Warkah Buat Remaja

Assalamualaikum Sahabatku,

Sudah lama rasanya kita tidak bersua. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Tetapi di dalam kesibukkan ini, aku bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diizinkan-Nya untuk menulis warkah ini. Mudah-mudahan warkah ini menjadi penghubung diantara kita. Walaupun tidak mempunyai talian darah kekeluargaan antara kita, tetapi kita tetap bersaudara. Saudara seagama. Saudara seaqidah. Menghadap kiblat yang satu. Berpegang dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Sahabatku,

Bagaimana keadaan dirimu? Sihatkah? Andai dirimu sihat, mudah-mudahan kesihatan yang dikurniakan ini akan mendekatkan dirimu dengan Allah SWT. Kerana nikmat sihat itu adalah kurniaan Allah. Andai diberi ujian sakit, maka ianya adalah ujian daripada Allah SWT. Maka bersabarlah diatas ujian yang diperolehi. Mudah-mudahan ianya akan menghapuskan dosa-dosa lalu.

Sahabatku,

Warkah ini ku tulis kerana cinta dan sayang diriku padamu. Kerana generasi kita inilah yang bakal memimpin ummah kelak. Kitalah generasi pelapis kepimpinan negara suatu ketika nanti. Kebejatan akhlak generasi ini mencuit hatiku untuk mencoretkan sesuatu buatmu.

Diri ini cukup risau akan masalah dalam kalangan teman-teman kita yang kian meruncing dari hari ke hari. Golongan remaja adalah pencorak negara kita. Sedarkah remaja seperti kita adalah harapan agama. Remaja seperti kita adalah harapan bangsa dan negara.

Seperti yang selalu dilaungkan oleh pemimpin negara, “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Besar harapan bangsa kepada kita. Andainya di dalam sebuah rumah, kita diumpamakan sebagai tiang utama rumah. Kebiasaanya dipanggil Tiang Seri. Tiang seri adalah tonggak utama kepada kukuhnya sesebuah binaan rumah. Sifatnya kuat, teguh dan kadang-kala diletakkan hiasan untuk penaik seri kepada rumah tersebut. Digantung padanya hiasan-hiasan ataupun bunga perhiasan. Melihat kepada tiang seri yang elok ini, maka akan naik serilah rumah tersebut.

Tetapi sekiranya sebuah rumah tiang serinya tidak kukuh. Reput dimakan anai-anai. Maka rumah tersebut tidak kukuh. Apabila datang ribut, maka ianya lebih mudah roboh menyembah bumi. Rumah yang baik dan kukuh adalah rumah yang mempunyai tiang yang kuat. Rumah umpama negara. Tiang serinya umpama anak-anak muda remaja. Andainya anak muda remaja tidak kuat. Rosak akhlaknya, maka negara tersebut menanti belahnya. Negara akan hancur.

Menukil kata-kata penyair, Shauqi Bih pernah berkata:

“Innama umamul akhlaqu maa baqiyat, Wa inhumu dzahabat akhlaquhum dzahabu”

“Sesungguhnya sesebuah ummat bergantung kepada akhlaknya, Jika hilang akhlak, lenyaplah ummat”.

Temanku,

Ku harapankan engkau tidak jemu menerima warkah kiriman ku ini. Aku yakin engkau juga sayang dan cinta pada teman-teman kita yang lain. Seringkali kita meluahkan bahawa kita cinta dan sayang kepada teman-teman kita. Tidak cukup sekadar perkataan sekadar mengatakan cinta, tetapi kita seharusnya membantu mereka. Kerana cinta itu adalah perlaksanaan kata-kata. Inilah pesan guruku Ustaz Pahrol di Fitrah Perkasa tentang cinta. “Love is verb”.

Andai cinta Allah, kita melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya. Andai kita cinta pada Rasulullah SAW, kita akan senantiasa mengamalkan sunnah baginda walaupun dimana sahaja kita berada.  Apabila seorang anak sayangkan ibu bapanya, maka anak tersebut akan menunjukkan kasih sayang tersebut melalui apa cara sekalipun asalkan menggembirakan ibu bapanya. Kuncinya, perlu dilakukan. Tidak hanya sekadar kata-kata yang bermain dibibir.

Begitulah juga dengan kita, andaikata kita sayangkan teman-teman kita, bangunlah utnuk terus mendidik mereka. Bawalah mereka kepada pencipta. Kerana generasi kita pada hari ini semakin ramai yang “buta”. Maaf temanku, agak kasar bunyinya. Tetapi inilah realiti kehidupan hari ini. Buta yang dimaksudkan adalah buta hati. Tidak mampu melihat kebaikan yang berada dihadapan mata, tetapi lebih cenderung kepada perkara buruk yang sentiasa terhidang dihadapan mata.

Sahabatku,

Mudah-mudahan, kita akan berganding bahu untuk mencelikkan mata hati teman-teman kita ini. Ku kira andai kita bersatu dan merencana gerak kerja yang jitu, insya Allah hasilnya akan kita perolehi dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya Allah tidak akan mengecewakan hamba-hambanya yang berusaha dan bertawakkal kepada-Nya.

Namun begitu, bukan hasil yang perlu difikirkan. Tetapi usaha yang perlu diutamakan. Daripada usahalah akan menghasilkan hasil. “Jangan difikirkan apa yang kita akan dapat, tetapi fikirkanlah apa yang kita perlu buat”.

Ku kira setakat ini dulu warkah yang pertama ini. Insya Allah, aku akan cuba mengirimnya sebagai inzar dan peringatan buatmu dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan talian persahabat diantara kita akan terus kekal di dunia dan akhirat.

Sahabatmu,

Mukhlis,

Kem Mega Kristal, 27 Mac 2010

This entry was posted in Warkah and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Warkah Buat Remaja

  1. syafiq says:

    saya amat tetarik dgn kata2 `love is verb`izinkan saya copy dan sebarkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s