PROTON INSPIRA : KERETA KETIGA DI PASANG NGV

Setelah lima tahun menggunakan Saga BLM, terfikir untuk menggunakan kereta berCC besar untuk keselesaan perjalanan. Selepas dibuat pertimbangan antara kereta dalam dan luar negara, saya memilih untuk meneruskan legasi Proton dalam keluarga. Daripada pemilikan Proton Saga 1.3 Megavalve (keluaran 1989), diikuti Proton Iswara Aeroback (keluaran 2000), Proton Wira (Keluaran 1995), Proton Waja (2001), Proton Saga BLM (2010) dan Proton Exora (2014) kini saya meneruskan lagi legasi proton dalam keluarga.

Selepas membuat survey dan perkiraan kewangan, hanya kereta Proton Inspira 2.0 tahun 2011 (kereta second hand saja) yang mampu untuk dibeli bagi menggantikan Proton Saga BLM. Ansurans bulanan hanya berbeza sedikit sahaja berbanding sekiranya dibeli kereta buatan Negara Matahari Terbit. Walaupun kereta keluaran Malaysia, tetapi Proton Inspira tahun 2011 ini boleh dikatakan 90% adalah buatan Mitsubishi kerana ianya batch yang pertama dikeluarkan hasil rebadge proton terhadap keluaran Mitsubishi ini.

IMG-20150620-WA0038

 

Seperti kereta-kereta sebelum ini, langkah penjimatan (rasionalisasi) perbelanjaan bulanan turut diserap kepada kereta ini melalui penggunaan NGV sistem Sequential Blumemec. Alhamdulillah, walaupun CCnya besar iaitu 2.0, tetapi penggunaan gasnya adalah sama dengan Saga BLM 1.3 iaitu RM12 bagi isian penuh tong 65l boleh bergerak sejauh 180KM bagi laluan dalam bandar. Manakala jarak untuk lebuh raya belum dicuba lagi kerana perjalanan harian melibatkan dalam bandar sahaja setakat ini.

IMG-20150620-WA0040

 

Cuma kelemahan bagi proton inspira adalah tidak ada ruang yang luas untuk menyimpan tayar spare saiz RIM 16. Hal ini memerlukan kepada saya untuk mencari tayar sotong untuk dijadikan tayar spare. Sekiranya mahu berjalan jauh, perlu juga tayar spare bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku dipertengahan jalan.

IMG-20150620-WA0036

 

Alhamdulillah, bagi pemasangan ini tidak nampak tong dibelakang bonet. Walaupun pemasangan ini dikala kerajaan mengumumkan kenaikkan harga NGV daripada 68 sen seliter kepada 1.05 seliter, tetapi ianya masih memberikan penjimatan kepada saya yang setiap hari menggunakan kereta untuk ke tempat kerja. (”,).

This entry was posted in NGV and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to PROTON INSPIRA : KERETA KETIGA DI PASANG NGV

  1. Mohd Dzullkifli says:

    Assalamualaikum Ustaz. Boleh bagi alamat dan no tel kedai servis NGV di pokok Sena. Zul 0194218432

  2. MUHAMAD AMIN bin NAWI says:

    Assalamualaikum tuan, saya sekarang ni memiliki kereta Proton Preve 1.6 cvt. dah setahun. teringin nak pakai NGV, tetapi pusat service kata , hilanglah warranty jika terpasang. tetapi saya tidak bimbangkan masalah tu,. dan bagaimana pihak insurance?, mahukah mereka cover atau ada insurance lain untuk perlindungan kereta yang beroperasi dengan NGV dan Petrol. Mo9hon pendapat tuan.

  3. MUHAMAD AMIN bin NAWI says:

    assalamualaikum tuan, Saya selalu membaca article tuan berhubung dengan NGV. Baru 2 hari lalu saya dah hantar kereta PRVE BARU ke Bengkel NGB Nazuma di Jalan Gopeng Ipoh Perak. Saya sangat berpuas hati dengan cara pemasangan nya, cermat sungguh .. Untuk mendapat pengesahan PUSPAKOM berapa charge di kenakan dan mohon cara penyengaraanya mengikut aktiviti tuan. Terima kasih.

  4. Zulfakar Ismail says:

    salam..ingin bertanya..inspira yg dipasang ngv ini auto atau manual?

  5. Faisal Mustaffa says:

    Auto tuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s