Kelesuan Tanpa Kesudahan

 

Sayu melihat sesawang ini tidak terisi sejak sekian lama. Agak susah untuk mencoretkan sesuatu walaupun banyak perkara baru yang berlaku sejak saya pulang ke Negeri Jelapang Padi ini. Mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri.

Sejak menetap di Utara tanah air ini, saya mula mencari arah kehidupan yang baru. Sekiranya sebelum ini sibuk di tengah-tengah kota raya, berprogram di sana sini tanpa henti. Tetapi kini segalanya boleh dikatakan agak “lesu”. Saya juga seperti kehilangan arah dan tujuan. Apa yang ingin di capai dalam kehidupan.

Mengatur kehidupan mudah sekiranya mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas. Namun sehingga kini boleh dikatakan ianya seperti masih kabur. Tambahan pula, kurang teman-teman rapat yang boleh di dampingi disini. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Tidak seperti zaman mahasiswa dahulu aktif ke hulu ke hilir bersama teman-teman. Seringkali terfikir bagaimana untuk menghilangkan rasa “lesu” ini. Namun sehingga ke hari ini masih belum ditemui dos yang sesuai untuk menghilangkan rasa “lesu” ini.  Selagi masih belum “bebas”, sukar untuk membunuh rasa “lesu” ini. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.

 

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kelesuan Tanpa Kesudahan

  1. Mohd Idris says:

    pak can, x bleh samakan zaman bujang dan zaman dah berdua.kena sesuaikan keadaan

  2. Faisal Mustaffa says:

    Sunnatullah kehidupan..(^^,)

  3. Saya says:

    Hmm, dulu bila saya pulang ke Kedah, itulah yang saya rasa.. Kurang nya program-program, talk2..

    btw, pak can. Kakak dan Abang Ipar saya bukak consultant dekat Kedah. Wisma PKNK. Dulu waktu saya join, bagi saya bagus lah untuk membangunkan anak2 Kedah.. Kalau nak try join try add kakak saya kat FB.. Raihan Rosdina dan abg ipar Rosmanizam,..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s