Segala Maklumat Di Hujung Jari Anda

1.Hari ini sambil-sambil membuat kerja, sempat juga menjelajah mencari data-data berkenaan negara asia barat. Melompat dari satu laman, kelaman yang lain. Teori ini dipelajari daripada blog sahabat saya Hilman di dalam postnya yang lalu. Saya mengambil peluang untuk memanfaatkan “hujung jari” sebagai pemudah cara mendapatkan maklumat.

2.Bermula daripada memahami peta Palestin yang dicerobohi oleh Zionis Israel, kemudiannya diperincikan lagi peta ini dengan meneliti sempadan antara Palestin dengan Mesir, Jordan dan Syiria.

Muhammad Naguib

3.Penerokaan diteruskan dengan dengan kata kunci yang diperolehi, akhirnya analisis pencarian ini bertambah dengan memperincikan era kepimpinan Mesir selepas King Farouk di guling. Bermula era pemerintahan berdasarkan sistem Republik yang diketuai oleh Muhammad Naguib (1953-1954).

Gamal Nasser

4. Gamal Nasser (1954-1962) dan kumpulannya kemudiannya menangkap dan dan menahan Muhammad Naguib atas alasan mempunyai hubungan lunak dengan Ikhwanul Muslimin. Beliau kemudiannya menjadi Presiden menggantikan Naguib selepas rampasan kuasa itu. Gamal Nasser meninggal dunia akibat penyakit jantung selepas tamat perang pada tahun 1970.

Anwar Sadat

5 . Kematian Gamal Abdul Nasser digantikan oleh Anwar Sadat (1970-1981). Anwar Sadat melakarkan sejarah hitam buat umat Islam apabila mengiktiraf negara haram Israel melalui perjanjian Kem David 1978 bersama Menachem Begin, Perdana Menteri Israel yang ke 6 melalui tajaan Jimmy Carter, Presiden Amerika Syarikat. Kesan daripada perjanjian tersebut, Mesir dikeluarkan daripada liga arab sehinggalah tahun 1989. Anwar tersenyum puas kerana beliau dan Menachem Begin di anugerahkan Anugerah Nobel Keamanan selepas menandatangani perjanjian tersebut. Sungguh menjijikan! Hadiah kerana menggadai bumi umat Islam kepada Zionist Yahudi. Anwar mati dibunuh oleh Khalid Islambouli semasa perarakan ketenteraan.

Hosni Mubarak

6.Selepas pemergian Anwar Sadat, kepimpinan Mesir beralih kepada era Hosni Mubarak. Pemerintahan Hosni Mubarak (1981-2011) menyaksikan rakyat Mesir hidup dalam keadaan negara diisytihar darurat. Kerajaan berhak menahan sesiapa sahaja tanpa bicara. Pilihan raya dijalankan dengan penuh ketempangan. Keadaan ini menyaksikan Hosni Mubarak menang besar setiap kali pungutan suara diadakan. Keadaan ini berterusan sehinggalah beliau digulingkan pada 11 Februari 2011 kesan daripada demonstrasi besar-besaran selama 18 hari oleh rakyat Mesir.

L0go Sukan Olimpik 2012

7. Pencarian tidak berakhir disitu sahaja. Kata kunci yang ada seterusnya menghubungkan saya dengan Jewish Journal. Sebuah laman berita Zionist Israel. Semasa membaca berita-berita tersebut, saya menemui berita berkenaan Iran protes logo sukan Olimpik 2012. Ini kerana logo sukan olimpik adalah corak tulisan ZION yang merujuk kepada bangsa Yahudi.  Namun begitu protes tersebut ditolak oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa kerana menganggap tulisan itu adalah tulisan 2012 yang moden dan boleh menarik perhatian orang muda.

8. Kepada teman-teman, selamat menerokai maklumat dengan kata kunci berantai. Insya Allah ianya memberikan manfaat untuk menambah maklumat baru dan yang sudah sedia ada.

 

This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s