Akhirnya NGV Di Pasang Pada Kereta Waja Saya

 

20130923_160458

Tong NGV 77 liter yang dipasang di kereta waja dengan sekali isian RM14. Untuk mendapatkan ruang yang lebih luas elok juga dipasang tong 65 liter.

Hampir seminggu memikirkan berkenaan kos minyak yang agak tinggi membuatkan saya akhirnya memilih untuk memasang NGV pada kereta. Pada mulanya say
a memilih untuk berulang alik dengan kereta VIVA selepas tidak tahan dengan jumlah penggunaan minyak kereta waja yang terlalu tinggi untuk berulang alik ke pejabat lebih kurang 104 kilometer setiap hari pergi dan balik.

 20130923_171851

Suis sistem NGV yang menggunakan mixer sistem

Selepas kenaikkan harga minyak 20 sen, ditambah dengan aktiviti luar yang pelbagai menyebabkan saya cuba untuk mencari jalan keluar kepada masalah ini. Memandu kereta Viva juga terasa kesannya dan agak meletihkan badan berbanding memandu kereta waja yang lebih selesa.

20130924_080139

Botol yang berwarna biru merupakan cecair yang digunakan untuk menyejukkan enjin. Harga di mudah RM 150. Tetapi harga sekali dengan pemasangan dicaj RM 250.

Survey Awal

Memang ada pro dan kontranya memasang NGV ini. Apabila membaca hujah dan komen-komen dilaman forum, saya akhirnya mengambil keputusan untuk memasangnya juga pada kereta waja saya. Tambahan pula selepas mendapat nasihat daripada seorang teman yang memasang NGV pada kereta personanya dan tidak mengalami sebarang masalah. Kebetulan pula stesen petronas yang mempunyai isian NGV berada berdekatan dengan pejabat saya iaitu di Jalan Tanjung Bendahara Alor Setar.

Pada hemat saya, sekiranya ada dikalangan kita yang ingin memasang NGV, cubalah sedikit sebanyak “google” terlebih dahulu tentang penggunaan NGV ini. Ini kerana, untuk membuat keputusan bagi memasang NGV ini perlulah dikaji dengan teliti berkenaan kebaikkan dan keburukkan yang akan kita hadapi selepas memasangnya. Melalui cara ini juga kita dapat mengetahui sedikit sebanyak berkenaan dengan pengendalian kereta kita selepas memakai NGV.

Memilih Kedai dan Sistem NGV

Untuk memasang NGV ini saya membuat survey dibeberapa buah kedai yang ada di Alor Setar. Akhirnya saya memilih untuk memasangnya di sebuah kedai Best NGV Services, rangkaian kepada pengedar NGV iaitu Sugoi NGV yang berada di Tandop, Alor Setar.

Harga pemasangan di Kedah lebih mahal jika dibandingkan dengan pemasangan di Kuala Lumpur. Ada sahabat yang yang mencadangkan supaya saya pergi memasang NGV di Kuala Lumpur, tetapi memikirkan servis selepas pemasangan menyebabkan saya memilih untuk memasangnya di Kedah walaupun terpaksa berbelanja lebih.

Bagi kereta waja menggunakan system mixer dengan tong 77 liter, kos pemasangan di kedai ini adalah RM 3100. Di tambah dengan pemasangan alat penyejuk enjin RM250 menjadikan jumlah keseluruhan RM3350. Oleh kerana saya membayar menggunakan kad kredit, maka caj tambahan dikenakan sebanyak RM63.00. Bayaran secara kad kredit adalah sebanyak RM 3,063 dan baki sebanyak RM350 perlu dibayar secara tunai.

Bagi kereta persona kos pemasangan menggunakan tong 65 liter sekitar RM2900 untuk system mixer dan  bagi kereta kancil sekitar RM 2700 bagi system mixer.

Bagi system sequential harganya sekitar RM5,000 dan ke atas. Menurut mekanik tersebut, sistem sequential beroperasi secara automatik dan mempunyai pick up yang lebih sekiranya dipasang pada kereta. Namun begitu, disebabkan harganya yang mahal, niat untuk memasangnya mati begitu sahaja. Bajet yang ada hanya cukup memasang sistem mixer.

Di Mana Jimatnya

 Jika dibandingkan dengan petrol, NGV sememangnya menjimatkan.  Tetapi ianya adalah dari sudut jangka masa panjang. Sebagai contoh dalam tempoh tiga tahun, jumlah perjalanan saya menggunakan kereta waja adalah sekitar 130,000 kilometer. Dengan anggaran satu kilometer 20 sen, maka jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 26,000 ribu. Sekiranya saya menggunakan NGV 0.06 sen bagi setiap kilometer, maka jumlah yang dibayar untuk membeli gas hanyalah sekitar RM 7,800. Jika dihitung, saya boleh menjimatkan sebanyak RM 18,200 dalam tempoh penggunaan tersebut.

Namun begitu ianya terpulang kepada poket kita. Ini kerana untuk memasang NGV memerlukan kos permulaan yang agak mahal. Keduanya ada juga yang takut untuk bermain dengan risiko kerana banyak yang menyatakan kereta yang menggunakan NGV ini cepat rosak.

 Kaedah Pemanduan Kenderaan NGV

Kaedah pemanduan kenderaan menggunakan NGV memberikan ketahanan kepada enjin kereta yang menggunakan NGV. Misalnya bagi pengguna NGV, nasihat daripada pengguna NGV lain yang berpengalaman adalah dinasihatkan memandu dalam lingkungan 100km – 110km sejam sahaja untuk sesuatu perjalanan. Sekiranya ingin memandu dengan kelajuan melebihi 110 km ke atas sejam, disarankan supaya menggunakan petrol bagi mengelakkan enjin kenderaan menjadi panas terlampau. Tidak dinafikan ada kenderaan yang mampu untuk bertahan, tetapi ada juga enjin yang manja dan akan rosak kerana tidak tahan panas.

Andai kita seorang pemandu yang cenderung kepada pemanduan ala-ala formula one, elakkanlah daripada memakai NGV. Ini kerana dengan NGV akan mengurangkan pick up kenderaan anda dan menggagalkan anda beraksi seperti pemandu kereta lumba dijalan raya. Kerana kurang pick up inilah akan menyebabkan anda stress dan menyumpah seranah NGV. Adalah lebih baik berbelanja lebih dengan petrol bagi membolehkan hati anda lebih puas untuk beraksi dengan hebat di jalan raya.

 Menyelenggara Kenderaan Tepat Pada Masa

Apabila menggunakan NGV, antara lain adalah penukaran plug kereta mestilah dilakukan bagi setiap 20,000 km atas saranan daripada mekanik NGV yang berpengalaman. Apabila mencapai jarak ini juga disarankan supaya ditukar air filter yang harganya sekitar RM15. Tukarlah minyak hitam setiap kali 5,000 km atau 10,000 km dengan penuh berdisiplin.

Selain daripada itu, air di radiator juga perlu diisi dengan air reverse osmosi yang ditapis dan menggunakan coolen yang baik (Ada yang mencadangkan menggunakan coolen Toyota yang berwarna merah. Harganya sekitar RM20 sebotol). Ini adalah langkah bagi mengawal kepanasan enjin. Air di dalam tangki penyimpan air dan radiator mestilah kerap diperiksa bagi mengelakkan ianya kering disebabkan kebocoran pada paip dan sebagainya.

Harus diingat juga, sekiranya kenderaan sudah lama periksalah paip yang menyalurkan air. Sekiranya sudah keras, tukarlah dengan yang baharu. Bukan sahaja disebabkan menggunakan NGV, tetapi sekiranya memakai petrol sekalipun sekiranya ianya bocor akan menyebabkan radiator dan berasap. Alamatnya terbanglah beratus ringgit untuk tujuan overhaul. Hati-hati.Menurut seorang rakan di dalam group facebook NGV Owner, dicadangkan supaya tepet kenderaan diperiksa setiap enam bulan. Mungkin kita boleh minta mekanik tolong cek semasa kita menukar minyak hitam di kedai penyelenggaraan. Seeloknya, ambil tahulah serba sedikit tentang penjagaan asas kenderaan walaupun anda seorang ulat buku atau seorang wanita.

Enjin Bergegar

Selepas memasang NGV, saya cuba untuk “reset computer box” kereta saya atas nasihat kawan. Katanya untuk mengembalikan setting enjin kepada keadaan asal. Apa yang berlaku, enjin kereta menjadi bergegar.

2 hari saya memandu dalam keadaan gegar sehingga menyebabkan saya hampir demam. Pada jangkaan saya, berkemungkinan gegar tersebut berpunca daripada masalah tuning gas ataupun masalah mounting enjin kereta saya.

Saya cuba membawa kembali kereta saya ke kedai tempat pemasangan NGV untuk melakukakn tuning, dan akhirnya masalah tersebut selesai. Selepas dituning kembali, keadaan kereta menjadi kembali normal.

Menurut rakan di facebook, NGV Car Owner (Malaysia). Sekiranya terdapat mekanik yang pandai tuning NGV, ianya boleh menjimatkan perjalanan serendah 0.04 sen bagi setiap kilometer. Tetapi kereta saya sendiri sehingga kini purata adalah sekitar 0.07 sen bagi setiap kilometer bagi jalan lebuh raya dan 0.08 sen satu kilometer bagi jalan biasa yang melalui lampu isyarat.

Muatan Yang Berat

Bagi kereta yang memasang tong NGV, sudah semestinya bebanan yang ditanggung agak berat. Tambahan pula kereta lama yang sudah lembut asorbernya. Bagi kereta baru tiada masalah. Hal ini juga berlaku kepada kereta waja saya. Selepas memasang NGV, disebabkan asorber sudah lembut dan kemungkinan rosak menyebabkan kereta bergerak seperti perahu apabila membawa penumpang.

Keadaan ini menyebabkan saya menukar asorber baru dan memasang pelapik setebal 2 inci kepada spring kereta waja untuk menstabilkan bahagian belakang kereta. Sekiranya kita mempunyai duit lebih, pasanglah asorber adjustable yang harganya agak mahal sekitar 1k sehingga 2k. Tetapi atas kemampuan saya hanya memakai asorber kayaba standard yang berharga RM350 untuk set depan dan belakang yang dipasang oleh sepupu sendiri.Bajetable…Hehe…

Keputusan Di Tangan Kita

Sekiranya ingin menggunakan NGV, berfikirlah dahulu sebelum membuat keputusan. Sekiranya ditanya pendapat saya, saya menyokong untuk memasang NGV sekiranya jarak perjalanan seharian yang jauh serta mampu menyediakan modal awal bagi tujuan pemasangan.

Tetapi sekiranya hati kita teragak-agak dan risau akan menyesal disuatu hari nanti, dicadangkan tangguh sahaja hasrat kita. Ini kerana, ada segelintir yang menyalahkan penggunaan NGV sebagai punca utama kerosakkan pada kenderaannya dan menyatakan kekesalan seumur hidup kerana memakai NGV.

Tiada paksaan buat kita. Hanya kita berhak memilih untuk diri kita.

Sekiranya ada pertanyaan boleh Whatsapp/Line saya Faisal Mustaffa 0194570666. Jangan telefon sebab malas layan telefon untuk tujuan NGV. Whatsapp, bila lapang boleh jawab. Hehe. Saya bukan pakar NGV, hanya pengguna NGV.

Link berkaitan :

Sila klik : Pemasangan NGV Sistem Sequential untuk Saga BLM

Sila kli; : Pemasangan NGV Kereta Ketiga Saya : Proton Inspira 2011 (2.0)

This entry was posted in NGV and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Akhirnya NGV Di Pasang Pada Kereta Waja Saya

  1. liza says:

    salam en,boleh tnya bg alamat en azreen di shah alam

  2. liza says:

    salam en..ada alamat penuh en azreen x

  3. syed jamil says:

    Bang,boleh bg alamat x kedai psg ngv tu?then saya nk tny sikit,psg ngv kita kena buat test puspakom x?mcm mn nk claim rebate diskaun road tax bila psg ngv..-syed kedah 0194779246

  4. thiva says:

    Ngv ini ok kos dia berape nak pasang kereta wira 1.5,,

  5. teratakku says:

    wow..cerita yang menarik. teringin juga hendak memakai NGV ni. Kawan saya syorkan keretea iswara paling sesuai menggunakkannya kerana engin kereta tersebut lasak.

  6. azijoe says:

    salam en,boleh tnya bg alamat dan no contact en azreen di shah alam.. Tq for your feedback..

  7. rosli says:

    Assalammualaikum tuan.. boleh bagi saya contact no dan dimana lokasi bengkel En Azreen.. Terima kasih

  8. Fatah says:

    Salam sahabat…, Blh x bagi ni En Azreen di Shah Alam… saya ingin pasang NGV di keta waja saya. Saya tinggal di Kg Melayu Subang
    Tq

    Fatah : 013-281 9888

  9. JJ says:

    teringin gak nk psg NGV kt keta waja sy…naik viva x syok jln jauh….

  10. rafiq says:

    Sya nk pasa g ngv jugak di mana nk pasng ngv yg lebih pro…

  11. sheila says:

    Thanx share pengalaman awak guna NGV.. Sy sekarang ni pun tgh berfikir-fikir nak beli 1 kereta wira NGV..

  12. seri says:

    salam…saya pun dah guna NGV ni masuk tahun ke5. mmg sangat jimat. tapi kena rajin pegi servis bila dah sampai masa.

  13. rafiq says:

    Mcm xde respont jek…ke bebual jek

  14. Rafiq Aziz says:

    Bgi no nset encik

  15. Faisal Mustaffa says:

    Ya tuan

  16. Rafiq Aziz says:

    Saya mitak no nset

  17. Faisal Mustaffa says:

    Boleh email saya tintahikmahku@gmail.com

  18. Pingback: Pemasangan NGV Untuk Kali Kedua | :: Nukilan Faisal Mustaffa ::

  19. Rohani says:

    Assalamualaikum tuan,
    Saya sedang survey dan berhajat nak pasang tong ngv kt kereta saya.Setiap hari saya berulang alik dari Alor Setar ke Bayan Baru,Penang.Perbelanjaan untuk isi minyak setiap bulan tak payah cerita la,memang kopak gaji saya.Saya nak tanya,sesuai ke kereta honda accord 2.4 nak pasang ngv tu?

  20. Faisal Mustaffa says:

    Berbaloi Puan. Ada kawan saya pasang dekat accord 2.4. Saya pun baru pasang pada inspira saya 2.0. Ada installer di Pokok Sena yang baik.

  21. zulkifli says:

    Alhamdulilah. Ssya dah pakai ngv tahun ke 5 di pasang pads kereta proton saga.model lama. .memsng bagus dsn menjimatkan

    Yang penting kena ikut masa penyelaggaraan nyr.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s