Hijrah Bina Insan Siri ke 8

Bersama peserta kursus dan anak-anak mereka.

Alhamdulillah, selesai sudah program kursus Hijrah Bina Insan siri ke 8 ini. Sebaik pulang daripada kursus AMANAH Bank Rakyat di Bagan Lalang, keesokkan harinya saya bersama teman-teman terus berpatah balik ke Morib untuk kursus ini.

Walaupun masih hilang rasa penat, tetapi diatas semangat untuk memberi rasa penat tersebut hilang. Di dalam dunia training berdasarkan modul Islam ini kepuasan akan dinikmati apabila melihat para peserta memperolehi sesuatu untuk bekalan hidup mereka.

Walaupun sudah diketahui para peserta jauh lebih berumur daripada saya dan teman-teman, tetapi berdasarkan pengalaman menjalankan 7 siri kursus Hijrah Bina Insan sebelum ini membekalkan sedikit keyakinan kepada kami. Selain itu, kekuatan yang dipohon kepada Allah juga menjadi bekalan keyakinan kami semua.

Alhamdulillah sepanjang 2 hari berkursus ini, secara umumnya objektif yang ingin dicapai oleh pihak AZAS terhadap golongan Asnaf boleh dikira sudah tercapai. Semasa sesi luahan rasa, ada dalam kalangan peserta yang meluahkan rasa ingin keluar daripada asnaf dan  mereka insaf diatas kesalahan yang dilakukan selama ini.

Cuma yang agak saya terkilan adalah tindakan mahasiswa Universiti Malaya yang turut berkursus disitu berkaraeoke secara terbuka lelaki dan perempuan. Apabila diperhatikan semuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Andai mahu berkaraeoke sekalipun, janganlah dibuat secara terbuka. Jangan berbangga dengan aktiviti “dosa” kita lakukan secara terbuka. Hormati juga hak orang lain yang berkursus agama disitu. Andai mahu berkaraeoke, pilihlah tempat tertutup.

Malu rasanya apabila pak cik dan mak cik peserta bertanya tentang kebiadapan sikap mahasiswa Universiti Malaya ini. Sekurang-kurangnya hormatilah peserta yang lebih tua dengan menunjukkan adab dan keintelektualan seorang mahasiswa.

Majlis anugerah sijil dan hadiah kepada para peserta.

This entry was posted in Dakwah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s