Teratak Keduanya Untuk Di Diami

 

Alhamdulillah, proses perjanjian jual beli untuk rumah kedua telah hampir siap. Tidak pernah terlintas pada mulanya untuk membeli rumah kedua ini. Tetapi selepas isteri mendapat tukar ke SMK Jitra, menjadi satu masalah kerana rumah yang dibeli sebelum ini terletak di Changlun dan jaraknya agak jauh dari tempat kerja beliau dan saya sendiri.

Pada mulanya saya tidak bercadang untuk membeli rumah lagi, tetapi selepas diberitahu oleh biras terdapat seunit rumah teres 2 tingkat corner lot di Taman Tengku Maheran Fasa 7 yang masih kosong beharga RM360K saya mula terfikir untuk membeli rumah kedua. Pada mulanya memang agak berat dan teragak-agak juga kerana harganya agak mahal. Tetapi selepas berbincang dengan isteri, akhirnya kami bersetujuĀ untuk membeli rumah tersebut atas beberapa sebab. Pertamanya rumah yang dibeli sebelum ini akan dijadikan homestay dan keduanya harga rumah di sekitar jitra jika ditunggu semakin hari semakin melambung naik harganya. Buktinya, rumah teres corner lot di Taman Gemilang dijual dengan harga sekitar 600K.

Kini alhamdulillah rumah tersebut telah siap 100% dan sudah mendapat sijil menduduki. Hanya menunggu masa sahaja untuk mendapat kunci daripada pemaju.

Mudah-mudahan dengan menetapnya di Jitra ini akan memudahkan lagi urusan terutamanya melibatkan aktiviti di sebelah malam.

20140724_101420

Resit bayaran deposit kepada pemaju yang dibayar pada bulan Julai 2014.

20140725_085151

Keadaan rumah pada bulan Julai 2014. Kini telah siap sepenuhnya dan menunggu untuk mendapatkan kunci daripada pihak pemaju.

20140725_085556

Sisi pandang hadapan

20140725_085608

Sisi pandang tepi

20150203_075705

Rumah Selepas Mendapat OC

20150203_075831

 

Advertisements
This entry was posted in Cetusan Idea. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s