Amru Khalid: Pakar “Pengurusan Hidup” Buangan Mesir

Wajah Amru Khalid disebalik Majalah Time

“Cuba kamu cari dan baca tulisan Amru Khalid, seorang pendakwah terkenal Mesir yang dibuang negara dan dilarang keras daripada berceramah di Mesir. Dia adalah antara pendakwah terkenal dalam masyarakat Mesir kini”,  bicara Dato’ Paduka Husam Musa dalam satu majlis forum di Universiti Malaya.

Saya terus mencatat nama yang disebut tersebut di dalam telefon bimbit pada ketika itu. Apa yang menariknya nama tersebut masih ada sehingga kini dalam telefon bimbit saya. Hanya nama semata-mata. Tidak silap saya forum tersebut berlangsung pada penghujung tahun 2009, ketika saya masih lagi berada sekitar Universiti Malaya dan berkhidmat di Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Sejak dari itu saya mula mencari biodata Amru Khalid ini. Pernah saya bertanya kepada Ust Pahrol semasa dipejabat berkenaan Amru Khalid, tetapi beliau seakan-akan masih asing dengan nama tersebut. Daripada buah bicara Dato’ Husam, saya dapat mencari persamaan diantara Amru Khalid ini dengan Ust Pahrol. Menulis berkenaan “pengurusan hati” dari perspektif semasa.  Cuma Amru Khalid ini berketurunan Arab dan Ust Pahrol berketurunan Melayu. Tetapi kedua-duanya ISLAM!

Selepas beberapa ketika, nama Amru Khalid seolah-olah hilang dari fikiran saya. Ini kerana, nama ini masih asing dalam kalangan masyarakat negara kita.

Dua hari lepas saya mendapatkan buku, “Act Like A Lady, Think Like A Man” di koperasi UUM. Buku tersebut telah saya khatamkan hari ini dengan mengambil masa hanya 2 hari. Hari ini saya sekali lagi ke Mall UUM. Hasratnya hanya untuk mengambil wang, tetapi terdetik di dalam hati untuk mendapatkan sebuah buku, “hadiah” buat isteri.

Akal saya masih berkira-kira untuk membeli mana-mana buku, memandangkan belanjawan bulan akan menjadi “defisit” sekiranya tidak dikawal. Saya melangkah juga masuk ke dalam koperasi. Sambil berjalan memilih buku, mata saya tertangkap ke beberapa buah buku terjemahan tulisan Amru Khalid.

Saya cuba mengingati kembali nama tersebut, sambil-sambil membelek biodata pengarang. Sah! Inilah penulis yang suatu ketika dahulu saya pernah teruja untuk mencari hasil karyanya.

Terdapat 3 buah buku karangan beliau diatas rak tersebut. Selepas beberapa minit membuat pernilaian, saya memilih buku bertajuk “Ibadah Yang Menakjubkan: Amalan Yang Paling Di Cintai Allah”. Buku ini telah lama ditulis. Berdasarkan tahun kata pengantar oleh penulis mencatatkan tahun 1422 H yang lalu. Kira-kira 9 tahun yang lepas.

Ust Amru Muhammad Hilmi Khalid ini dilahirkan di Iskandariah Mesir pada tanggal 5 September 1967. Kini beliau tinggal di Birmingham, England selepas  dihalang untuk berdakwah oleh kerajaan Mesir seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi. Ini kerana dakwah beliau yang mengajak mad’u kepada Islam dilihat menghilangkan populariti pemerintah sekular.

Beliau mempunyai hobi berolahraga, bermain tenis dan squash dan menjadi pengacara di dalam salah satu siaran televisyen paling popular di Timur Tengah, Shuna’ul Hayah (Pengurusan Hidup).

Ust Amru mendapat lulusan diploma perakuanan Universiti Kaherah (1998), diploma program Ma’ahad  Pengajian Islam (2001), Sarjana Ekonomi Islam dan Lulus dengan grade A di dalam PhD di Universiti Wales, Lampeter pada May 2010 dalam pengkajian sirah bertajuk “Islam and Co-Existing With Others”.

Namanya tidak sepopular Hosni Mubarak, tetapi beliau terpilih sebagai orang kedua paling popular di Mesir selepas Hosni Mubarak berdasarkan kajian yang dibuat oleh Majalah As-Syabab, iaitu majalah pemuda paling popular di Mesir. Menurut majalah Time Megazine, beliau berada ditangga ke 13 dalam kalangan individu berpengaruh didunia dan ditangga ke 6 dalam kalangan intelektual berpengaruh menurut Prospect Megazine. Manakala majalah The New  York Time Megazine memilih beliau sebagai “the world’s most famous and influential Muslim television preacher“.

Apa yang menarik perhatian saya, beliau juga merupakan bekas pimpinan mahasiswa semasa di Universiti. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Himpunan Mahasiswa Fakulti Perdagangan Universiti Cairo (1988), dan Wakil Presiden Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Cairo (1988).

Buku yang saya perolehi ini, menurut penulis adalah koleksi ceramah-ceramah beliau di Masjid Mahmud Khalil Al-Khushairi, Kaherah yang ditulis kembali dalam bentuk teks.

Kepada teman-teman dapatkan buku-buku tulisan Amru Khalid dipasaran untuk mengenali dengan lebih dekat idea-idea beliau.  Barakallahufikum.

 

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

4 Responses to Amru Khalid: Pakar “Pengurusan Hidup” Buangan Mesir

  1. mohd faizul bin ghani says:

    terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat .. barakallahuminkum ..

  2. Faisal Mustaffa says:

    Sama-sama. Semoga mendapat manfaat

  3. ummameerah says:

    Salam, Sheikh Amr Khalid memang menakjubkan. ALhamdulillah saya berpeluang melihat ceramah beliau di Iqra’ Channel, sebuah rangkai dakwa di Timur Tengah.. Walaupun hanya membaca subtitle nya, ceramah beliau sungguh mempersona & mampu mengubah jiwa remaja mesir. Ramai dari remaja mesir yang berubah dan beralih gaya hidup setelah mengikuti beliau…

    Semasa bulan haji kenkadang chanel ART di astro akan membawa ceramahnya..cuma saya di sini tiada alih bahasa.

  4. Faisal Mustaffa says:

    Alhamdulillah. Belum berkesempatan lagi menonton rancangan ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s