MUKMIN PROFESIONAL DI APIUM

Saya tidak menyangka cadangan saya kepada Hisyam junior di JSP semasa program mendaki PERMADAH tempohari di terimanya.

Ketika itu kami bersembang-sembang berkenaan dengan pengurusan Islam. Terus terpacul di mulut saya berkenaan elemen Mukmin Profesional di dalam pengurusan yang dijalankan oleh Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Saya mencadangkan mereka menjemput Ust Pahrol Md Joui iaitu “guru” merangkap bos saya di Fitrah Perkasa. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membina modul-modul baru dan kini sedang menyiapkan buku terbaru iaitu MUKMIN PROFESIONAL.

Mukmin orang baik. Profesional orang cerdik. Orang cerdik kalau tidak baik dia akan menipu. Orang baik tetapi tidak cerdik dia akan menipu. Inilah sifirnya. Sekiranya mahukan pengurusan yang baik, maka kesepaduan diantara keduanya sangat penting. Bagaikan aur dengan tebing, bagaikan sungai dan tebingnya. Cukup rapat dan cukup saling memerlukan antara satu sama lain.

Kembali ke APIUM mendatangkan suatu nostalgia pada diri saya. Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke sana. Walaupun tinggal hanya bersebelahan, tetapi sukar jarang sekali ke sana. Kali ini saya kembali, bukan mencurah ilmu. Tetapi sekadar menjadi teman kepada Ust Pahrol.

Pembentangan daripada juga cukup menarik. Ada gaya seorang trainer saya kira. Tertarik saya kepada gaya pembentangan dan modul “koyak kertas” yang dijalankan. Konsep pengurusan yang beliau bawakan adalah berteraskan kepada tauhidic mind set.

Manakala Ust Pahrol pula meneruskan Kesinambungan daripada pembentangan yang pertama. Kaedah pembentangannya agak lain dari biasa. Terdapat term-term yang saya kira sesuai dengan dunia akademik di universiti. Agak tinggi daripada penyampaian di dalam sesi training biasa.

Alhamdulillah, berkat menemani Ust ke program tersebut saya dihadiahkan sebuah buku terbaru beliau. NOTA FIKIR, UNTUK ZIKIR. Walaupun perjalanan singkat, tetapi tetap membuahkan ilmu. Kerana sepanjang perjalanan saya sempat berkongsi beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan penulisan.

This entry was posted in Dakwah. Bookmark the permalink.

One Response to MUKMIN PROFESIONAL DI APIUM

  1. ainul ali says:

    best3.. banyak dapat input yang sangat berguna daripada ustz pahrol..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s