Pemasangan NGV Untuk Kali Kedua

Alhamdulillah, selesai sudah “transfer” NGV daripada kereta waja kepada kereta Saga BLM. Namun begitu, tiada satu pun yang boleh digunakan kerana system NGV di kereta waja menggunakan system mixer dengan tong “gemuk” 77 liter.

10801_10153085189463149_2152863626083915321_n

Sistem sequential lebih kemas berbanding sistem mixer

Puas mencari akhirnya sahabat saya Azizul sudi untuk swap dengan tong 65 liter yang dipasang di kereta personanya. Bajet asal untuk tujuan penukaran ini sekitar RM 2500.00 meningkat kepada RM 3200.00 termasuk system sequential bluemac dan penukaran tong melibatkan 3 buah kereta. Anggaran bagi pemasangan baru sekitar RM4300.00 dan ke atas mengikut jenis kenderaan.

10384582_1403206709970736_5047322490924997477_n

Proses pemasangan sistem sequential di bahagian enjin

10846511_1403206589970748_5127207448553843531_n

Kereta Saga BLM bersebelahan dengan kereta sahabat yang swap tank dengan saya. Tong 77 liter saya dipasang dikereta beliau dan tong 65 liter beliau dipasang di kereta saya. Nasib badan!

Untuk pemasangan kali ini dibuat oleh Cg Fakhruzi di Pokok Sena, sahabat Firdaus Semerah Padi NGV (Area Lembah Klang). Servis yang baik dan amat memuaskan. Manakala ada beberapa orang sahabat saya di KL menggunakan khidmat Firdaus Semerah Padi dan maklum balas yang diberikan amat baik.

10801573_1403209966637077_8305129629638861362_n

Cikgu Fakhruzi sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan

Ada juga yang berkata, lebih pasang di KL kerana harganya lebih murah!. Jimat sekitar RM500.00. Tetapi ada juga kekurangannya. Sekiranya berlaku masalah, susah untuk mendapat “servis after sale” kecuali bagi orang yang kerap ke Lembah Klang.

Servis selepas pemasangan juga harus diambil pertimbangan ketika pemasangan dilakukan. Berdasarkan pengalaman memasang NGV pada kereta waja di pusat pemasangan NGV di Tandop, servis yang ditawarkan selepas pemasangan amat teruk. Apabila dirujuk masalah yang berlaku, mekanik disitu langsung tidak mesra pelanggan. Sebelum pemasangan, layanan cukup baik.

Setiap kali tiba dikedai apabila timbul masalah pada sistem NGV, mekanik tersebut membuat servis secara acuh tak acuh sahaja. Pengalaman yang sama berlaku kepada sahabat saya sehingga menyebabkan beliau ke KL untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Hasilnya tip top!. Selepas 2,3 kali tidak selesai, akhirnya saya berjumpa dengan Firdaus Semerah Padi yang kebetulan datang dari KL ke Kedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Cg Fakhruzi selepas pemasangan pada sebuah toyota estima (akhirnya dapat diselesaikan masalah toyota estima tersebut). Ternayata servis yang diberikan jauh berbeza berbanding dengan mekanik di Tandop. Test drive berulang kali sehingga puas hati berbanding mekanik di tandop yang hanya tengok-tengok dan pulas-pulas dengan skru driver dan langsung tidak membuat test drive. Cukup menghampakan.

Daripada beliau juga saya belajar serba sedikit berkenaan dengan penjagaan NGV. Misalnya pemilihan plug Bosch Super 4 (Beli mengikut jenis kereta. Boleh tanya di kedai spare part), adjust tepet setiap jarak 20 kilometer bagi tujuan penjagaan prestasi enjin dan gunakan minyak pelincir original yang diperolehi di stesen minyak mana-mana pengeluar (petronas/shell/caltex dll) bagi mengelakkan terguna minya recycle (tiruan). Bagi kereta baru elakkan menggunakan minyak hitam khas untuk NGV kerana kelikatan minyak tersebut boleh menjadikan enjin lebih berat dan mendatangkan masalah dimasa hadapan. Guna minyak biasa (semi atau full sintetik), tetapi pastikan ianya diservis apabila sampai tempohnya.

super4_verpackt key_super4

Plug Bosch Super 4 baik untuk kereta NGV

Kepada yang ingin memasang NGV, pilihlah pusat pemasangan yang baik dan menawarkan servis after sale dengan baik. Jangan hanya mencari yang murah semata-mata, tetapi fikirkan juga masalah yang mungkin timbul selepas pemasangan. Rujuk otai-otai lama NGV atau rakan-rakan yang telah lama bergelumang dengan dunia NGV ini. Kalau tidak alamatnya akan menyesal dan menyalahkan NGV tidak baik sedangkan servis daripada tempat pemasangan yang kurang memuaskan.

20141209_073313

Butang sistem sequential. Apabila gas habis secara autoamtik akan bertukar kepada petrol berbanding sistem mixer (manual) dimana kereta akan semput dan mati apabila kehabisan gas sekiranya tidak ditukar kerana.

Selesai pemasangan, rupa-rupanya memandu dengan sistem sequential lebih seronok berbanding sistem mixer. Mudah dan mesra pengguna. Hanya hidupkan enjin dan terus memandu kerana pertukaran secara automatic daripada petrol kepada gas akan berlaku dalam tempoh 25 saat dan selepas rpm mencecah angka 1 (Saya minta installer set 0.85 untuk lebih menjimatkan kerana meter rpm sentiasa berada pada angka 1 dan secara automatik akan bertukar kepada gas dalam tempoh 25 saat).

Berbanding sistem mixer yang digunakan sebelum ini, sistem sequential yang digunakan ini rasanya lebih selesa untuk pemanduan. Tiada suis yang mesti dipetik ketika menghidupkan enjin, tiada “press” minyak di awal pagi yang kadang-kala menimbulkan rasa kurang senang dikalangan jiran tetangga kerana bunyi yang agak kuat. Bagi yang menggunakan enjin injection, pasanglah sistem sequential bukannya mixer. Elakkan untuk buat kerja 2 kali seperti saya.🙂

Apa pun yang penting penjiamatan! 0.05 sen anggaran purata bagi setiap kilometer amat menyenangkan hati ketika pemanduan.

IMG-20141208-WA0014

Dokumen pemasangan untuk inspection di Puspakom bagi tujuan endorse JPJ

Setakat ini dulu catatan kali ini. Pada mulanya agak malas untuk menulis kerana kesibukkan menyiapkan proposal PHD, tetapi apabila memikirkan ada dikalangan pengguna yang mahukan maklumat berkaitan NGV, maka terhasilah tulisan ini selepas selesai menulis secebis proposal.

Tulisan sebelum ini berkaitan dengan NGV mendapat perhatian pembaca dan dijadikan pedoman sebelum membuat pertimbangan untuk pemasangan NGV. Saya tidak mendapat apa keuntungan daripada posting ini, tetapi hati gembira apabila ada rakan-rakan yang menyatakan keseronokkan mereka selepas memasang NGV. Tulisan akan datang saya akan menulis berkenaan dengan pengalaman endorse NGV di Puspakom dan JPJ pula. Semoga ianya bermanfaat.

Link berkaitan : NGV Sistem Pada Kereta Waja

Kalau ada teman ingin bertanya boleh PM saya di FACEBOOK :

This entry was posted in Santai and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Pemasangan NGV Untuk Kali Kedua

  1. zali says:

    Terima kasih pada faisal atas syor bg menggunakan ngv. Alhamdulillah, sangat selesa. Berjumpa dgn fairdaus, Semerahpadingv untuk buat pemasangan siquantial sistem pada saya adalah pilihan yang tepat. Harga yang sesuai dgn kualiti yang diberikan. Saya bagi 5 bintang.

  2. chard othman says:

    Satu perkongsian yg berguna. Saya dah guna kereta ke3 dgn ngv. Sekarang kat estima. Mmg bermasalah ttp cuba diselesaikan oleh installer setiao kali dihantar dgn perkhidamatan yg profesional

  3. anna husna says:

    nk pasang ngv, p je kt bengkel semerah padi kt klang… servis bgus, murah lk tu.. keta x kn da msalah.. sya pkai kncil n alfa romea enjin boxer.. bgus.. xde msalah lansung..jimat gila…

  4. ana says:

    Assalam. Terima kasih atas perkongsian. Boleh dapatkan no contact bengkel semerah padi ni? Sy duduk di klang jg. Tp xfamiliar sgt. Semerah padi ni dekat mane ye.

  5. Ng Lai Ching says:

    boleh tolong bagi tahu kedai pemasangan yang ada di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah. serta kedai di Butterworth, Pulau Pinang. tqvm. My phone number 012-565 7289

  6. Ng Lai Ching says:

    berserta nombor telefon kedai pemasangan NGV

  7. Razif says:

    Ada alamat firdaus semerah padi x? No tel ke..
    0175059008

  8. Faisal Mustaffa says:

    Firdaus tu tak dak dah. Ada kes polis sikit rasanya.

  9. Faisal Mustaffa says:

    Maaf baru baca. Saya pasang di pokok sena saja Tuan

  10. Faisal Mustaffa says:

    Dia tak dak dah lani. Kes polis

  11. Fairuz says:

    Salam. Saya berminat nk pasang ngv kat lereta preve cfe saya. Mohon rujukan otai2.

  12. Faisal Mustaffa says:

    Insya Allah tak ada masalah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s