalkan, apatah lagi si ibu dan ayah yang hanya manusia biasa.

Advertisements
This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

9 Responses to Tanggang Moden, Apa Kesudahannya

  1. Yatie berkata:

    em..setuju ngan faisal..sesetengah kes yang berlaku tak boleh 100% dipersalahkan pada anak-anak..sebab kita tak tahu apa yang sebenarnya dilalui anak-anak sebelum tu,atau pada waktu kecilnya..akhirnya bila didalami, ibu bapa sebenarnya yang menyumbang keadaan anak jadi derhaka,sebab ibu bapa telah ‘derhaka’ terlebih dahulu dengan anak-anak…Wallahualam..

  2. Faisal Mustaffa berkata:

    Berbalik pada asal..Islam sebagai penyelesaian

  3. Hidayah berkata:

    Nak tanya pasal benda lain…Kalau mengutuk dalam FB atau blog tu dikira mengumpat tak?Wpun the action isn’t orally,tpi masih menceritakan keburukan orang,adakah itu dikira mengumpat?

    Pertanyaan ni neutral,bukan merujuk mana2 blogger atau akaun FB tertentu

  4. Ahmad Baei berkata:

    Tahniah ulasan yang baik. Selari dengan Solusi keluaran isu 16.

  5. Faisal Mustaffa berkata:

    Syukran Ust..Ana baru terbaca solusi. Rupa-rupanya sama kandungannya. Mungkin sebab cara berfikir ana dah jadi cara berfikir “Fitrah Perkasa”. (^^,). Terkejut juga

  6. syafiq berkata:

    baca kisah2 para sahabat.r.a…..insyaALLAH

  7. Faisal Mustaffa berkata:

    Insya Allah

  8. helenaaLiya berkata:

    yaAllah…
    memalukan sungguh..
    sesungguhnya tnpa orang tua, tiadalah kita di dunia…
    jahiLnya manusia kini…
    nauzubiLLah..

  9. sheedajelita berkata:

    walaupun ibu bapa kita pernah menghukum atau mendera kita namun tidak bermakna kita sebagai anak boleh menghukum ibu bapa dgn membuang mereka. kesilapan yang dibuat hanya dia dengan Allah dan kita tidak layak untuk memberi hukuman kepada ibu bapa. jahat atau baiknya ibu bapa kita mereka tetap ibu bapa kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s