“Back To Basic” Dalam Perjuangan

 “Ustaz, esok giliran ustaz wakil dewan ke muktamar pemuda Jerlun. Ana tak dapat hadir, sebab ada menteri nak datang Padang Terap. Jadi ustaz terus rasmi muktamar tu nanti”, ujar YB Ustaz Nasir kepada saya melalui telefon.

Kebetulan pada masa yang sama saya dalam perjalanan ke Pulau Pinang kerana ada program di sana. Selepas berbincang dengan teman , mereka bersetuju untuk menguruskan program disebelah pagi pada keesokkan hari dan saya akan kembali mengendalikan slot di sebelah petang.

Selepas selesai berqiamullail dan solat subuh bersama peserta program, saya bergerak. Tiba-tiba terdetik didalam hati, apakah perkara yang akan disentuh di dalam ucapan perasmian nanti. Ini bukan program cawangan, tetapi kawasan. Tetapi perkara tersebut terhenti apabila saya melelapkan mata diperhentian Gurun kerana mengantuk.

Bantuan Teman

Apabila terjaga daripada tidur, saya bersarapan di RNR Gurun. Kemudiannya meneruskan perjalanan yang terhenti. Teringat difikiran teman-teman yang jauh lebih berpengalaman di dalam gerakan, lantas saya menelefon Ustaz Hafez Sabri, teman seangkatan daripada Kolej Islam Sultan Alam Shah dan seterusnya menjadi rakan sebilik semasa di Universiti Malaya.

Sebelum ini YB Ustaz Nasir ada berpesan ucapan yang diberikan hanya memfokuskan kepada soal tarbiah. Nasihat yang sama diberikan oleh Ustaz Hafez kepada saya.

Menurut beliau, sekiranya berhadapan dengan petugas diperingkat cawangan dan kawasan penerangan berkenaan isu tarbiah perlu diberi penekanan. Ini kerana, kebanyakkan daripada mereka dahagakan ilmu sebagai bekalan di dalam perjuangan ini.

“Back To Basic” Dalam Perjuangan

Memahami asas kepada perjuangan adalah perkara pokok yang perlu dihadam oleh setiap amilin di dalam gerakan. Ini kerana, kefahaman adalah asas kepada segala gerak kerja yang dilakukan.

Setiap individu yang berintima’ dengan jemaah mestilah memahami tujuan utama mengapa mereka menyertai jemaah. Menyertai jemaah bukan kerana benci kepada mana-mana parti. Menyertai jemaah bukan kerana mahu kepada pangkat dan jawatan. Menyertai jemaah bukan kerana mahu mengumpulkan kekayaan. Tetapi tujuan kita menyertai jemaah adalah atas dasar arahan Allah SWT untuk menegakkan perkara yang makruf dan mencegah perkara yang munkar. Ataupun lebih mudah adalah untuk memperjuangkan dan mempertahankan Islam yang dianuti dan didokongi ini.

Ukhuwah Di Dalam Berjemaah

Antara perkara yang ditekankan juga adalah berkaitan dengan ukhuwah di dalam berjemaah. Walaupun sesetengah golongan menganggap ianya perkara remeh, tetapi bagi petugas diperingkat kawasan ianya adalah suatu perkara yang cukup penting.

Tidak dapat dinafikan di dalam gerak kerja, kadang-kadang ada perkara khilaf yang berlaku. Sekiranya tiada ukhuwah, sudah tentu boleh memecah belahkan dikalangan ahli jemaah. Walaupun di dalam isu yang kecil, tetapi sekiranya tidak diuruskan boleh membawa kepada barah yang sukar untuk dirawat.

This entry was posted in Tarbiah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s