Usrah Pagi Jumaat : Murabitun

Alhamdulillah, semalam sempat berusrah bersama adik-adik tahun akhir disebuah kampus di utara tanah air. Sudah menjadi kebiasaan mereka datang ke rumah untuk berusrah. Jumlah mereka sekitar 20 orang terdiri daripada pelajar muslimin dan muslimat. Pada mulanya, apabila mereka menyatakan keinginan untuk datang berusrah, saya memikirkan tajuk apakah yang sesuai untuk dibincangkan.

Akhirnya saya mencapai buku Manhaj Tarbiah susunan Ust Idris Ahmad. Saya menyelak satu persatu sehinggalah ke tajuk yang terakhir. Tajuk terakhir inilah yang menjadi perhatian saya iaitu murabitun. Ini kerana, dikalangan mereka adalah pelajar tahun akhir yang bakal meninggal menara gading beberapa bulan sahaja lagi.

Murabitun adalah individu yang bekerja secara sepenuh masa di dalam gerakan Islam. Ianya boleh dibahagikan kepada dua. Pertama golongan yang terus bekerja sepenuh masa sebaik sahaja tamat belajar. Keduanya, golongan yang mencari pekerjaan untuk membina kestabilan hidup dan dalam pada masa yang sama menjalan amal islami. Akhirnya apabila sudah cukup tempohnya, mereka bersedia untuk menjadi murabitun. Tempohnya boleh dirancang. Mungkin 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan sebagainya. Tetapi tidak pernah hilang dalam diri azam untuk menjadi murabitun.

Hasil perbincangan cukup menarik. Banyak kisah-kisah yang dikongsi hasil daripada pengalaman orang-orang terdahulu. Baik seorang doktor, pensyarah, pentadbir, jurutera dan sebagainya yang akhirnya menjadi seorang murabitun apabila disahut oleh jemaah.

Alhamdulillah, berjaya juga ditanam dalam jiwa adik-adik berkenaan semangat untuk menjadi murabitun. Niatlah untuk menjadi murabitun, walaupun kita bukan murabitun. Sekiranya suatu hari nanti jemaah memerlukan kita untuk bekerja secara sepenuh masa, kita sudah mempunyai persediaan yang rapi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Advertisements
This entry was posted in Tarbiah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s