Berehat Sambil Bermuhasabah

Semalaman saya sukar melelapkan mata. Panas terasa diseluruh tubuh sejak pulang daripada Family Day Fitrah Perkasa. Bahang api BBQ mungkin serba sedikit menempias ke dalam diri. Di gabung pula dengan haba durian kampung yang dijamah semasa pulang ke kampung baru-baru ini.

Hari ini saya masih melanjutkan cuti kerana demam. Esok juga barangkali mengambil cuti kerana doktor menasihatkan supaya merehatkan tubuh badan bagi mengumpul stamina. Sebelum pulang daripada klinik, Doktor tersebut membekalkan MC selama dua hari. Beliau menasihatkan saya supaya berehat secukupnya. Masih ada dua program yang harus saya jalankan pada hujung bulan yang berbaki ini.

Hari Sabtu dan Ahad bergerak ke Kem Mega Kristal, program Asnaf zakat Meru. Manakala pada hari Isnin sehingga Rabu perlu bergegas ke Kedah untuk bersama warga Faber Medi Serve di Kubang Pasu.

Di saat-saat demam begini, hanya buku dan audio ceramah menjadi teman sambil berehat. Hendak menaip sekalipun, bagaikan tiada idea yang hendak dicurahkan. Namun begitu, demam yang menimpa ini adalah anugerah Allah SWT di atas dosa-dosa yang dilakukan selama ini. Ini tandanya masih ada kasih sayang Allah untuk kita sebagai hamba sentiasa melakukan muhasabah diri diatas kesilapan yang dilakukan.

Lazimnya dikala senang manusia sering lupakan Allah. Tetapi dikala menghadapi ujian sakit, nama Allah yang selalu disebut. Ramai orang dikala sihat, hendak menyebut nama Allah sekalipun sukar baginya. Tetapi apabila terlentang di atas katil di hospital, senantiasa mulut meraung perkataan Allah, Allah, Allah ketika berhadapan dengan kesakitan.

Mengapa perkara ini berlaku? Tidak lain adalah kerana mengakui bahawa Allah adalah sumber pemberi rahmat adalah fitrah di dalam diri manusia. Allah sebagai pencipta segalanya, dan Dia-lah yang berhak disembah.

Menyoroti kehidupan dan kesengsaraan yang di tanggung oleh sahabat Rasulullah SAW. Bilal misalnya. Di kala senang, hati dan mulutnya sentiasa berzikir mengingati Allah. Di kala sakit menghadapi siksaan kalimah Ahad yang menjadi sebutan iaitu mengakui bahawa Allah itu Tuhan maha Esa.

Mudah-mudahan diberi kekuatan oleh Allah SWT di dalam menjalankan usaha dakwah ini. Biar susah ataupun senang yang mendatang, semuanya daripada Allah.Dia-lah yang berkuasa menjadikan susah dan senang dan Dia-lah juga yang bisa menyelesaikannya.



This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

2 Responses to Berehat Sambil Bermuhasabah

  1. khaulah says:

    Syafakallah! Cemburu krn Allah sygkan nta dgn ditimpakan demam sbg kifarah dosa. Syukran atas perkongsian dan semoga dipermudahkan segala urusan.

  2. Faisal Mustaffa says:

    Syukran. Kalau sihat jangan diminta demamnya.(^^,)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s