Rehlah Usrah Tepi Kolam

Semalam sempat rehlah bersama-sama dengan dengan anak usrah di belakang rumah. Sambil berBBQ, ada yang mengambil kesempatan untuk memancing di kolam ikan. Dua ekor ikan mengena iaitu seekor ikan keli dan seekor ikan haruan.

Kolam ikan tersebut wujud sebelum kelahiran saya lagi. Di korek hanya menggunakan cangkul bagi tujuan projek ikan keli. Kemudiannya diperdalamkan lagi , dan dilepaskan ikan tilapia. Kini ianya dibiarkan. Tahun lepas ada juga dilepaskan ikan siakap, tetapi entah hidup entah tidak. Setiap kali memancing tidak pernah mendapat siakap. Yang ada hanyalah ikan keli dan ikan haruan sahaja. Melihat kepada suasana harmoni dibelakang rumah, timbul idea untuk mengajak anak usrah untuk rehlah disitu.

Tambahan pula cuti semester akan kunjung tiba tidak lama lagi. Ada sebahagiannya akan menamatkan pengajian pada semester ini. Oleh itu, ianya boleh dianggap sebagai usrah wida’ bagi semester ini dan akan diteruskan kembali sekembalinya mereka ke kampus pada bulan September nanti.

Pada awalnya, usrah pada kali ini adalah untuk membentangkan isu-isu semasa bagi tujuan membukukan isu untuk ceramah kelompok bagi menghadapi PRU 13. Namun begitu, disebabkan kekangan masa yang ada, pembentangan tersebut tidak dapat dijalankan.

Perkongsian Usrah

Antara pengisian yang sempat dikongsi bersama anak usrah dalam rehlah pada kali ini adalah berkaitan dengan keperluan memahami ilmu usul bagi bagi ahli gerakan Islam. Keperluan memahami ilmu usul fiqh adalah bagi membolehkan ahli gerakan lebih memahami perjuangan ini dengan lebih mendasar.

Apabila berbincang tentang siasah syariah, kita tidak dapat lari daripada kaedah usul fiqh. Apabila membincangkan tentang wakie semasa, kita tidak lari daripada kaedah usul fiqh. Apabila membincangkan tentang awlawiyat, kita juga tidak lari daripada kaedah usul fiqh. Boleh dikatakan, perbincangan tentang sesuatu isu akan hidup sekiranya semua ahli usrah menguasai ilmu usul fiqh. Mungkin tidak sampai ke tahap sebagai seoang mujtahid, tetapi sekurang-kurangnya mengetahui kaedah mujtahid mengistinbatkan hukum sudah memadai.

Di dalam usrah pada kali ini juga dikongsikan berkenaan dengan 4 rukun pemuda yang saya petik daripada komen Ust Abu Bakar di dalam laman social facebook Ustaz Hafez Sabri. Sahabat seusrah di KISAS dan UM. Pertamanya Iman, keduanya Ikhlas, ketiganya Semangat dan keempatnya Amal.

This entry was posted in Tarbiah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s