Kem Hijrah Kawasan Meru Siri 1

Memberikan hadiah kepada wakil kumpulan yang memenangi cabaran di dalam Kursus Hijrah Bina Insan

Alhamdulillah pada baru-baru  ini (20-21 Feb) saya sempat menjayakan kursus Hijrah Bina Insan bagi kawasan Meru. Di dalam program ini saya bergandingan dengan Encik Ahmad dan dibantu oleh teman saya iaitu Zulkamal.

Di dalam program ini, sebilangan besar peserta adalah terdiri daripada kaum wanita. Manakala peserta lelaki pula agak unik kerana mempunyai masalah fizikal tersendiri. Suatu cabaran yang saya rasakan begitu berat kerana salah seorangnya adalah peserta yang kurang pendengaran dan keduanya ada peserta yang bisu.

Saya bermuhasabah sendirian, hebatnya orang pekak berbanding saya adalah telinga mereka terjaga daripada mendengar perkara-perkara yang buruk. Manakala kehebatan orang yang bisu ini mereka bebas daripada dosa mengumpat. Sepanjang program tersebut, mereka juga turut sama mengambil bahagian walaupun serba kekurangan.

Alhamdulillah, walaupun agak mencabar akhirnya kursus ini berjaya di laksanakan dengan jayanya. Syukur pada Allah yang mempermudahkan urusan kami sebagai hambanya.

This entry was posted in Dakwah. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kem Hijrah Kawasan Meru Siri 1

  1. Hidayah says:

    Pengalaman menarik…meru tempatku

  2. pekara yang terindah kedah dalam kenangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s