KEHILANGAN BUKAN MUSIBAH, TETAPI HANYA UJIAN

Alhamdulillah program remaja untuk anak-anak pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya dijalankan dengan jayanya oleh saya, Ustaz Hashim dan Ustaz Ariff.

Selesai menghantar barang ke pejabat saya bergegas pulang ke rumah kerana selepas solat Isya saya perlu menyampaikan ceramah di Surau PPUM kepada sahabat-sahabat Kolej Kejururawatan PPUM. Tajuk yang diberikan oleh teman-teman di sana adalah Akhlak Seorang Jururawat.

Sedikit slide sempat saya siapkan berbekalkan silibus usrah yang dibekalkan semasa berada Universiti Malaya dahulu. Namun begitu sebaik sampai di sana saya dimaklumkan bahawa tiada LCD yang dibekalkan.

Di akhir kuliah tersebut barulah saya di maklumkan bahawa LCD telah dipinjamkan, tetapi hilang semasa menunaikan solat fardhu Isya. Tergamam saya dibuatnya. Saya melihat wajah pelajar-pelajar tersebut, kelihatan sugul sahaja.

Saya tak boleh bercakap ni Ustaz, macam nak menangis saja”, ujar pelajar tersebut.

Boleh tak Ustaz bagi ayat amalan untuk dibaca, sebab sebelum ni Ustaz pernah beritahu Lap Top dan Cek yang ustaz hilang semasa di Lapangan Terbang Kuching berjaya diperolehi kembali”, balas salah seorang pelajar tersebut.

Otak saya mula berfikir untuk memberikan jawapan yang sesuai. Saya risau sekiranya jawapan yang diberikan ini menambahkan lagi kekusutan yang ada. Bukan membantu, tapi akan membuntu.

Tambahan pula mereka sedang berada di dalam minggu Study Week dan akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan. Saya tahu kegusaran yang bermain dijiwa mereka.

“LCD mahal ustaz. Harganya “plus thousand”. Hak milik surau pula. Nanti takut pihak surau hilang kepercayaan kepada kami untuk menjalankan program agama di sini”, tukas salah seorang pelajar tersebut.

Saya membiarkan mereka meluahkan terlebih dahulu masalah yang dihadapi mereka. Walaupun dihati kecil saya terdetik juga rasa bersalah kerana meminta mereka menyediakan LCD untuk sesi ceramah saya pada malam tersebut.

Sebaik sahaja keadaan agak reda, saya berhati-hati untuk melontarkan kata-kata. Takut sekiranya mereka bertambah gelisah di atas kehilangan tersebut.

“Kita hanya mampu mentadbir, tetapi takdir itulah segalanya”, saya memulakan bicara. Inilah pesanan guru saya selama hampir setahun menuntut di “Akademi Daie” di Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Medan saya belajar teori berdakwah dan mempraktikkan dakwah.

“Saya nak ajak kita berfikir, andai kita ada barang adakah kita nak barang kita hilang? Siapa yang nak barang yang dia ada hilang. Sudah tentu tidak. Jadi kenapa barang tersebut hilang? Sudah tentu ianya ketentuan Allah SWT”, balas saya kepada mereka.

“Tetapi itulah yang dikatakan takdir Allah SWT. Kita sudah merancang dengan sebaiknya, tetapi Allah juga yang menentukan. Andai Allah yang mentakdirkan ianya hilang, Allah juga yang berkuasa untuk mengembalikan. Doalah pada Allah sekiranya tidak dikembalikan pun, mudah-mudahan diberi jalan keluar untuk menyelesaikannya”.

Kehilangan ini merupakan lumrah di dalam kehidupan dan salah satu bentuk di dalam menguji kesabaran. Ada orang yang hilang insan yang paling dikasihinya pada hari ini. Ada orang yang hilang kasih sayang ibu dan ayah. Pelbagai kehilangan yang dirasai oleh seseorang individu pada setiap saat dan ketika.

Samaada hilang secara maknawai, ataupun hilang secara hakiki. Lazimnya kita hanya menilai hilang itu hanya dengan mata kasar sahaja, tetapi hilang juga boleh berlaku tanpa kita nampak. Yang pastikan kehilangan ini adalah ujian Allah SWT kepada hamba-hambanya.

Allah SWT berfirman di dalam hadis Qudsi:

Hairan sungguh dengan orang Mukmin. Semua urusannya beroleh kebaikkan. Tidak ada semua melainkan para orang Mukmin. Dapat nikmat pun beroleh pahala baginya, dan di uji dengan kesusahan pun mendapat pahala” –Riwayat Ahmad

Mungkin kehilangan ini ada hikmahnya. Andai kita merintih sekalipun, yang hilang tetap hilang, dan ianya tidak dapat dikembalikan melainkan dengan izin Allah.

Sekiranya kita bersedih atas kehilangan ini, lihatlah diluar sana berapa ramai orang yang rumah mereka roboh apabila berlaku musibah? Bukan sekadar ribuan ringgit, kadang-kadang mencecah jutaan ringgit. Tiada yang lebih baik bagi mereka melainkan sabar diatas ujian yang berlaku.

Memang mudah untuk mengucap kalimah sabar, tetapi ianya cukup berat untuk dilalui.Tetapi jadilah orang yang berjiwa besar, walau sebesar mana sekalipun masalah yang datang, masalah tersebut hanyalah kecil baginya. Tetapi sekiranya kita berjiwa kecil, walaupun hanya masalah kecil yang datang maka ianya akan menjadi besar.

Setiap manusia diberikan ujian sekadar yang mampu ditanggung . Makin berat ujian yang datang maka makin tinggilah darjatnya di sisi Allah SWT. Orang yang paling banyak ujiannya adalah daripada para nabi-nabi terdahulu. Andai kehilangan ini dianggap musibah, maka akan deritalah jiwa orang yang melaluinya, tetapi andainya ia di anggap sebuah ujian, maka akan naiklah darjat orang yang melaluinya.

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s