Team Building Faber Medi Serve Cawangan Utara

“Kenal saya tak”, sapa salah seorang peserta semasa menjalankan Team Building untuk Faber Medi Serve cawangan utara baru-baru ini. Rupanya seperti saya pernah lihat, tetapi hanya sekadar ingat-ingat lupa.

“SMKAK kan?”, dia bertanya. Oh rupanya bekas senior saya di Sek Men Keb Agama Kedah suatu ketika dahulu.

Selepas bertaaruf barulah saya tahu dia merupakan senior dua tahun lebih tua daripada saya. Graduan lulusan sebuah Universiti di Jepun dan kini berkhidmat di FMS. Dia merupakan para peserta paling muda berbanding dengan peserta-peserta yang lain.

Di peringkat awal pertemuan saya dapat menafsirkan beliau agak kurang selesa untuk datang ke kursus ini. Ini kerana masih banyak kerja di pejabat yang harus di selesaikan. “Kalau tak dapat claim aku tak datang kursus ni”, ujar dia pada saya.

Saya tersenyum sendirian. Memang benar, siapa minat untuk berkursus? Ini kerana kursus sesuatu yang membebankan. Terpaksa maninggalkan anak dan isteri, meninggalkan kerja yang bertimbun dan sebagainya. Ini yang menjadi seseorang itu keberatan untuk menghadiri kursus seumpama ini.

Kami menyajikan para peserta dengan Visi dan Misi Hidup dan Kerja Sebagai Ibadah. Penekanan utama diberikan kepada perjalanan solat jemaah yang menjadi acara rasmi di dalam program ini.

Alhamdulillah di akhir program tersebut masing-masing meluahkan mereka mendapat sesuatu yang berharga di dalam hidup mereka. Perkara yang dicari selama ini, telah dijumpai. Bahkan teman saya sempat berbisik kepada saya diakhir program.

“Kalau ustaz jumpa kawan-kawan, tolong kirim salam”. Saya tersenyum kerana pada hari pertama dan kedua dia memanggil saya dengan nama gelaran. Tetapi akhirnya terpacul istilah ustaz daripada mulut seorang teman.

Saya sendiri tersentuh dengan luahan rasa salah seorang peserta. Katanya di dalam kita mengembara, apabila kita menaiki Kapal Terbang akan ada orang yang menghantar kita. Kemudiannya apabila kita sampai ke destinasi akan ada orang yang menyambut kita. Namun begitu, disaat-saat kita mengembara ke alam barzakh, memang ada orang menghantar kita. Tetapi masih kita tidak dapat bayangkan siapakah yang akan menanti kita.

Di dalam kehidupan, sekirnya kita memberikan sesuatu yang berharga orang akan menghargai kita. Ini kerana kehidupan bukan untuk mendapat penghargaan, tetapi hidup akan bahagia apabila kita rasa diri kita dihargai. . Sesuatu yang berharga itu akan nampak berharga disaat-saat kita memerlukan. Terutama dikala berhadapan dengan malaikat ketika di alam barzakh.

This entry was posted in Dakwah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s