Rumah Pertama : Satu Catatan Ringkas

20120707_104427

Keadaan rumah sebelum mendapat kunci daripada pemaju

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT sekitar bulan April 2011 saya telah diizinkan untuk membeli rumah pertama di Taman Semarak Api, Sintok Kedah. Keputusan untuk mmbeli rumah ini sebenarnya adalah suatu yang agak berat memandangkan pada ketika itu saya masih baru berkerja sebagai kakitangan kontrak di UUM. Manaka isteri pula baru ditawarkan posting di Pulau Pinang.

DSC_0124

Namun begitu, setelah mencongak dan mengambil kira kenaikkan harga rumah yang makin mendadak, saya menggagahi juga untuk membeli rumah ini. Ini adalah percubaan kali kedua setelah cubaan kali pertama kami gagal untuk membuat pembiayaan rumah Semi D corner lot yang berharga RM 179,000.00 di taman yang sama. Kegagalan ini kerana kami tidak mampu untuk membayar wang muka 10% daripada harga rumah yang dijual. Pada ketika itu hanya saya seorangs saja yang berkerja, manakala isteri masih menunggu keputusan penempatan untuk mengajar.

20130921_185551

Setelah isteri saya mendapat tawaran penempatan untuk mengajar di Pulau Pinang, kami mengambil keputusan untuk membuat pinjaman bank secara bersama melalui pembiayaan Bank Islam. Oleh kerana isteri belum disahkan jawatan, ianya tidak melayakkan kami membuat pinjaman perumahan kerajaan .

Alhamdulillah, dengan izin-Nya untuk lawatan kali kedua kami ke tapak perumahan tersebut, masih berbaki beberapa buah rumah yang  yang ditawarkan dengan harga RM 153,500.00 untuk rumah Semi D setingkat. Dengan pantas kami membuat bayaran booking plot 23 dengan harga RM1000 kepada pemaju Adat Jaya Sdn Bhd yang beribu pejabat di Pulau Pinang.

Dengan berbekalkan RM 30,000.00 pinjaman peribadi yang dipinjam oleh isteri daripada Bank Islam, modal tersebut digunakan untuk membuat bayaran 10% bayaran muka rumah, bayaran peguam, kos untuk membuat grill, pendawaian elektrik dan sebagainya.  Manakala kebetulan pada tahun 2011, pihak kerajaan mengecualikan cukai S&P bagi skim rumah pertamaku memberikan sedikit penjimatan kepada kami.

20140726_142123

Kini setelah hampir 4 tahun, walaupun sedikit kesukaran yang dilalui namun begitu kepuasan yang dirasai. Harga rumah yang dibeli dengan harga RM150K ini, kini rumah yang sama dijual dengan harga permulaan daripada RM260K di sekitar Changlun.

Membeli rumah awal akan menyebabkan kita terpaksa “berpuasa” daripada memakai kereta mewah yang menjadi kegilaan dikalangan sesetengah orang. Namun begitu ianya menjanjikan keselesaan masa depan kepada orang yang membuat perancangan kearah memilikinya.

This entry was posted in Cetusan Idea, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s