Perancangan Hidup Mengatasi Nasib

Sambil menyuap Char Koew Teow, matanya memandang ke arah jalan. Kereta yang lalu-lalang diperhatikan satu persatu.

Nasib dia memang baik, aku yang belajar teruk-teruk ni hanya jadi ustaz. Dia mengaji  pun biasa dah jadi pegawai”,

“ Ini bukan nasib, tetapi ini adalah pilihan”, balas saya.

Pilihan?”

Ya. Pilihan sebab dulu awak juga yang mengisi boring untuk menjadi guru. Tetapi dia tidak. Hidup ini adalah berdasarkan jalan yang kita pilih. Bukan hanya di dalam pilihan raya sahaja perlu memilih”.

Sahabat saya ini terdiam sambil tersenyum.

Ini dialog biasa apabila membicarakan berkenaan kejayaan seseorang di dalam kehidupan. Seringkali kejayaan tersebut dikaitkan dengan nasib. Ramai mengangguk tanda bersetuju apabila dikatakan kejayaan dan nasib ini tidak boleh dipisahkan.

Menilik Nasib Membawa Kebinasaan

Kewujudan istilah nasib telah ada sejak zaman berzaman. Masyarakat Cina memanggil nasib sebagai Feng Shui. Dalam masyarakat melayu, nasib bermaksud hal yang terjadi yang bukan hasil pemikiran manusia dan tidak dapat dicegah oleh daya upaya manusia.

Kesan daripada mempercayai nasib ini, lahirnya beberapa pemahaman yang salah mengenai tafsiran kehidupan. Antaranya:

i.            Segala yang berlaku di atas diri manusia adalah nasib.

ii.            Segala yang berlaku di atas diri manusia adanya hasil daripada tindakan manusia, tetapi nasib yang menentukan hasilnya.

iii.            Nasib tidak wujud sama sekali, segala yang berlaku adalah kerana tindakan manusia.

Apabila ramai mempercayai kepada nasib maka lahirlah penilik nasib. Secara tidak langsung menjerumuskan mereka kepada kebinasaan. Kebinasaan di dunia dan akhirat kerana mensyirikkan Allah.

Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan. – Surah al-Maidah: ayat 90

Golongan yang mempercayai soal nasib sanggup menghabiskan duit ribuan ringgit bagi membuang nasib yang buruk. Lihatlah betapa lemahnya akal fikiran manusia, sudahlah mempercayai perkara yang salah. Dalam masa yang sama sanggup berbelanja duit dengan banyak untuk perkara salah tersebut.

Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:

Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa hina atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.

(Dikeluarkan oleh at-Tabrani)

Nasib Vs Perancangan

Ubat yang paling mujabarab mengubati penyakit ini adalah perancangan. Orang yang berjaya mempunyai persediaan, perancangan dan pemikiran yang membawa kepada kejayaan.

Islam sentiasa mengajar umatnya membuat persiapan dan perancangan yang rapi untuk menguruskan kehidupan. Kegagalan menyediakan dua perkara inilah menyebabkan diri kita gagal.

Seperti kata pepatan Inggeris, “If you fail to plan, you plan to fail”.  Jika kamu gagal merancang, kamu merancang untuk gagal. Untuk mendapat sesuatu yang baik, perancangan yang dilakukan mestilah jauh lebih baik.

Selepas merancang, hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Inilah yang dikatakan sebagai sunatullah.

Bagi menambaik lagi perancangan ini, maka ditambah dengan doa dan tawakkal kepada Allah SWT bagi menunjukkan rasa kehambaan diri kepada Allah SWT. Inilah pelengkap kepada syariatullah di dalam kehidupan.

Jangan hanya berangan-angan untuk mengubah nasib sendiri. Tetapi letaklah keyakinan yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Berjaya di dunia mencapai bahagia, kejayaan di akhirat mendapat syurga Allah.

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

3 Responses to Perancangan Hidup Mengatasi Nasib

  1. peribadirasulullah says:

    Izinkan saya copy sebahagian makalah yang berfaedah untk saya isikan dalam blog:

    http://waladi-dimalaysia.blogspot.com/

  2. Faisal Mustaffa says:

    Saya izinkan. Untuk dakwah dan sebaran Ilmu. Syukran akhi

  3. Faris says:

    Salam akhi.. semoga dpt kencangkan perancangan di Kedah pla kan..tau ja situasi xsama mcm kat area kL ni..hehe..kena lebih ‘push’ and ‘pacak’ ja plan tu..boleh ka kat Kedah buat mcm tu??=p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s